Tuesday, October 19, 2010

Di Kala Senggang Masa

Lama sudah tidak hapdet blog yang ini. Pagi ni cam x byk keje sgt.. Leh ngulor carik info yang mebi leh apply kan untuk kegunaan diri sendiri.

Terjumpa pasal teknik blajar parking, Tingat time blaja amik lesen keter dulu, mmg gune cara ni la kot. Luper dah :
1) Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
2) Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
3) Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
4) Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
5) a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan   garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
6) Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.

Tapi dulu ada tiang yang leh gune sbg pengukur. Kalo kat parking lot betol2, mane nak carik tiang kan. Ada petak je, tu pon atas tanah. Maka, camane nak intai tiang2 seperti instuction di atas?

Oh, ni ada satu lg info yang saye jumpe :


Kepada para pemandu berhemah sekalian, best kah bawak kereta? Sila kongsikan ke'enjoy'an anda selain alasan mudah untuk kesana-kemari. Sesungguhnya, kata-kata pembakar semangat amat sgt lah di alu-alukan. Kalo nak bagi tips2 berguna, lg bagus. Hehehe.. Adios!

Thursday, September 23, 2010

N.G.A.N.T.O.K

Hapdet jap, kasi segar ckit.
Saye mengantuk.
Betul2 mengantuk.
Btol ni..
Tak tipu..
Mata asek nak tertutup je.
Bestnye kalo dpt katil ngan comforter time ni.
ZzzzZzzzZzzz..

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya 4

Uih.. hapdet blog lg kejenye. Sdg byk mood la ni.
Lets move to menu arini.
Tada.. Nasi jagung! Rasa lemak2 ckit, letak fresh milk :)
Lauk2 nye adalah, ayam masak merah.
Kuah dalca (yang ni my mum buat).
Acar.
Papedom.
Tak ketinggalan, spageti. Hehehe.. Tak abes2 spageti kan..
Pencuci mulut, puding fruit coctail hasil dari buatan Mama.
Air, stendet ah air mangga dari 1st raya lg. Mmg bli kordial tu berbotol2 time bulan puasa. Hahaha.. Maceh banyak2 kat Mama dan adik2 sbb tolong i kat dapur since 1st raya. Kalo sorang2, mmg haru gak nak kene setelkan semua2 ni kot. Huhu..

Acara masak2 ni sampai raya ke4 je kot. Pas2 ni kalo ada tetamu datang, makan simple2 dah. Kui3x. Ok lah, nak tempek gambar seblom g beraya ptg td plak.
Tata.. Slamat Ari Raye!

Selamat Hari Raya 3

Hari raya ketiga dimulai dengan acara masak2 di pagi raya. Ekceli, malamnye dah sediakan siap2 bahan. Saye masak ape smalam? Haa.. Mee Tomyam!
Ini tomyam bubuh santan dan sos ikan ckit. Banyak gak wat. Seperiuk besar gitu.
Makan dengan perkara2 sampingan seperti di bawah (telur rebus, cili padi, tauhu goreng, bawang goreng, limau kasturi)
Then siap masak dan makan2, ada tetamu datang. Pas mereka pulang, kitorg plak bersiap kuar beraya.
Then petang, balik umah. Ada tetamu datang beraya. Malamnya, setelkan bahan2 masak untuk esoknya plak, dibantu oleh adik2. Wat keje potong2 tu dpn tv sambil tgk citer Rasukan Ablasa. Hoho.. Saye yg penakut ni, almaklumle.. Kikiki..

Masak ape ye esoknye? Haa..tunggu update seterusnya :)

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya 1 & 2

Haa.. nak citer pasal menu raya ye? Simple2 je.. My mum buat kuzi ayam untuk cicah dgn roti.
I plak wat spageti.
Makanan tambahan lain.. Ketupat manis.
Tapai..

Kek Lapis Sarawak..
Oh.. Ada agar2 fruit koktel tp x snap plak gambar.
Air adalah air mangga (kordial aje..hehehe).
Aktiviti pagi raya, pegi smayang raya dkt masjid bedekatan umah. Then ada tetamu2 dtg sampai ke tgh ari pas solat Jumaat. Tak melepaskan peluang utk berposing dgn adik2.

Sesambil wat keje topup makanan dan cuci pinggan gelas segala, sempat gak curik anak org jap. Adeh, muke dah minyak2. Biase lah, org dapur :p
Pas ayahanda balik solat Jumaat, baru start tukar baju raya. Then, besalam-salaman sesama family + pemberian duit raye. Hehehe.. Opkos la i dah tak dpt kan.. Btw, i tak pakai baju raya pon. Dah yg lain semer pakai purple, so terpaksa la pakai baju yang tak raya semata2 nak joint geng purple.

1st, gi kubur arwah adik + nenek & datuk side Abah. Then gi umah nenek sedara pastu gi beraya dgn nenek side Mama di rumah  auntie. 

Balik umah, mmg bz di dapur dan melayan tetamu sampai ke malam kol 12. Semer dah flat, tak larat nak wat preparation masak2 raya utk esoknye.



Esoknya, keluar beraya awal sikit.

Alamak, dah mcm tangga plak. 1st pegi rumah abg Mama, Ayah Mi. Then gi rumah cousin, Kak Tiq dan berlaku lah sesi fotografi bersama anak2nya. Hehehe..
Pastu gi beraya umah cousin, Abg Ja. Kebetulan parent nya ada situ gak, so kire beraya tros dgn diorg kat sana. Pastu g umah sedara lg, Ayah Su. Last skali, ke rumah datuk saudara. Haa, nak g umah Tok Chik ni adventure ckit. Keter kene letak luar lorong then kene jalan kaki. Sepanjang jalan mmg bleh nampak ketam lalu, nampak ikan tembakul kat tepi pokok bakau.
Kat situ, dah jadi mcm sesi fotografi plak. Hehehe..
Oh..penat!
Balik umah, rehat jap. Then malamnye start beroperasi wat spageti goreng lagi. Raya pertama aje dah slamat 3 bungkus spageti. Nasib baik senang dan cepat. Almaklumla, time raya pertama dah tak larat nak prepare masak2 utk rayer kedua kan. So, menu simple je la jadi pilihan.

Ok lah, bakal bersambung lagi.. Tata..