Bila belek2 folder gambar dari enset, berderet2 rupenye cerita-ceriti yang blom di post kat sini. Ish2, dah makin pemalas nak mengarang nampaknye. Tak lama lg, adakah blog mkn2 dan ronggeng2 ni mati? Tidak2.. Plus,cam something wrong ngan blog ni. Dah ilang mende utk tukar2 font, nak alihkan text ke tgh, bila upload gambar pon kuar coding je. Napekah?
K la, smentara tgn rajin nak menekan2 keyboard ni, mari berstori-mori psl kisah lepas2. Bermula dgn cerita Perjalanan ke Melaka Tanpa Plan. Haa..pelik tapi benar. Kisahnya begini, sorang ofismate i kawen kat Melaka. Asalnya plan nk g hari Ahad ke Melaka @ hari dier kawen (30 May 2010) then balik smule ke KL hari tu jugak. Sbb, member2 yg i nk join g sane kene keje ari Jumaat (Hari Wesak) & Sabtu.
Nak dijadikan cerita, tetiba ari Sabtu kitorg dgn selamba badaknye g gak ke Melaka pas diorg abes keje. Tu pon gerak dah kol 3 sumthing ptg. Berkumpul kat umah Jo then gerak g Melaka naik keter Jo. Masok2 je Melaka, ternampak Zoo Melaka. Ekceli dah telepas lorong nak masok Zoo. Tetiba je, 'Jom g Zoo!'. Maka Jo dgn selambanya wat aksi berani mati, reverse keter di tgh2 jln besar bg menjayakan misi masok ke Zoo.
Kat dlm Zoo tu, rakan2 i sgt suke la sbb dpt melawat sedara-mara mereka yg dah lama ditinggalkan. Seharusnya diorg x melepaskan peluang utk bergambar dgn makhluk2 kat dlm tu. Rindu la katakan.
Pas tu, kitorg gerak g carik hotel. Agak mencabar time tu sbb hotel asek penuh je. Kitorg ni, asal nampak hotel je benti dan turun g tanye. Dlm pada tu, kitorg agak enjoy menyaksikan panorama dikiri dan kanan especially kat kawasan yg ala2 Venice. Selamba je, padahal still xde tempat nk bermalam. Ader gak berseloroh, kalo x jumpe gak hotel yg sesuai, tdo je la dlm keter or masjid. Kikiki..
Pas pusing2 sambil carik hotel, Jo park kat Bandar Hilir dan kitorg jln kaki carik hotel sekitar situ. Sgt suke ekceli sbb dari situ bleh jalan kaki je nk ke tempat2 besejarah & Dataran Pahlawan. Last2, dlm kol 8 sumthing, dpt gak bilik kat Tower Hotel. Alhamdulilah. Masuk bilik, solat then kuar balik.
Nak g mane ye? Mesti la mkn.. Semer dah lapor. Ada tempat mkn yg di suggest oleh Receptionist hotel tp bg kitorg, alang2 sampai Melaka, baik g pekene ikan bakar kat Umbai. Tanpa perancangan yg rapi, kitorg g la carik Umbai. Sampai sesat2 la jugak. TQ kepada bantuan Sugar Bubleleh kepunyaan Encik IPhone sbb last2 bejaye gak sampai Umbai.
Jom Makan! Selain makanan dibawah, 2 bungkus nasi lemak ngan kelapa jelly jugak slamat masok dlm perot.
Pas makan, ada berlaku sedikit ketidaksihatan. Mebi sbb penat dan perot dah masok angin. Tp takmo ngalah, still gak nak jln2. Ye ah, bukan slalu leh dtg Melaka kan. Pas mkn2, kitorg balik ke Bandar Hilir dan begambar2, jalan2 kat Jonker Street kot namanya (ala2 Petaling Street) dan lepak2 menikmati angin mlm. Dah dkt kol 2 pagi baru balik ke bilik utk mandi, solat, iron bj esoknya. Kol 3 gak la baru tdo.
Esok, pepagi lg dah kuar hotel. Kitorg jalan kaki je g bergambar kat tempat2 bersejarah. Best sbb org xde sgt, leh wat aksi gile2 dgn selesanya. Dan best gak sbb tak perlu berpanas2.
Pas penat posing2, kitorg g breakfast kat Nasi Lemak Antarabangsa di Dataran Pahlawan.
Pas mkn, jln ke Mahkota Parade. Konon nak men bowling tp cancel sbb takde kosong. Ada tournament pekebende ntah. Pas abes meneroka Mahkota Parade, g semula ke mall kat Dataran Pahlawan. Zafiq ngan Jo men game tembak2 n aper ntah lg, saye ngan Alia karok. Hoyeah!
Agak2 dah kol 11, kitorg gerak balik hotel. Besiap, kemas2 dan check out nak g umah Kak Pah @ pengantin. Ujan lebat time tu. Kali ni, bantuan Sugar Bubleleh diperlukan skali lg. Sampai umah Kak Pah, jumpe pengantin jap (cantek nya Kak Pah, berseri2 dgn baju merah itam..I like!), mkn2, lepak jap, begambar ckit then cabot.
Nak g mane plak? Hoho.. g tepi pantai (alamak, lupe nama) yang ada Eye on Malaysia. Rupenye dah x bejalan mende alah tu, kene sita. Sian. Untuk tak menghampakan, amik gak la gambar kan..
Then, g smule ke Bandar Hilir. 1st, bersalin dulu. Ops, tukar baju. Hehehe.. Then, g Taming Sari! Time tu panas ok. Begambar2 ckit then meneruskan perjalanan utk pulang.
Pulang tros ke? Mesti la tak! Sempat singgah PD plak. Lepak2 di 2 pantai, posing2, mkn2 then baru balik. Akhirnya sampai umah dlm kol 11 mlm gak. Walaupun penat dan masa packed tp kitorg happy dan merasakan percutian yg x plan adalah lebih best! Yeehaa!!!
Ok la, nak stop. Ni la diari jln2 carik makan yg plg panjang dlm blog i kot :p