Thursday, February 28, 2013

Memulau Mutiara Day 2

Assalamualaikum..
Saye lagi :)
Sebenarnya ada sedikit perasaan malas2 nak hapdet blog.
Namun kugagahi jua. Lalala..

Hari ke-2 saya kat Penang dimulai dengan..snap gambar sendiri!!!
Happy sebab berjaya tdo lena di tempat asing sorang2. hihi..

Pastu, terjah breakfast.
Ini bahagian smoking area.
Ini je lah gambar2 yg berjaya cover2 snap.
Malu la beta nak beria-ia..hehe..
Agak banyak pilihan makanan.
Ada booth roti canai, roti jala, telur-teluran, bihun sup, roti-rotian, cereal, buah-buahan, bubur, salad, makanan berat(mee..kotiaw..nasi lemak), lauk2, sosej, hashbrown, samosa..bla2..
Paling best, puding roti sos vanila! Nyummmm.
Sudah tu makan, sila kerja pula.

Nak dijadikan alkisah cerita, manager saya yang patut buat presentataion tidak cihat.
So, bidan terjun ini perlu mengganti tugasan beliau.
Mmg terbaek ah, slide presentation baru godek pagi tu jugak.
Ahahaha..sempoi sudah.
Kalo agak2 kene kelentong tu, angguk je la Encik2/Puan ye.
Tapi rasanya xde pon bagi ilmu hitam/bengkok smalam :p

Time lunch hour, patutnya ada kerja kene buat.
Pastu teammate cakap x available untuk buat arini.
Maka..saya join geng terjah nasi kandar. Yeay!

Kami makan disini :)
saya yg comot-momot posing2 with Syira :)
Sungguh murah rezeki kami berlapan sebab bos AMD belanje.
TQ Encik Zahari. Lalala..

Petang pas abis keje, balik hotel lepak2 sampai ke malam hari.
Hik2..
Tu je la citer untuk hari kedua.
Abis.

Wednesday, February 27, 2013

Memulau Mutiara Day 1

Salam Sejahtera.
Woott! Woot!! 
Saya kat Penang dah ni.
Kunun berazam bagai nak hapdet blog tetiap ari time kat Penang.
Tapi, udahnye berangan saja.
Smalam cam banyak mende nak kene setelkan. Tau2 je dah dkt kol 11. 
Kroh2..saja lah jawabnye.

Meh backdated kan citer.
Smalam punye flight kol 1:55 tengah ari.
Dengan itu, saya gerak awal ckit ke KL Sentral sbb nak amik KLIA Express.
Those yang nak tau harga = RM35 sehala deh.
Seblom sambung citer, tempek gambar posing ckit.

Ni plak menggedik smentara tunggu flight tiba.
Ckit je brg2 saye :p

Time dalam flight, dpt seat tepi tingkap.
Pastu, 2 seat seblah saye kosong.
Hapa lagi, cpt2 snap sana sini. Jarang wooo dpt peluang snap gambar dlm flight.
Sebab slalunye ada orang kat seblah so cam malu nak batak2 petik kamera.

Elok je pas slamat 2-3 keping gambar & flight mula nak jalan, ada datang plak org duduk seblah.
Rasanya org tu ada isu seat.
Daripada pemasangan telinga saya, seat asal beliau problem/ada org duduk.
Sbb anak kapal cam bz2 psl seat, then beliau nampak seat seblah saya kosong then dier cakap "Its ok, i can seat there".
Pas dier duduk seblah saya, ada anak kapal lain dtg bitau "your seat now available".
Tapi, org seblah saya tamo dah tukar sbb dier dah siap pakai belt+buka newspaper.
Ok, abis citer dlm flight.

Sampai airport Penang, terpaksa amik cab ke Hotel Bayview Georgetown.
Harga..plus minus RM45.
Hahaha..slamat mengompol resit public transport.

Pemandangan dari sisi lobi.
Suke plak tengok jam banyak2 kat counter..hihi.

Meh tempek ckit gambo dlm bilik.
Motif?
Entah lah.. Saje gedikss.
Kot la ada sesapa nak wat reference time dtg Penang nanti kan.
 Btol2 dpn hotel ada taxi service.. so sng gak la nak begerak.
Siapkan duit sajo!

Perot time tu dah wat konsert rock & roll dah.
Nak tak nak kene menapak cari makan.
Tak susah pon nak mkn sbb tak jauh dari hotel ada byk kedai mkn (Sup Hameed ada area situ).
Kalau nak cari kedai 7 Eleven dan seangkatan dengan nya pon senang.

Pas makan dan mengukur jalan, balik semua ke bilik.
Aktiviti.. iron siap2 baju until hari Jumaat.
Pastu start bukak laptop wat keje sambil ditemani...
Tadaaa!!!
Stakat smalam, Alhamdulillah masih comfortable kat sini.
Tdo pon xde gangguan.
Harap2 nye berpanjangan gitu until Jumaat ye dok..
K lah..mau chow golek2 sambil tgk tv :)

Monday, February 25, 2013

Pabila Larut Malam

Salam 1 blogspot!
Saje je manaip memalam ni, xde isu penting yang nak di kabor kan.
Just done with packing barang + reserve hotel.

Where am i going?
Haaa.. Patik nak g Pulau Mutiara..
Bukan coti2 Malaysia ye.. Bekoje demi menyuap nasi ke mulut.
Selepas dpt maklumat ini, jgn coba2 nk dtg rompak rumah kami. 
Karena, rumah kami masih di huni Encik Suami dan Smarties. 
Kalo brani buat onar dlm ini rumah, nanti Smarties cakar u! Ahahaa..

Kalau ikutkan nafsu telak, mau aje terjah nasi kandar beratur dan jeruk. Nyummm! 
Tapi apekan daya.. Malas nak drive g sana. 
So pakai driver je la esok. Ewah, skendeles gitu!
Dgn erti kata lain, kat sana nanti langkah tak brape nak menjalar sgt ah sbb keter xde.
Lepak je la dlm bilik sambil tenet2.. Mungkin dikala kebusanan tu nanti, saya akan rajin update blog.
MUNGKIN! Berdoa lah.

Eh..chup! Chup!
Yang tu x brape penting sgt utk di doakan.
Ini yang lg penting..
Doakan tiada apa perkara yang tak diingini berlaku pada saya sepanjang disana.. Ameen!
Doakan juga agar si penakut ini dpt tido lena tanpa sebarang gangguan hingga ke hari Jumaat. Ameen! Ameen!
Penting tu. Kalau tdo terganggu atau diganggu, nanti keje x produktif. Ecece..
Cam neves telebih plak nak ke Penang esok. Gaya mcm x penah kene pegi outstation. Lalala..

K la ye kawan2 yg cantik/handsome sekalian, mungkin time kat sana nanti saya update lg(bajet artis).
Kalo wifi x power kat sana, nasib bdn le labuu.. Kalo bagus, Alhamdulillah!
Tdo2.. Kang esok 'driver' tinggal. Kui3x.. Jgn lupe doa ;p
Nite2!

Saturday, February 23, 2013

Kejothan!

Tarikh Kejadian : 22/02/2013


Assalamualaikum.
Lama nooo blog ni besawang macam nye since my last post.
Cam tak brape rajin ckit nak menutur kata. Ewah!
Tapi arini..kene rajin!

Saje letak tarikh kejadian siap2 sbb takot time publish entry ni nanti dah melepasi kol 12 mlm.
Nak masuk bakul angkat sendiri lah..
"Happy Birthday Wan Nurhidayati". Wewitt!

Kejothan 1:
Around kol 3 pagi, terjaga sbb Smarties(spt gambar di bawah) bising mengiau.
Makan minum dah bagi dan still ada balance dalam bekas.
"Toilet" beliau juga berfungsi baik.
Bawak kuar bilik, mengiau..
Bawak masuk bilik semula, mengiau jugak.
Haish..buntu2. Beta dah ngantok tahap gaban ni.
Last2, pelok dier dan tdokan kat seblah bahu sambil usap2. Baru diam!
Encik Suami cakap "dier nak wish birthday kat you kot, sbb tu bising2".
Pastu baru tiga beranak bleh sambung tdo. Ish2..

Kejothan 2 :
Selebret bday kat opis. Lalala..
Memang rutin bulanan jabatan kami adalah wat gathering.
So that ketua2 unit bleh share info/perkembangan semasa ttg anak kampung masing2.
Time2 gini gak, ada game utk rapatkan ukhwah dan ada selebret bday secara segugus (iaitu sape2 yang bday bulan tu akan dapat sedikit cenderamata yang berlainan tetiap bulan).
Disebabkan ramai sangat rakyat jelata (ye la, unit saye je dah sratus lebih..blom campur unit2 lain lagi), maka penah gak terjadi keciciran data.
Saya penah le kene khennn, so x berharap la dpt pa pe tahun ni.
Namun..lalala, nama saya berjaya untuk tak cicir. Hahaha.. Berjaya dapat mug comel yang agak lama ku ushar dari jauh. Kui3x..
Pastu plak, time nama dipanggil, MC sebut "ini pulak bday girl untuk hari ini" maka agak meriah juga sesi itu dengan  ucapan bday dari rakan2. 
Tengkiyu yu oll!
Tempak gambar ckit la.
Disebabkan gathering dah bagi makan, so lunch hour ari Jumaat(yg mana rehat lama ckit bebanding ari2 lain) saya dan kwn2 jalan2 Midvalley saja.
Kunun masing2 tanak makan.
Kesudahannya..kenduri potato!!! Hahaha..
Memang giler kentang.

Kejothan 3:
Pas balik opis after lunch hour, kedengaran nama ku disebut2.
Pusing2, tgk ada brader tgh pegang bunga mencari Wan Nurhidayati.
Eh, saya tu!
Sukenyeeee.. Belek2 kad nak tgk sapa bagi pastu manager saya ckp "your husband la, who else".
Then, sms husband mention pasal bunga pastu dier jwb "perasan ada secret admirer bg le tu".
Ahaha, mmg terkejut byk ok sbb xde pa pe petanda pon utk dapat bunga arini.

Kejothan 4:
Syarafina datang bagi present (beliau ni kelahiran Feb gak nih).
Dier tanya, ada kat meja ke?
Pastu dier dtg bawah paperbag berisi perkara spt di bawah.
Shedapnyeee.. TQ Syara :)
Ni saja nak tempek gambo tgh kemwor dalam lif time balik keje.
Feeling happy2 gitu.
Bunga tinggal dulu kat opis sbb nak kuar ronggeng.. lalala..

Kejothan 5:
Encik Suami datang pickup.
Saya ada request nak g shopping mall dan cari 1 barang yang saya berkenan dan beli as my own bday present (dgn duit sendiri ye, dah allocate siap2).
Pastu Encik Suami tanya, nak g mana? Saya cakap yg mana dekat ngan umah la.. Midvalley ke, Sunway ke..
Rumah kami tgh2 antara Midvalley dan Sunway.
Sudahnye, dier bawak gi Bukit Bintang.
Aik! Diam je dulu.. dalam hati "Sg Wang pon bolehhh".
Sampai sana je, tros solat Maghrib siap2.
Then, plan nak masuk Sg Wang dah saya ni.
Tapi Encik Suami tarik ke hala lain. Aik!
Sudahnya, dier masuk kat Outback Steakhouse then cakap ngan orang kaunter psl reservation.
I was like..what? Dah reserved?
Jeng3x.. Sgt terkejut byk sbb semalam nya kami dinner kat Secret Recipe. That time he mentioned "ni kira dinner birthday you la ek".
I ok je, x kisah.. lalala.. 
Skali gue kene tipu ghopenye..
Ini adalah kek besday saye. Weee!!!

Kejothan 6:
Agak2 dah nak abis makan, Encik Suami kuarkan box cantek dari seblah beliau and said "This is your birthday gift".
Senyum lebar saye.. Kui3x..
Bukak2 je kotak, rasa cam nak menjerit je sbb nampak perfume idaman.
Wow! Wow! And..Wow lagi!
FYI, saya mmg lama dah ushar dan hidu2 tester perfume ni.
Sebab paling utama adalah sbb design nye umpama ladybug (i likeee ladybug).
Lebih sgt lagi suke adalah pas dah hidu bau. Totally my taste!
Selalu gak la google2 pasal perfume tu (rupenye selama ini Encik Suami memerhati gerak geri saya terhadap perfume itu. Gotcha!). 
Saya tanya "Camana u tau i suke perfume ni?" Sengih je beliau.. Kikiki.. 
TQ sgt2..
Dengan ini, saya perkenalkan..dum!dum!dum! 
Marc Jacobs DOT!!!

Sangat pelik sebab sepanjang kuar kereta..until sampai ke tempat dinner, i did not see him carry anything except my hand(kui3x).
Misteri nusantara tu sampai skarang dier x citer.
I bajet beliau sorok dalam perot. Hehehe..

Perot kenyang, jom snap gambar sepukul.

Abis dah kejutan.
Kan asalnya i ada request nak shopping 1 barang..
Kunun ngengada nak ada adiah utk diri sendiri walaupun tidak mahal.
Ini mmg dah jadi tradisi semenjak beberapa tahun kebelakangan ini :p
Nak tau hasilnya?
Bukan 1, tapi TER shopping 3! Muahaha.. 
Ops, sapo nak jawab tu?
Terbabas la.. Lariiiii.

Kat sini saya ingin mengucapkan jutaan TQ kepada saudara/rakan yang sudi wish birthday saya.
Kat FB sgt byk dpt wish..tak ketinggalan kat SMS, watsap, Instagram..
Terharu i, nyahh!
Tahun depan kite birthday2 lagi ok? hahaha..
Gudnite!

Tuesday, February 12, 2013

Pengemaskinian Kisah Cuti Panjang Feb 2013

Assalamualaikum.
Tu dia.. bukan main panjang tajuk.

Baru pas setel basuh+sidai kain, kemas+sapu rumah then now baru syok nak lepak2 bersantai.
Kemudian, datang la kerajinan nak update blog.
Mari2...

Umum telah mengetahui, tanggal 9-12 Febuari 2013 merupakan cuti panjang sempena Chinese New Year (tak tertakluk kepada negeri2 yang berlainan).
Selamat bertahun Ular(even saya takut ular.. euuwww)!.
Time2 camni, berpusu2 lah orang balik kampung. Ye dok?
Berbeza pula dengan kisah saya. Saya tak balik kampung kerana family di kampung yang turun ke KL.

Mereka sampai Jumaat malam di Villa OUG.
Mereka yang dimaksudkan adalah Parent, adik bongsu, adik no-3 berserta suami beliau, adik lelaki no-2.

Aktiviti esok hari nye @ Sabtu adalah, pegi berkumpul kat umah makcik di Kg. Malaysia Tambahan seblom konvoi ke Seremban untuk majlis bertunang sepupu.
 

Saya selaku driver pada hari itu beserta sepupu yang skarang ni dah selamat menjadi tunangan orang :)

Makanan time kenduri tu sedap2 dan pedasss.. hihi.
Kat bawah ni semasa sesi perbincangan.
Sila spot bakal tunangan yang sdg coba2 intai dari luar. kui3x..
Alhamdulillah, sesi perbincangan berjalan lancar (kelakar bakal bapak mertua sepupu saye. Sempoiii!).

Inilah gerangan tunangan sepupu saye, Ena (nama penuh tak tau. Blom sempat temuramah).
Cantik kan?

Ini gambar bakal mempelai bersama makcik & pakcik saya.
Makcik saya ni di antara auntie2 yang banyak membantu masa majlis bertunang & kawen saye dulu.
Tahniah!

Alang2 dah sampai Seremban, kite panjangkan kaki ke Nilai.
Ekceli tatau jalan camne nak balik ke tol(time ni konvoi dah berpecah mengikut aktiviti masing2).
Men bedal je cari sampai dpt even ada tesalah jalan ckit. Kui3x.

Di Nilai, saya tak shopping ape pon.
Ok tipu.. saya TERshopping set comforter queen untuk bilik tengah.
Yang ni plak untuk parent saya.
Comey ke tak comey?

Setel Nilai, kitorg direct balik umah.
Semua dah penat lagi keletihan sampaikan dinner pon takmo dah.
Yang jadi driver ni apatah lagi! Kui3x..

Esoknya @ Ahad, kami berpecah.
Parent cam biasa la, x minat nak jalan2 g mall sgt so mereka pegi umah sedara-mara.
Saya dan adik2, ke Midvalley. Hoorey!
Sesampainya kat sana, kami makan Dubu-Dubu!
TQ adik ipar sebab belanja kami :)

Pastu kami balun durian crepe plak.
Then, kami berpecah & janji jumpe dpn Dubu-Dubu kol 2:30pm.

Mak buyung +suami beliau dgn aktiviti mereka.
Saya teman adik2 gi cari buku skolah kat MPH.
 Pastu kami pegi jalan2 then shopping ckit kat Daiso + beli pasir untuk Smarties kat Pets Wonderland.
Saya beli pasir yang cenggini tapi perisa epal (yg saya perasan ada epal, lavender, jasmine).
Carik pasir 5kg je, x larat nak angkat.
Bau pasir brand ni mmg superb yummy!

Next, time bertemu semula di Dubu-Dubu, bleh plak berjejak kasih ngan family auntie @ Cu Ni.
Diorg pon sdg nak masuk makan kat Dubu-Dubu. Ahahaha, jodoh2..

Kemudian, g umah sepupu (byk umah gak pegi, maklum la raye..) dan bertemu kuda kuning. 
Wink! Wink!

Malam tu saya beli Dominos Pizza je.
Tu pon ramai kekenyangan dah sbb makan hidangan umah org. Lalala..

Isnin, parent + adik bongsu + adik no 3+adir ipar balik KB.
Aktiviti hari ini hanyalah anta adik+kawan beliau ke Sunway Pyramid then saya balik kemas dapur sbb ada masalah sinki.
Barang2 dalam kabinet kene kuarkan siap2 supaya senang plumber datang repair nanti.

Lewat petang, pickup adik+kawan beliau kat Sunway Pyramid then balik umah men masak2.
Taraaa!!!!

Oh, dah makin laju2 saya citer..
Hari ini iaitu Selasa, pi antar adik+kawan beliau kat LRT Bukit Jalil. Diorg nak merayap. Hahaha.
Saya plak balik wat keje umah + resttttt. Yummehh!
Jap gi nak gi pick-up mereka dan hantar ke Hentian Putra.
Maka, berakhir lah percutian mereka di KL.
**lupe plak nak citer, budak be2 ni sampai KL dr Trg pada Subuh ari Ahad.**
Sama gak, berakhirlah wiken panjang saya.
Esok kene keje dah. Dah tebayang list yang perlu dikerjakan esok. Oh No!

Takpe la, itu sumber rezeki saya.
The best part is, beberapa jam lg saya bakal bertemu semula Encik Suami. Lalala..
Tick Tock Tick Tock!

K la, nak g men ngan Smarties.
Tata!