Tarikh Kejadian : 10/11/2013
Jumpe lagi!
Nak update citer pegi Koh Lipe 2 bulan lepas (oopss!) bagi sesapa yang berminat :)
Jam 9 pagi, mulakan hari dgn breakfast kat hotel. Dan arini cam
baik hati nk jln kaki turun bawah, x call golf-cart pon. Jenuh gak turun tangga,turun
bukit bagai. Hambik ko..exercise la konon kan..
Breakfast!
Dan..bergambar ckit2.
Ekceli, dah plan nak mandi laut. Siap pakai baju 2 lapis (baju
renang kat dlm,tshirt kat luar).
Skali pas mkn, baru je jln2 ckit dan snap2
picture kat gigi air dpn hotel, ujan turun.
Lebat plak tu. Terpaksa guna khidmat
golf-cart hantar balik ke bilik.
Aktiviti kat bilik hanya bergelumang atas katil sambil
tgk tv sbb ujan lebat x benti2 lagi.
Dekat kol 11:30 pagi baru tegedik2 turun mandi laut sbb ujan dh
completely stop. Kui3x...
Ni gambar sepanjang nak turun ke pantai (hotel ni ada banyak gantung patung2 kat pokok).
Jom tukar baju dan mandi laut!
Encik Suami g snorkelling jauh ke blakang ckit.
Sewa alat
snorkelling adalah 50batt.
Mak budak yang dah makin semput berendam je kat air paras
tengkuk. Hihi..
Kalo duduk pesisir pantai akan nampak laut kaler berbalam-balam ijau +
dark blue.
Yang kaler ijau tu air dan pasir lah.
Kalo agak2 dah lalu kawasan dark blue, sila
jaga2 sbb situ ada banyak coral.
Cuba untuk jgn pijak ok!
Kesian depa..
Kalo dh sewa alat
snorkel tu, pegi lah cari kawasan yg air nye nampak ala2 dark blue ek.
Dah jam 1:30pm, naik ke darat berjemur keringkan badan atas kerusi bawah payung
sambil berangan nk mkn pe jap lagi. Hahaha.
Dah agak kering, balik bilik untuk mandi + solat
dan rest jap.
**Arini diorg kemas bilik buat corak kat tuala. Smalam xde corak. Terpaksa la snap gambar :)
Ni swimming pool dpn bilik :)
Jam 3:30 keluar jalan cari makan kat pesisir pantai.
Kali ni kami try kedai Bung Roon Halal Food, bedekatan entrance Walking Street.
Cakap melayu je time
order, sebab orang yang layan kitorg tu orang Kedah.
Kitorg order nasi putih 2, tomyam
merah, kailan ikan masin, telur dadar, sotong pedas(rasa cam sotong masak cili api
campur kari), air mineral botol besar 1.
Total kos = 780batt.
Simptom mengandung agak
menolak seafood.
Dah cuba amik sotong seketul dua tapi cannot go.
Maka, makan nasi
lauk kuah tomyam, sayur dan telur dadar saje la. Huhu.
Abis makan lepak jap kat kedai tunggu makanan
turun.
Pastu, kite sambung jalan sambil tgk peta.
Around jam 5 petang, kami sampai ke another side of pantai, Sunrise Beach namanya.
Air
nye lagi cantik, tenang, lebih hijau dan sangat ramai omputeh chillex disitu.
Macam geram nak
berendam tapi tak pakai plak baju renang.
Side pantai sini, hotel/resort nye lebih
low profile or village style.
Cenggini salah satunye..
Tapi bila dah jalan sampai ujung, jumpe gak 2 ketol
hotel yang agak high class.
Jam 6:30 petang, kitorang balik ke Walking Street lagi untuk kudap-kudap.
Pekene mango
shake, watermelon-orange shake, mango sticky rice & banana-nutella
pancake.
Mango sticky rice sedap gile!
Nama kedai, Thai Lady Pancake Shop (sama mcm smalam tp branch lain, ke dalam ckit).
Encik Suami cakap, dier bagi 6 out of 5 bintang!
Total semuanya
= 260batt.
See, anjing berada dimana=mana.
Abis makan, kami jalan2 cari sevinier ckit tapi xde sgt hasil tangkapan.
Untuk
diri sendiri xde pon kecuali fridge magnet seramik yg susah bebenor nak
jumpe. Huhu..
Mostly banyak jual pakaian dan gelang/rantai hasil laut cam cengkerang
gitu.
Haa..lagi nak bitau.
Kat sini postbox macam ala-ala femes gitu.
Tatau nape..
Keychain pon banyak diorg buat ikon postbox.
Jam 7:30 malam, dah gelap sangat dah kat sana.
Kami balik bilik dulu dihantar
oleh golf-cart.
Jam 10:00 malam, keluar dinner kat hotel sebab macam malas nak jalan
jejauh dah..
Plus, pesisir pantai dah gelap sangat takde lampu.
Dinner malam tu, kami pekene watermelon
juice, watermelon shake, salmon steak, prawn coctail, ice-cream choc & choc
chip untuk ganti cake.
Kenapa kene ada cake?
Sebab, nak selebret our Anniversary :)
Ulang tahun nye 11 November, kami selebret awal beberapa jam. Lalala..
Total cost untuk dinner malam tu = 1345batt.
Smentara tunggu golf-cart datang pickup, bleh lepak2 sofa lobi sambil baca buku.
Pemandangan malam on the way balik ke bilik hotel.
Ok, bye!