Wednesday, January 22, 2014

Welcome 3rd Trimester

Rindu pulak nak ber blog. Hihi..
Entry ni mungkin quite boring. Ia lebih pada saya nak rekodkan cerita pregnancy saya :)


Alhamdulillah,skarang dh masuk 8 bulan (32 minggu). 
Tummy dah makin membelon dan kadang2 bleh nampak gerakan terbonjol disana-sini. I love it!
Rasa cam kejap je masa berlalu.

Barang2 Baby-M almost settle.
Barang2 Mommy je ada ckit2 blom bli.
Kain baju Baby-M pon Mommy dah basuh, tinggal nak packed bag ke hospital je.


Aspek kesihatan.. So far tetiap bulan scan. Progress Baby-M positif. Alhamdulillah sgt2..
Progress Mommy je mcm2 hal.
Btw, saya check-up bulanan kat both Klinik Kesihatan & Hospital Pantai.
Sebab awal2 dah start check-up Klinik Kesihatan so proceed je la bulan2 utk blood test, urine semua tu kat situ.
Tapi disebabkan plan bersalin kat Hospital Pantai, saya turut check-up lg skali supaya doktor yg attend saya bleh tau history. Cuma kat sini dah x buat blood test, suntik2 dan urine semua tu. Doktor just review latest result dari Klinik Kesihatan dan scan Baby-M which is sgt best(klinik kesihatan saya pegi xde scan).


Nape Mommy macam2 hal?
Biasa la, Klinik Kesihatan kan strict ckit. Such as HB kene betul2 jaga(so far Alhamdulillah ok maintain 11.++), berat xleh lebih 500g seminggu, gula xleh lebih 6.9mol.
Saya plak asekkkk lapar even dan amik breakfast - lunch bagai.
Kalo x mkn,gelisah bagai. Nak buat keje pon x fokus siap perut bunyi2. So makan je lah.
Padahnya,stiap kali check-up Klinik Kesihatan kene bebel berat naik extra. Rentetan dari situ, kene minum air gula utk next check-up la..kene refer pakar pemakanan la..
Satu lagi, kalo gula lebih ckit je pon dah kene bebel jugak. Siap dikategorikan sbg "berisiko" dan dpt sticker kuning even mende2 lain semua ok. Huhu sedih.
Contoh, latest result gula last month 7.2mol (dah telebih 0.3mol sbb max adalah 6.9mol).
So setiap 2 minggu skali kene amik BSP(amik darah utk check gula).
4 kali dlm sehari tau.
(1-before breakfast which is mlm seblomnya kene poser,2-2 jam after breakfast,3-2 jam after lunch,4-2 jam after dinner).
Dulu2 punye la takut jarum. Now asek kene cucuk je. Dah tak heran kat jarum dah jadinye. Kui3x..
Pernah gak suarakan pada Gyne Hospital Pantai yang rawat saya hal ni. Dier senyum je. Katanya latest bacaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan utk had max ibu mengandung adalah 8.5mol.
Err..camana tu.
Takpe la..prevention is better than cure kan :p


Simptom cramp kaki dan braxton hicks pon dah start kene since masuk 7 bulan.
Cramp kaki slalu jadi pagi2 time bgn tdo. So, lambat ckit la bgn mandi dan gerak g opis kalo tejadi pekara itu.
Braxton hicks plak slalu rasa waktu mlm. Nak kuar memalam pon cuak je kot tetiba sakit perot.
Stakat ni contraction tu still x kuat sgt. Pendek kata, my period pain seblom ni lagi sakit.
Tapi doktor ckp, contraction tu akan makin sakit bila dah makin hampir nak besalin. 
Dup dap dup dap..


Paling best bila masuk 3rd trimester adalah gerakan baby makin kuat dan bleh nampak bonjol2. Sgt enjoy experience ni.
I bet i will miss this moment very much.


Bengkak tangan dan kaki dah mula since last month kot.
 Sgt tak selesa nak genggam tangan dan kadang2 kebas bila hold something lama2.
Paling terasa bengkak tangan bila setiap kali exercise (Yeay, Mommy & Daddy dah rajin exercise bila hari tak bekerja. Daddy je jog, Mommy jalan banyak2 sampai kuar peluh).
Pas exercise, nak genggam sudu garfu untuk makan pon bleh kejap2 je. Kalo x, kebas jadinya.
Kalo cakap tepon lama2 pon rasa kebas jari yang tengah hold phone.
Dengan erti kata lain, sangat tak suke menulis sbb tak selesa nak genggam pen/pensil.
Normal x macam tu?


Kepada Baby-M, Mommy sgt proud of you.
So far Baby-M sgt menyenangkan Mommy.
Mommy xde pening2, xde muntah2, xde bleeding even Mommy sgt lasak since awal pregnancy such as pegi jalan2 sana-sini..naik speedboat,naik motor..
(Takat braxton hicks skit2, kebas tgn kaki skit2 tu je la.)
You are so strong, thank you baby!
Walaupun makin cuak sbb timing deliver sgt dkt dah, tp pada masa yang sama sgt excited nak peluk cium anak sendiri :) 
Siap mimpi dah deliverkan Baby-M..so over this Mommy kan..


Lastly, nak post barang2/hadiah untuk Baby-M dari kawan2 Mommy.
Tq banyak2!

Ateh @ Adik Mummy @ Auntie Baby-M: baju & kasut
 
Auntie Laily: kasut
Auntie Ismah : tungku baby
Auntie Syira : baju Hard Rock nun jauh dari London.
Maceh banyak2 :)
Sekian...

Saturday, January 4, 2014

2nd Anniversary - Koh Lipe, Thailand Day 3

Tarikh Kejadian : 11/11/2013


Sambung citer..sambung citer..
Esoknya, jam 9 pagi, keluar breakfast kat hotel cam biasa. 
Layan gak roti telur makan ngan corn. 2x tambah. Hahaha..


Jam 10 baru abis breakfast (hahaha..lama gile makan) plan nak pegi ke the 3rd pantai, Sunset Beach namanya.
Pastu ujan lebat turun plak. Terpaksa cancel. Huhu..

Jam 10:30, ujan benti. Nasib baik kejap je, yeay!
Terpaksa la turun mandi laut kat depan hotel untuk kali terakhir..hehehe.
Kitorg pegi kat area ada coral sebab ikan-ikan cecomel suke bekeliaran kat situ.

Ikan situ jinak-jinak.
Bila gi tempat coral, siap ikan datang gigit kaki korang cam kaki korang tu roti.
Free fish spa kekdahnya..
Jam 12:15 tengah ari baru naik ke darat.
Rushing balik bilik bilas dan kemas untuk check-out.
Jam 1, call orang hotel datang pick-up bawak pegi lobby.
Kali ni hotel hantar motor roda 3. Lalala..

Pas check-out, golek-golek depan lobby sambil tunggu driver lain datang amik bawak pegi kat opis agent boat plak.
Naik van..kitorg lepak duduk blakang. Bleh feeling2 angin bayu ckit.
Time ni tekak dah start rasa perit, start bersin2 dan batuk2. Jeng3x..
Penangan men air laut banyak sangat tetengah panas.
Rasakan!
Dan dan nak sakit time cuti berakhir. Nak soh sambung cuti lagi lettewww!


Setel urusan kat opis agen.
Katanya bleh jalan2 then kol 4:30 petang kene ada sana smule.
Dengan itu, kitorang amik taxi bermotor dari Walking Street ke Sunset Beach.
Harga, 50batt sorang.

Sampai dah.. Terserempak orang bawak balik ikan besarrr... Terpaksa la tumpang begambar :p

Pantai ni paling sunyi, paling tak ramai orang, chalet pon tak banyak.
TAPI..air laut sini plg cantik, plg tenang. 



Model air mineral. Kat sana banyak jual air mineral brand Nestle. 
Kalo order air kosong kat kedai makan pon diorg akan bagi air mineral Nestle gak
Kitorang lepak pusing2 sini dan minum-minum until jam 3:00 petang.
 Like i said, anjing memang banyak.
Tapi sepanjang kami kat sana, xde lagi kes anjing datang kacau, kejar or gesel2.

Jam 3 petang, taxi motor dah tunggu.
Memang dah cakap siap2 soh datang pickup tadi.
Taxi tu hantar kitorang ke Walking Street semula.
Harga sama macam tadi, 50batt sorang jugak.
Cenggini la rupe taxi-motor nye..

Jam 3:15 petang, makan kat Bung Rong Halal Food lagi.
Kali ni order nasi goreng pataya, nasi putih, telur dadar, ayam kari hijau, sayur campur, sotong kunyit, teh o ais limau.
Total kos = 800batt.

Jam 5 petang, speedboat sampai dan kami dapat boat lagi besar dari time kitorang datang aritu.
Tapi orang dalam boat hanya 4 org!
Hahaha..bleh bermaharajalela.

Jam 6 petang, sampai lah kami ke Awana Langkawi.
Snap gambar dengan speedboat sebab time berlepas tak sempat bergambar.

Next, kami di bawa ke Tanjung Lembung untuk setelkan hal imigresen.
Then setel, mintak agen drop kat Chenang.
Masa tu dah dekat jam 7, kedai duty free seblah Underwater World dah nak tutup pintu.
Cepat2 kitorang masuk dan sambar coklat mana sempat je even coklat idaman xde. Huhu..
Then dah abis bayar, lintas jalan pegi dinner kat KFC.

Jam 7:45 petang, amik cab ke airport kat depan KFC tu jugak.
Harga RM20 untuk 1 cab.
Jam 8 malam, sampai airport.
Pergi ke kaunter MAS sebab tak check-in lagi.
Then, tros masuk ke ruang menunggu untuk chillex tunggu flight jam 9:35malam.
Kitorang pakai baju suar tdo je naik flight balik KL.
Slamber!!! Hahaha..

Begitulah al-kisahnya pengalaman kami jalan-jalan ke Pulau Lipe @ Koh Lipe, Thailand :)
To Baby-M in my tummy.. sila behave ye anakanda.
Jika tak banyak ragam, bleh ikut Mummy Daddy jalan-jalan macam ni.
Kalau tak? Jeng3x.. takmo sambung.. (haha, x baik ugut).

Kesimpulannya, Koh Lipe ni agak menarik untuk dijadikan tempat jalan-jalan untuk 2-3 hari.
Kalo lelama sangat, mungkin bosan ckit sebab pulau nye takde la besar.
Selain mandi laut dan relax2 release tension, ada je jugak aktiviti laut yang disediakan cuma kami tak ushar sebab tak berniat nak join.
So tak boleh nak recommend kat sini.
Bagi Muslim, jangan risau sangat pasal makan sebab kat sana banyak kedai halal. Kene rajin jalan je.

Bye!

2nd Anniversary - Koh Lipe, Thailand Day 2

Tarikh Kejadian : 10/11/2013


Jumpe lagi!
Nak update citer pegi Koh Lipe 2 bulan lepas (oopss!) bagi sesapa yang berminat :)


Jam 9 pagi, mulakan hari dgn breakfast kat hotel. Dan arini cam baik hati nk jln kaki turun bawah, x call golf-cart pon. Jenuh gak turun tangga,turun bukit bagai. Hambik ko..exercise la konon kan..

Breakfast!

Dan..bergambar ckit2.

Ekceli, dah plan nak mandi laut. Siap pakai baju 2 lapis (baju renang kat dlm,tshirt kat luar).
Skali pas mkn, baru je jln2 ckit dan snap2 picture kat gigi air dpn hotel, ujan turun. 
Lebat plak tu. Terpaksa guna khidmat golf-cart hantar balik ke bilik.

Aktiviti kat bilik hanya bergelumang atas katil sambil tgk tv sbb ujan lebat x benti2 lagi.
Dekat kol 11:30 pagi baru tegedik2 turun mandi laut sbb ujan dh completely stop. Kui3x...
Ni gambar sepanjang nak turun ke pantai (hotel ni ada banyak gantung patung2 kat pokok).
Jom tukar baju dan mandi laut!

Encik Suami g snorkelling jauh ke blakang ckit.
Sewa alat snorkelling adalah 50batt.
Mak budak yang dah makin semput berendam je kat air paras tengkuk. Hihi..

Kalo duduk pesisir pantai akan nampak laut kaler berbalam-balam ijau + dark blue.
Yang kaler ijau tu air dan pasir lah. 
Kalo agak2 dah lalu kawasan dark blue, sila jaga2 sbb situ ada banyak coral.
Cuba untuk jgn pijak ok!
Kesian depa..
Kalo dh sewa alat snorkel tu, pegi lah cari kawasan yg air nye nampak ala2 dark blue ek.

Dah jam 1:30pm, naik ke darat berjemur keringkan badan atas kerusi bawah payung sambil berangan nk mkn pe jap lagi. Hahaha.
Dah agak kering, balik bilik untuk mandi + solat dan rest jap.
**Arini diorg kemas bilik buat corak kat tuala. Smalam xde corak. Terpaksa la snap gambar :)
Ni swimming pool dpn bilik :)
Jam 3:30 keluar jalan cari makan kat pesisir pantai.
Kali ni kami try kedai Bung Roon Halal Food, bedekatan entrance Walking Street.
Cakap melayu je time order, sebab orang yang layan kitorg tu orang Kedah.
Kitorg order nasi putih 2, tomyam merah, kailan ikan masin, telur dadar, sotong pedas(rasa cam sotong masak cili api campur kari), air mineral botol besar 1.
Total kos = 780batt.

Simptom mengandung agak menolak seafood.
Dah cuba amik sotong seketul dua tapi cannot go.
Maka, makan nasi lauk kuah tomyam, sayur dan telur dadar saje la. Huhu.

Abis makan lepak jap kat kedai tunggu makanan turun.
Pastu, kite sambung jalan sambil tgk peta.

Around jam 5 petang, kami sampai ke another side of pantai, Sunrise Beach namanya.
Air nye lagi cantik, tenang, lebih hijau dan sangat ramai omputeh chillex disitu.
Macam geram nak berendam tapi tak pakai plak baju renang.

Side pantai sini, hotel/resort nye lebih low profile or village style.
Cenggini salah satunye..
Tapi bila dah jalan sampai ujung, jumpe gak 2 ketol hotel yang agak high class.
Bergambar lagi..

Jam 6:30 petang, kitorang balik ke Walking Street lagi untuk kudap-kudap.
Pekene mango shake, watermelon-orange shake, mango sticky rice & banana-nutella pancake.
Mango sticky rice sedap gile!
Nama kedai, Thai Lady Pancake Shop (sama mcm smalam tp branch lain, ke dalam ckit).
Encik Suami cakap, dier bagi 6 out of 5 bintang!
Total semuanya = 260batt.

See, anjing berada dimana=mana.

Abis makan, kami jalan2 cari sevinier ckit tapi xde sgt hasil tangkapan.
Untuk diri sendiri xde pon kecuali fridge magnet seramik yg susah bebenor nak jumpe. Huhu..
Mostly banyak jual pakaian dan gelang/rantai hasil laut cam cengkerang gitu.

Haa..lagi nak bitau.
Kat sini postbox macam ala-ala femes gitu.
Tatau nape..
Keychain pon banyak diorg buat ikon postbox.

Jam 7:30 malam, dah gelap sangat dah kat sana.
Kami balik bilik dulu dihantar oleh golf-cart.

Jam 10:00 malam, keluar dinner kat hotel sebab macam malas nak jalan jejauh dah..
Plus, pesisir pantai dah gelap sangat takde lampu.

Dinner malam tu, kami pekene watermelon juice, watermelon shake, salmon steak, prawn coctail, ice-cream choc & choc chip untuk ganti cake.
Kenapa kene ada cake?
Sebab, nak selebret our Anniversary :) 
Ulang tahun nye 11 November, kami selebret awal beberapa jam. Lalala.. 
Total cost untuk dinner malam tu = 1345batt.

 


Smentara tunggu golf-cart datang pickup, bleh lepak2 sofa lobi sambil baca buku.
Pemandangan malam on the way balik ke bilik hotel.
Ok, bye!