Monday, July 20, 2009

Ulser Mulut

Saye tekene ulser mulut. Sakit :(
2 tempat plak tu kene :(
Meh nak share maklumat pasal ulser mulut



ULSER MULUT :
Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

PUNCA :
Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi

MASALAH YANG TIMBUL :
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

MASA UNTUK SEMBUH :

Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.


PERHATIAN :

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.


UNTUK KURANGKAN SAKIT :

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.


Youtube

Tetiap ari dtg keje, rajin benor mendonlod Youtube. Tp tadek la sesambil keje sesambil tgk Youtube. Slalunye donlod, then balik tgk kat umah.

Meh nak share ape citer yg saye slalu donlod kat Youtube :

1) Gugu Gaga Erra


Citer ni mmg so far tak penah miss lg. Ekceli nak tgk baby Aleesya je. Hihi.. nape baby comel? Saye nak jd baby gak bleh? Nanti selalu leh dpt hugs and kisses dan disayangi ramai. Yeay!

2) Mertua Vs Menantu


Asalnye mmg cam syok je follow. Skali sampai episod baper ntah, ada part yg teputus. Maka saye sudah frust utk sambung tgk citer tu. Tak best la tgk citer ada lompang2 kan?

3) 3 Janda


Citer ni diperkenalkan oleh Waniey. Tgh syok tgk sampai episode 7 then dah tadek org nak sambung upload utk episode 8. Padahal kat Astro dah sampai episod belas2 dah. Huhu.. nak tgk sambungan...

TGIF on Sunday


Smalam saye ke Pavilion sbb nak p tgk muvi. Citernye adalah Transformers! Lately ni asal tgk muvi je rasa nak g Pavilion sbb kat situ cam x ramai sgt bratur bli tiket berbanding tempat lain.


Oh, smalam juga di declare sbg hari boria. hahaha.. sila lihat gambar yg blur2 ini. Ish2, tak pandai btol saye snap gambar. Nampak kah apa persamaan nye? Kuikuikui...


Smentara tunggu muvi, meh g mengenyangkan perot dulu. TGIF, here we come!


Air, watermelon juice utk saye(dah 3 entry beturut2 saye order air ni kan?) dan si kembar tak seiras saye order mango juice. Lenkali nak order Mojito la plak. Hihi.. Smentara tunggu main course sampai, kitorg mamam fried mac & cheese ni. Comel je bulat2 tp best mkn time panas2 je,before cheese nye cair.


Ok, dah dipaparkan makanan yang saye order. Namanya Sizzling Chicken & Cheese. Asek cheese je, adeh la. Nice la gak tp saye lg suke pow makanan partner saye pnyer iaitu New York Strip spt dibawah. Nyum2, shedap ok. Sbb dimasak secara medium rare, so juicy. Lg 1, saye sukee mash potato nye.


Sekian citer jalan2 cari makan saye. Lenkali plak ye.. tata!

Epal Kasturi

Seblom ni bile masuk blog Kak Jet, dier asek citer minum air Epal Kasturi bile g Secret Recipe. Mungkin sbb sgt sedap. Pe lg, kene try ni. Mari terjah Secret Recipe..

Last week, ari Sabtu g beronggeng area Sogo. Lama btol rasanya x beronggeng ke situ. Last pegi time my sis dtg. Sesampai kat situ, g lunch kat Restoran Insaf dulu (harap maaf,x snap gambar plak). Kat situ pekene Beriani Ayam Madu. Sgt la sedap.. Patot la femes. Air, watermelon juice utk saye dan pow mango juice yg dikatakan special kat situ. Sedap, pekat..


Perot kenyang, bleh la jalan sesuka hati kat Sogo. Ramai btol org. Maklumla, sale katekan. Dah penat bejalan, naik g foodcourt atas utk cari santapan minum ptg. Jln punye jalan, kaki tertarik ke Secret Recipe sbb nak mamam banana split.


Seperti di dlm gambar, ini dia air epal kasturi kak jet(suke2 je bg nama mcm tu) dan seblah tu air appletiser kegemaran Mr Z. Patot la kak jet suke, mmg sdp air epal kasturi tersebut. Slurppp...

Super Sandwich

Penah makan kat Super Sandwich x? End of last month, saje la nak try mamam kat situ kan. Dat time saye menerai di kedai dlm Midvalley.


Saya order chicken sandwich, insan yg menemani saye beronggeng hari itu order turkey sandwich. Dan we both order watermelon juice. Sandwich tu di sekalikan dgn fries.


Komen? Ok lah, saye prefer Subway lg kot. Hihi.. alamak, dah lama x mamam Subway. Rindu teriyaki chicken..

Wedding Kak Gjie


Salam to all.. Hari ni nak melangsaikan entry tertangguh. Bermula dari citer trip to JB utk wedding Kak Gjie on 26th June 2009. Insan2 yang terlibat adalah seperti diatas iaitu merupakan Ila, Kak Jet, Hidayati, Kak Ila dan Kak Ayu.

Kitorg begerak pas abes keje, bekumpul di Stesen Bandar Tasik Selatan. Dari sane, kami diangkut oleh Kak Ayu dengan menggunakan pengangkutan yang dimiliki oleh Encik Kak Ayu. Hihi..

Sesampainya di Skudai, kedatangan kami disambut oleh Encik Kak Jet yang dtg bersama iswara merah dan bukan hamparan karpet merah. Nawaitu nye, dier nak bwk kitorg ke hotel yg kitorg nak menginap. Maceh ye Encik Kak Jet di atas kesudian anda membelanja otak2.


Kat atas tu gambar kitorg landing kat dlm bilik di RJ Hotel. Ada 2 katil queen, almari tanpa hanger, TV dan fridge yg dipenuhi air2 yang tidak boleh diminum oleh org Islam. Ish2.. Toilet pon ok ah.


Esoknye pas check out, kitorg g umah Kak Gjie. Makanan dan kuih-muih semer sedap2 ok, air pon sedap. Anak saper la yang masak agaknye. Disitu gak terjadinye episod small reunion. Ada Emy, Nazex, Liza, Kak Suzi, Farha dan Dr Dayang.


Ini gambar kitorg bersama pengantin. Pas setel menyaksikan pengantin bersanding, kami berangkat g jenguk2 UTM dan melepaskan rindu utk minum2 di cafe k9. Kemudian, balik KL. Bye2 Johor..

Friday, July 17, 2009

Adakah Cinta Yang Kita Cari Sudah Terlepas?

Lama betol saye tak update blog.. Asyik tak ter transfer lagi gambar dari handphone. Ops, dan citer trip to JB pon tak stori-mori lagi. Dkt sebulan dah. Ish2..

Btw, ada terjumpe citer ni. Cilok dari Buletin Post kat Friendster. Cam nice je utk dikongsi. So, layan citer ni dulu la ye. Biler ada kerajinan, nanti saye upload citer Jalan2 Cari Makan saye yg dulu2. Hihi..


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...

Thursday, July 9, 2009

Sindrom Haid

Saya jumpe entry ni kat seripesona.com
Menarik utk dikongsi bersama so saya copy n paste kat sini..

ADA orang berkata, haid atau datang bulan adalah waktu ‘rehat’ untuk wanita, tetapi ada juga yang terpaksa mengambil cuti sakit sekurang-kurangnya sehari setiap bulan, terutama mereka yang mengalami senggugut teruk.

Saintis menganggap haid adalah cara badan membersihkan rahim daripada sperma dan bakteria. Kitaran haid adalah satu proses yang kompleks dan membabitkan banyak hormon. Ia berlaku disebabkan perubahan fisiologi badan wanita yang dikawal oleh sistem hormon reproduktif dan penting untuk meneruskan keturunan. Kedatangan haid menandakan seseorang perempuan itu akil baligh yang biasanya berlaku ketika berumur 12 tahun.

Bagaimanapun, usah risau jika anak gadis lambat datang haid kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa antara umur lapan hingga 16 tahun. Ketika bayi perempuan dilahirkan dia sebenarnya mempunyai semua telur (dianggarkan antara 450,000 hingga 500,000) yang disimpan dalam ovari. Setiap satu mempunyai kantung khas dipanggil folikel.

Apabila baligh, badan akan menghasilkan pelbagai jenis hormon yang mematangkan telur dan inilah permulaan kitaran haidnya. Folikel yang matang akan menghasilkan hormon estrogen. Estrogen bertanggungjawab menjadikan dinding uterus menebal, menyebabkan perubahan mukus (lendir) serviks. Ketika haid, satu telur akan dikeluarkan.

Ada juga kes telur dikeluarkan yang membolehkan seseorang wanita mendapat bayi kembar tidak seiras jika berlaku persenyawaan. Satu lapisan dinding dalam rahim (endometrium) akan terbentuk sebagai tempat telur yang tersenyawa melekat bagi membolehkan kehamilan. Jika persenyawaan dan kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dikeluarkan sebagai haid. Inilah permulaan kitaran haid yang biasanya mengambil masa seminggu.

Bagi wanita Islam, pendarahan yang berlaku selepas 15 hari tidak lagi dianggap haid, sebaliknya istihadah (darah penyakit). Kitaran ini akan berulang setiap bulan (dalam tempoh 28 hari dari hari pertama haid) sehingga semua telur habis dikeluarkan (menopaus). Sebaiknya tandakan tarikh permulaan dan tamat haid. Lakukan beberapa bulan supaya anda boleh membuat satu carta bagi memastikan tempoh kitaran haid. Ini membolehkan anda mengesan jika berlaku kelewatan haid yang mungkin disebabkan penyakit atau kehamilan. Malah, pakar perubatan juga akan merujuk kepada carta ini untuk menentukan tarikh kelahiran anak.

Berapa banyak darah yang keluar? Kajian mendapati wanita hilang antara satu hingga dua auns (suku hingga tiga suku cawan) yang mengandungi darah (termasuk zat besi), sel mati dan lendir. Kehilangan zat besi menyebabkan ramai wanita mudah berasa penat ketika haid. (suku hingga 3 suku cawan? Mcm lagi byk je.. but yes,cpt penat)

Ada yang menyarankan supaya wanita mengambil pil makanan tambahan zat besi untuk mengatasi masalah ini. Ramai wanita bimbang dengan bau darah haid. Ia disebabkan aktiviti bakteria faraj terhadap elemen darah dan ia adalah perkara normal. Justeru, tidak kira berapa teliti pun seseorang itu menjaga kebersihan dirinya, bau darah tetap ada.

Lain wanita, lain pengalaman haidnya. Ia boleh berlaku sebelum (dipanggil sindrom pra haid atau PMS), ketika dan selepas haid. Antara masalah yang kerap berlaku termasuk sakit perut (senggugut), sakit kepala dan belakang badan, kembung, mual, cirit-birit, sakit pada payu dara, berasa tidak selesa dan perubahan emosi. Sindrom pra haid termasuk perubahan emosi, sakit kepala dan keletihan. (yup..saya merasa semua ni)

Ada sesetengah wanita menginginkan makanan seperti coklat, roti, pastri atau mi. Ia disebabkan tindak balas insulin terhadap perubahan hormon yang mengesan kekurangan paras gula dalam darah. Ia boleh diatasi dengan mengamalkan diet seimbang. (yup..sumtimes rasa mcm takmo nasi, mual jadinye. Rasa nak bende simple2, manis2)

Ada juga wanita mengalami masalah nyeri berkala, iaitu lebam pada mana-mana bahagian badan tanpa sebarang sebab. Saintis percaya ia ada kaitan dengan paras estrogen yang rendah sebelum haid. Estrogen juga berfungsi untuk menguatkan dinding kapilari (saluran halus darah) dan kekurangan hormon ini menyebabkan kapilari menjadi lemah. Akibatnya warna kulit mudah berubah ketika haid. Selain itu, sakit perut atau senggugut adalah masalah paling lazim. (lebam2? x penah plak kene. nasib baik..)

Ada dua bentuk senggugut, sama ada sakit memulas (spasmodik yang disebabkan tindakan prostaglandin pada otot) atau konjestif (akibat pengumpulan air dan garam dalam badan). Untuk mengatasinya, ada penyelidik mencadangkan supaya makan makanan yang kaya asid linoleik seperti sayur-sayuran dan ikan untuk merehatkan otot.

Bagi sakit perut konjestif pula, wanita disaran mengelak mengambil produk susu, kafein dan alkohol.

Selain itu ada beberapa cara boleh dilakukan untuk mengatasi senggugut, seperti:
- Bersenam. Ia melancarkan aliran darah dan oksigen terutama pada pelviks. (mmg tak buat la ni. Hehehe..)
- Jangan gunakan tampon, sebaliknya gunakan tuala wanita biasa. Elakkan makan daging merah, makanan berlemak dan susu. (oh..baru kutahu. Lenkali kene alert dgn 3 bende ni)
- Makan banyak sayur-sayuran, terutama bagi wanita yang mengalami masalah sembelit ketika haid. (sayur no problem..)
- Elakkan minuman mengandungi kafein kerana ia mengetatkan salur darah dan meningkatkan tekanan. (no hal gak, saya mmg kurang menggemari kafein2 neh)
- Urut. (erk..kene g cari tukang urut ke ni?)
- Minum teh bercampur halia. (kalo teh je tanpa halia xleh ke?)
- Baring, berehat dan tenangkan fikiran, terutama jika anda turut mengalami sakit belakang. (sakit gak belakang tp kalo time kat opis, nak baring mcm mane?)

- Tuam bahagian perut dengan meletakkan pek panas atau tuala panas. Ia dapat melegakan kesakitan. (slalu bubuh air panas dlm mug,then tuam. Senang..)