Saturday, May 22, 2010

Shawl Lagi

Bukan nak jual shawl.. salah2..
Td pas kemas2 bilik, tenampak shawl kat bakul penyimpanan tudung.
Pe lagi, memulakan aksi pemakaian shawl sambil snap sana, snap sini..
Hihihi.. saje, membuang masa di hujung minggu :)


Bulat kan? Kikiki.. Nak shawl cotton la bleh? Oh.. nak kamera gak 1. Ada tak memane Aladdin nak kasi?

Monday, May 17, 2010

Kampung Ku, Kampung Ku Jua. Hehe..

Saya bersiaran kembali. Episod kali ini adalah.. 'balik kampunggg'. Ni bukan citer balik kampung smalam atau minggu lepas, tapi penghujung April aritu. Lamer x saye peram citer?

Kali ni pengalaman pertama saye naik flight. Btol, selama idop kat dunia ni, ni la kali pertama merasa naik flight tau. Excited sgt sbb 1st time kan, but a bit nervous sbb sorang2. Hihi.. tp still nervous yang best.

Paling best time flight meluncur laju nak naik ke udara. Rasa cam nak jerit 'Yeeehhaaaa'. Tp malu la plak kan, so senyum sorang2 je la. Dr KL ke Kelantan x lama, x sampai sejam. Sayang rasanya nak lelapkan mata. My flight malam so cam best tgk cahaya2 lampu kat bawah.
Sesampai kat KB, family dah menunggu di airport. Pas sampai umah, ingat dah tanak makan sbb masih kenyang. Skali bila masuk dapur, terliur plak tengok lauk-pauk. Walaupun hanya dengan gulai ikan masin, budu, ulam2 dan ayam goreng namun ia mampu membuatkan saya makan nasi sampai 3 pinggan J. Inilah dier penangan dah lama tak makan kat umah.
Hari 1st sampai, just lepak2 tengok tv dengan family dan acara bagi adiah. Adiah? Haah..adiah bday my bro and adiah reward utk result SPM my sis. My bro dapat t-shirt, my sis dapat MP3. Tiada gambar untuk tontonan, harap maklum.
Esoknya, kuar g carik kain untuk baju raya bersama family. Lambat2 nanti kang, dah tadek tailor sudi terima dek nonnn. Tadek la banyak, 2 pasang je. Wasatiyyyyaaahh. Biase lah, dah besar2 ni besederhana ckit. Kalo time kecik2 dulu mmg excited abes. Baju raya pon nak banyak2.
Abes shopping kain, I ajak family g makan celup tepung kat tepi pantai. Kitorg g PCB. Payah btol nak carik parking. Seblom makan lepak2 atas batu kat tepi pantai dulu sambil snap gambar ckit2. Dah lain dah pantai skarang. Air dah makin dekat dengan tebing. Tebing tu plak siap kene tambak dengan batu2 besar.
Then..celup tepung time! Teliur tak?
Aktiviti esoknya, lepak2 umah lg.. Bila petang ckit gi lawat nenek kat umah my auntie, Cu Ni. Pastu singgah kat umah cousin plak, Kak Tiq untuk bermesra dengan anak-anaknya. Si kecik yang berdokong dengan Mama saye tu adalah sgt payah untuk digoda. Penat I ngorat dier tp failed jugak. Ish2. Oh, kat umah cousin ni saye mkn mushroom soup yang sedap. Dah merisik camane cara nak buat tapi still blom buat lagi. Hahaha.. Sooner or later lah.
Hari Isnin dikala opismates saya gigih bekerja, saya dan adik pompuan saye gigih mencuci mata dan bershopping di bandar KB. Hasil tangkapan cikit je.. Sandle and shawl. What? Shawl? Reti ke pakai? Hahaha.. mlm tu,gigih saye dan adik belit sane, belit sini. Almaklum la, 1st time. Tu pon ntah pa pe dah. Blasah je la Labuu.. Cam x sesuai saye pakai shawl kan? Then malam nya, g ke Kampung Laut untuk gi beli stok serunding daging.
Ari Selasa, tiba lah hari untuk pulang ke KL. Flight saye kol 3 petang. Kali ni best sebab siang and dapat tengok awan. Yeay! Bersyukur sebab dapat seat tepi tingkap lagi, sama macam time malam hari balik ke KB tuh. Oh, time dalam flight ada kejadian scary-merry ckit. Flight sedikit terhuyung-hayang sekejap ke atas dan sekejap ke bawah hingga ada beberapa penumpang menjerit2 ketakutan. Saye? Menten, control macho.. Hahaha.. Lantak lah, I nak tengok awan. Lalala..
Sekian sudah citer panjang berjela. Gambar pakai shawl ni adalah dibantu oleh pengeras. Bagus, tadek la betempek di dahi ku. Dah comot2 pon, snap pas turun flight. Hahaha.. Sehingga bertemu lagi di lain masa.

Sunday, May 9, 2010

Waroeng Penyet + Cupcake Chics

Nape kah bertajuk begitu? Jeng3x.. Sebab, dah lamer giler ngidam nak makan kat Waroeng Penyet. Bertahun la jugak. Asek wrong timing je kan. Akhirnya.. bejaye gak mkn situ. Puas ati btol :) Kiranya sini tempat i declare sbg selebret bday i thn ni la.. Lambat pon takpe (tertunda sbulan lebey), nak gak mkn kat situ.. Kalo kat tempat lain, x dikira selebret. Lalala.. Tq :) Disebabkan declare sbg selebret bday, so kene la ader kek kan? Tapi saye nak tukar ke cupcake. Terlebih demand plak aritu. Hehehe..


Pas dah beli Cupcake Chic, dgn excited nye menuju ke Waroeng Penyet. 1st time ni. Sepanjang langkah tu rasa happy gile. Almaklumlah, nak g kat tempat ngidam kan. (Gedix..nk makan ayam penyet kat Waroeng Penyet jugak. Ayam Penyet Ria ke, Ayam Penyet AP ke tamo). Pembetulan, bukan takmo tp 1st ayam penyet nk merasa kat Waroeng Penyet dulu then baru ke kedai ayam penyet lain. Aci tak? Hehehe..

My Es Soda Gembira & Es Cendol.

Nasi.. Ayam Penyet.. Ayam Panggang.. Sate Bakar.. Yummy! Gambar org ngidam yang berjaya mendapat habuan nye plak :p


Terima kasih manyak2 ye ;p

Rak Thai

Aritu @ bulan lepas, saye g makan kat sini. Restoran Thai yang nampak nice. Ini kedai berlokasi kat The Gardens, Mid Valley.

Santapan adalah berupa seperti berikut. Harap maaf, dah ilang ingatan pasal nama makanan2 bawah ni :p


Yang berselimut tu bukan lepat pisang ye. Dlm tu ader pulut. Hehehe.. Puas hati btol especially dapat makan som tam dan pulut mangga. Oh tidak, tetiba rindu pulut mangga kat The Curve. Nanti bebile makan situ, i post kat sini k. Tomyam disana kaw2 dan pulut mangga ada 2 color :) Ops, off topik ke lokasi lain plak. Ok la, sekian..

**Hidayati in actions**

Misi Menggagalkan Diet Mereka - Versi 2

Hohoho.. Lamer btol peram gambar lama2. Penat dah seru mood (mood update blog) soh dtg, tapi dier degil tamo dtg gak. Baru arini berjaya dipujuk.

Cam tajuk yg korang nampak, destinasi kali ni adalah kat Restoran Nim's Little Island Cafe di Sungai Ramal Dalam, Bangi. 1st time makan kat sini. Meh tgk gambar2 gulap gulita yang berjaya di snap.


Kami berempat.. Jgn salah paham ye. Bukan kedai tu tadek letrik or tetiba diorg nak support Earth Hour sorang2, tp problem kecerahan kamera.


Air kami. Zafiq's soda gembira, Jo's soda sedih dan Yati's soda gembira. Yang kat bawah tu, Alia's Memory Lane. Terpaksa snap separate sbb air dier lambat sampai.


Mouth watering.. Alia's kue tiew hong kong, Yati's nasi goreng kerabu besama kerabu mangga (brape byk kerabu daa), Jo's grill black pepper chicken chop, Zafiq's mushroom chicken chop yang tak di grill. Tak dilupa, udang celup tepung.


Acara bunuh-membunuh sesama sendiri. Aksi di atas adalah terlalu ganas. Kalo kat muvi tu, leh di klasifikasi sbg seram + ganas lah. Please dont try this at home. Hehehe.. Lg satu, acara sendeng-menyendeng (tp cam i je nyendeng telebih). Aksi ni selamat untuk tontonan umum.

Harap maaf di atas sajian warna gambar yang sedikit hazabbb. Bukan ape, sekali-sekala menguji kesabaran korang.. :)


------------------------------- BERSAMBUNG -----------------------------------------------

Tak center plak alignment bersambung kat atas. Tak kisah lah.. Disebabkan agak berkenan dengan kedai di atas. Tak berapa lama selepas kejadian kuar berempat, saye keluar plak berdua dengan Alia untuk ke kedai yang sama. Huhu.. kene mandrem kah?


Saye punya soda ceria. For me, i lagi suke ini soda ceria berbanding soda gembira. Pa pe pon, both adalah sedappp.

Alia's nasi goreng black pepper besama telur dadar. Gambar last adalah nasi putih i bersama fish fillet paprik. Kesimpulan nya, stakat ni semua makanan saye dan kawan2 makan sedap. Nampak sgt ada terjadi sesi pow-mengepow. Hehe.. Tq kepada yang memperkenalkan :)