Tarikh Kejadian : 29/12/2011
Lama nye tak post.. Lamanya..
Jom melalut.
Bismillahirrahmanirrahim..
Tarikh: 29/12/2011
Harga tiket: jeng3x!!!
Seblom naik flight, lepak2 minum kopi sambil karok2.
Begini lah rupe saya.. hoho..
**ipad tu hantaran dari Encik Suami**
Kitorg gi hanimun sempoi je.
Laki bini bawak beg ala2 Ninja Turtle Amazing Race gini ha sorang satu.
Sampai airport Phuket dah tengah malam.
Kat sana timing lebih kurang sejam lambat berbanding waktu Malaysia.
Oh, bercakap pasal perbezaan waktu kan, saya ada citer ngokngek nak kongsi kat sini.
Saya ni 1st time gi luar pada Malaysia so agak batak/curious la pasal perbezaan masa ni.
Terlontar la i soalan 'cerdik' saya kat suami = "You, nanti dah sampai Phuket, jam i akan automatik tukar waktu sana ke?" (dimaklumkan, time tu saya pakai jam analog.
Pastu Encik Suami yang dah beberapa kali jejak kaki ke luar Malaysia jawab "Haah, nanti jam you akan ikut timing Phuket".
Dalam hati saya cam wahh, pengalaman baru ni.
Pas kapalterbang di isytiharkan mendarat, saya pandang jam.
Tak berganjak! Biar betoiii..
Pastu Encik Suami cakap "Belom lagi. Nanti dah masuk dalam airport, automatik jarum jam you jatuh".
Dengan excited nya saya dok pandang jam je sepanjang jalan sbb konon tanak terlepas pengalaman berharga kan(nasib tak tesungguh langgar pa pe).
Sampai ke sudah tak tukar!
Rupenye saya dah kene wakenabeb dengan Encik Suami. Hampehdotnet punye budak!
Saddis pon ada gak.
Sambung citer.
Encik Suami dah arrange cab siap2. Dier jumpa kat forum lowyat.com kalau tak silap.
So orang tu dah tunggu kat airport siap dengan tanda nama Encik Suami.
Sampai hotel Bangphu Inn (hotel bajet.kui3x).
Check-in(bleh plak mamat kaunter tu blur2 bila cakap booked by Agoda. Tak penah dengar Agoda ke) dan letak barang pastu kuar jap jalan2 melihat pemandangan Phuket di malam hari.
Hotel ni walking distance je dengan pantai Patong. Sempat la dinner sempoi2 kat tepi pantai Patong.
Balik je bilik, pengsan sampai pagi.
Esoknya, TERPAKSA bangun pagi2 sebab Encik Suami dah arrange tour package pegi Phi Phi Island, Krabi.
Normally orang gi sana balik hari je, tapi kitorg memilih untuk stay sana.
Disebabkan dah amik pakej maka harus la ikut time diorg.
Bergambar selepas check-out Bangphu Inn(lepak satu malam je sana).
Maka terpaksa buat2 celik padahal masih ngantok.
Nikmatilah gambar merapu kami di dalam van yang bawak kitorg ke feri.
Kat belakang tu feri nak gi ke Phi Phi Island, Krabi.
Dapat nombor kene tempek kat baju :p
Ape yang jadi sepanjang ke sana & semasa kat sana?
Haaa.. next entry saya citer k!
Adios..
No comments:
Post a Comment