Tarikh Kejadian : 08/11/2013
Selamat malam..
Simple update tentang short vacation last week :)
Kol 5 pas opis hour,rushing balik rumah amik bag & Encik Suami sempat tukar tukar bj. Tros gerak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Sampai2 je Bandar Tasik Selatan, terlepas KLIA transit jam 6:30 sbb kes susah dpt
parking jap td.
Nak tak nak, kene amik next train kol 6:50PM sambil bedebar2 takut telepas flight.
Jam 7:20PM, sampai klia.. Rushing plak masuk ke gate B10.
Terasa cam jauh gile...jln
plak kene laju2 sbb flight kol 8:05PM. Neves2x..
Pas dh masuk dlm bilik B10, xde nampak flight pon.Uk aloh!
Tak
lama pastu, kedengaran announcement flight delay ke 8:50PM sbb kelewatan flight dr Singapore.
Buang karen je cuak telebih dan jalan lelaju td. Huhu..
Paling best, kene tukar pegi gate B02. Pulak dah jauh jaraknye!
Kol 8:50PM, x jln2 gak flight even dah masuk dalam kapal.
Pastu kan kan kan.. MAS punye screen yg tunjukkan ciri2 keselamatan semua jammed even diorg dh try byk kali.
Last2
kabin krew kene buat demo manual.
So kat situ dh delay lg. Almost 9:20PM baru btol2
jln.
Jam 10:20PM, sampai jugak ke Langkawi.
Ada kejadian lain plak berlaku..kaunter cab dh tutup dan cab plak dh
abis sbb mlm ni ada 2 flight delay & flight TigerAir first time plak dtg
mendarat kat Langkawi.
Dah sudahhhh..mcm2 hal.
Takkan nak kene sewa keter last minute.
Tepaksa bratur
reramai ngan org lain tunggu luck kot ada cab sudi masuk lg.
Nasib ada dan dpt
naik.
Potong queue plak tu (bukan sengaja ye). Cab amik kami dulu even kami bratur plg
blakang.
Sebab? Org lain by group dan x muat 1 cab. Alhamdulillah, rezeki..
Harga cab daripada airport Langkawi ke Pantai Chenang = RM20.
Almost 11:00PM, check-in kat Sweet Inn Motel, Pantai Chenang.
Walaupun motel dan kecik, tp bersih. Bgs!
Perut lapar gile. Pas letak bag, kuar jln kaki mkn kat Restoran Haji Ramli sekitar Pantai Chenang.
Menu : nasi putih 2, tomyam ayam campur daging, telur dadar, kailan
ikan masin, air kosong 3, mineral water 1, air 100plus = RM27.
Puas hati dpt
mkn, sdp!
Agak dah almost 12:00AM, kitorg balik motel mandi -> solat -> tdo.
Mahap xde gambar motel sbb dah penat sgt nak petik2 kamera.
**************TAMAT HARI 1. JOM KE HARI 2 PLAK****************
Tarikh Kejadian : 09/11/2013
Seawal jam 7:30AM, agen dah datang pick-up kat Sweet Inn Motel, Chenang.
Sangat punctual.. tak sempat lagi nak snap gambar tempat menginap.
Kami amik servis dari Tropical Charters Sdn Bhd untuk urusan pergi-balik Langkawi -> Koh Lipe.
Harga? RM250 pegi
balik utk 1org.
Tempat pertama yang dibawa adalah, opis agent kat area Chenang jugak utk isi borang imigresen & amik
resit.
Seterusnya, kitorg dibawa ke Tanjung Lembung utk urusan imigresen. Jangan ingat bleh lepas seludup2 je ye, sila bawak paspot skali.
Dah setel hal kat imigresen, baru la kitorg dibawa ke Awana Porto Marina utk naik speedboat.
Passport semua orang, kapten boat collect siap2 utk urusan
imigresen kat Koh Lipe nanti.
Actually, kitorg nak amik ferry utk kurangkan gegaran tp dh survey2
and call merata (seblom dtg) xde ferry. Hasil pembacaan seblom ni, ada ferry dari jeti Kuah ke Koh Lipe.
Maybe dah stop beroperasi or sebab bukan peek season maka asal call je, cakap ada speedboat je.
So blasah la speedboat pon.
Ibu2 mengandung sila
duduk bahagian blakang ye utk kurangkan lambungan. Tapi ekceli xde ah teruk sgt bumping2 sbb
speedboat ni sgt selesa dan berkusyen. Dan, mungkin jugak sebab laut tak gelora sgt time trip kitorg tu.
9:00AM, mula naik speedboat. Kami berdua je melayu, lg 8 org
adalah omputeh.
Dah gerak ckit speedboat, ujan..pastu benti ujan dah. Kejap je. Hahaha..
Tetiba kat tgh2 laut, boat benti. Semua
tejenguk2 pandang luar.
Rupenye ada beberapa ikan lumba2 tgh
berenang. Comelll!
Elok je amik kamera nk snap gambar, diorg dh makin jauh
pegi.huhu.. Tak sempat.
10:00AM, sampai Koh Lipe iaitu kat Pattaya Beach.
Boat kami bleh tros
sampai ke dasar cuma kene basah ckit redah air.
Certain boat perlu another
longtail boat dtg pick-up penumpang. Longtail boat ni kene bayar asing kalo x
silap 50batt.
Chup2..cantik kan air kat sana? Clear, bleh nampak coral.
Kat sana tak payah pakai kasut/selipar mahal2 ok.
Pakai selipar jepun lagi selesa :)
Sampai ke darat, tros check-in siap2 kat kaunter agen ni utk balik ari isnin ptg.
Senang je nak jumpe kaunter.. Memang ada tulis signboard besar2 Satun Pakbaran. Boat mmg stop dpn kaunter tu dan semua2 org yang turun dari boat memang kene lepak kat opis agen tu.
Sebab? urusan paspot, agen yg setelkan. Takyah nak g bratur
bagai (ekceli tatau pon katne pejabat imigresen di Koh Lipe tu). Tunggu je kat opis agen..dh siap kang, diorg dtg dan bg paspot kite masing2.
Dah dapat buku merah kembali, kitorg jln kaki ke hotel.
Sita Beach Resort & Spa Hotel tu xde jauh sgt dari tempat boat
berlabuh,the same pesisir pantai je. Sampai je kat sana, sila cari map jika tak pasti.
*Sepanjang jalan ke hotel. Ia adalah kawasan kepunyaan seblah hotel kitorg. Muahaha..
Sampai hotel, still early jam 10AM(mereka lambat sejam. Kalo kat Malaysia, jam 11AM).
So,
g tinggal bag je dulu kat reception.
Dah lapar gile.
Nak bli breakfast hotel, dh close plak. Bila tanya ala carte,
start bukak kol 11:00AM.
Kitorg pon kuar la jalan2 cari makan.
Last2 jumpe Cafe-Lipe yg bukak. Cafe tu sekitar that pesisir
pantai gak tp kene jln jauh ckit dari hotel kitorg.
Dan, dier buat breakfast dan dah start makanan
lunch gak jika nak.
Owner kedai dtg tegur katanya dia org Iran dan muslim.
Dia kompemkan
meat dia mmg halal sbb bli dr penduduk kampung yg sembelih lembu.
Cun!
mmg lapar gile
xmampu nk mkn roti semata2 dah ni.
Saya order nasi goreng daging(80batt), Encik Suami
perasan diet, order roti scramble egg with cheese. Air plak mango shake(60batt)
for me and iced choc for Encik Suami.
I ingat harga makan minum i je 😝
Dah licin air dan makanan, pi tambah lagi 1 mango shake
& 1 mango lassi. Emmm..dapnye mango shake!
Minum2 sambil baring chillex di
pondok cafe.oyeahh..
Nak tempek gambar sekitar Cafe-Lipe yang mesra alam semulajadi dan makanan sedappp :)
Mostly kedai2 makan or jual2 yang berlantai sekitar Koh Lipe ni kene bukak selipar. Harap maklum.
12:15PM, pergi check-in hotel.
Ada a few types of room kat sana. Bilik hill top seaview rupenye jauhhh ke atas bukit.
Nasib memang
dibawakkan naik golf cart.
Sgt berpuas ati ngan bilik.. Good choice, Encik Suami!
Awalnye pelik gak ada 2 toilet yg bukan seblah2. Ingatkan bilik apa yang banyak2 sgt. Rupenye tempat shower belah
kiri then lorong ke pintu masuk then bilik jamban belah kanan.
Sinki plak kat
partition lain which is luar dr both toilet.hihi..
Panas ya ampun kat luar,lepak
bilik je rehat2 golek2..
Encik Suami bantai makan megi yang dibawa dari tanah tumpah darahku. Jeles!
Lama plak begolek siap tdo2 lg.
Petang pas Asar baru kuar
smula. Call golf-cart dtg pickup.
Aktiviti, jln pesisir pantai sambil main air ckit2.
Then jln lagi
ke dpn hingga entrance Walking Street.
Apa lagi, masuk la kami ke Walking Street.
Mkn banana nutella pancake 60batt & mango shake
60batt kat kedai Thai Lady Pancake Shop.
Rindu gile banana nutella pancake even
it is only roti canai pisang sapu nutella je.
Layan dowh kalo mkn mende tu kat Thailand.
Pas mkn, sambung jln jejajah Walking Street sampai ari dh gelap.
Koh Lipe x
besar pon.
Actually, "Koh" kalau dialih bahasa ke BM adalah Pulau. So, Koh Lipe = Pulau Lipe. Hehehe...
Nak cari fridge magnet pon payah. Kalo yg jenis segi4 gambar cam kertas tu
besepah la tp kalo nak cari yg seramik ya ampunnn sukar.
Jumpe la sketol dua fridge magnet seramik yg
bentuk senonoh ckit.huhu..
Pakaian dan gelang2
cengkerang byk ah ada jual.
Kedai makanan halal sgt byk kat sana so dun worry sgt
psl mkn.
Otw balik, singgah tapau ayam bakar dan pad thai ayam(first time
rasa, sdp gak rupenye tp x snap gambar plak) kat kedai halal yg org kedai nye pandai ckp melayu.
Nama kedai tu Sip Pee Nong, kat dalam Walking Street. Ayam bakar + pad thai ayam = 160batt.
Bila langit dah gelap, balik lepak bilik sambil mkn2 tgk tv je.
Mlm x berapa
happening berbanding pulau lain yg kitorg penah pegi.
Sepanjang pesisir pantai
pon gelap je.maybe sbb bukan peek season kot.
But, still a good place to visit :)
*oh beware, kat sepanjang tempat kat sini mmg besepah2 anjing. Penat asek nak men
ngelak je.