Tuesday, October 19, 2010

Di Kala Senggang Masa

Lama sudah tidak hapdet blog yang ini. Pagi ni cam x byk keje sgt.. Leh ngulor carik info yang mebi leh apply kan untuk kegunaan diri sendiri.

Terjumpa pasal teknik blajar parking, Tingat time blaja amik lesen keter dulu, mmg gune cara ni la kot. Luper dah :
1) Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
2) Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
3) Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
4) Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
5) a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan   garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
6) Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.

Tapi dulu ada tiang yang leh gune sbg pengukur. Kalo kat parking lot betol2, mane nak carik tiang kan. Ada petak je, tu pon atas tanah. Maka, camane nak intai tiang2 seperti instuction di atas?

Oh, ni ada satu lg info yang saye jumpe :


Kepada para pemandu berhemah sekalian, best kah bawak kereta? Sila kongsikan ke'enjoy'an anda selain alasan mudah untuk kesana-kemari. Sesungguhnya, kata-kata pembakar semangat amat sgt lah di alu-alukan. Kalo nak bagi tips2 berguna, lg bagus. Hehehe.. Adios!