Tuesday, April 16, 2013

Hong Kong - Day 3 (Ocean Park & Avenue of Stars)

Tarikh Kejadian : 07/04/2013
**Tatau la nape pas Publish alignment jd x btol.*
*Dah fixed pon ia ttp terjadi.*
*Maka, terima lah seadanya*


Assalamualaikum.
Saye tgh amik mood update blog ni dengan cara..mkn biskot HELLO PANDA!
Sedapnyee.
So now, mood dah ceria maka mari mengarang.

Aktiviti pertama hari ke-3 kami adalah ke Ocean Park!
Seblom kuar, feeling mkn roti sedap kat hotel dan bubuh beberapa paket biskot oat ke dlm bag.

How to go:
1) Amik MTR ke stesen Admiralty.
2 )Sampai di Admiralty, kuar ikut Exit B2
3) Kat exit B2 tu nanti akan ada signboard ke stesen bas Ocean Park

Kat bus stop tu ada berlambak2 org buat promo tiket Ocean Park. 
Kitorg pon terhasut sama untuk beli sbb lg murah 20HKD dari harga tiket sebenar (ekceli takut2 gak nak bli. takut kene tipu. tawakkal je la).
Kat stesen Admiralty pagi tu mmg byk bas ke Ocean Park (nombor bas 629), xyah tunggu lama2.
Oleh itu, korang masuk ke bas, then scan Octopus card. Nanti dier deduct less than 11HKD kalo x silap.

Perjalanan ke Ocean Park xde la jauh bebenor.
X sampai stengah jam dah bleh sampai.
Dan, bas akan benti kat dlm Ocean Park. Korang xyah nak bazir peluh jln jejauh.
Tapi, disebabkan bas 2 tingkat tu gemok dan tak muat nak naik eskulator so dier park kat bawah je.
Pastu korang naik le sendiri eskulator cenggini..

Tadaaa!!!

Disebabkan kami dah bli tiket kat stesen Admiralty(tatau agen diiktiraf ke tak sbb xde kaunter proper pon.muahaha), so xyah susah2 bratur kat kaunter lagi.
Kepada yang nak maklumat pasal Ocean Park, sila ke sini http://www.oceanpark.com.hk/html/en/buy-and-book/index.html
Harga tiket 280HKD, tp kami dpt harga 260HKD :p
Xyah ckp byk, jom kite tros masuk!

Ekceli kan, ada pemeriksaan bag.
Makcik seblah saya kene, tp saya telepas.. Syukurrr!
Slamat biskot oat beta. Dah le kat dlm tu xde Halal food.

Bila dah masuk dlm, jgn lupe amik map.
Kat dlm ni ada byk kerusi untuk duduk2. Best!

Kenapa saya pilih untuk datang ke Ocean Park?
Selain theme park, sini turut ada binatang2.. 
Plg utama, sini ada Panda!
Memang x lengkap kalau dtg China tp x jumpe Panda.
Cam g Australia tp x jumpe Kangaroo/Koala.

Saya mmg tau Ocean Park ada Panda.
Mmg tekinja2 excited.
Mari kite ke Panda Village. Kite excited sama2 k!
Share video la syok ckit.
Sungguh comei makhluk ini! 
Dier layan makan dier je. Pas dh kenyang, tersadai tepi batu.
Rasa cam nak culik bawak balik umah. Pastu golek2 beliau mcm sardin roll. Ahahaha..

Boo!
Dalam Panda Village ni turut ada ikan2 emas.

Sebelum kite pegi lebih jauh, saya nak tempek map Ocean Park ckit.
Agak besar kawasan sini.
Siap ada pilihan samada nak naik tren @ kabel car untuk ke side lagi satu.
Dasat dok? (nanti korang zoom ye peta ni. baru le cerah lagi clear).

Kalo nak soh citer detail pasal setiap park, nanti kang berumahtangga la korang kat depan pc.
 So saya tempek gambar ckit2 yang saya rasa di antara yg menarik utk di share je.
Ok?
Selebihnya, sila kesana utk merasainye sendiri :)

Ini kat The Grand Aquarium.
Syok oo..ikan lalu lalang kat atas-kiri-kanan..

Waterfront Plaza.
Sini ada byk pokok2 digondol ikut bentuk aktor berupa haiwan.
Dan ada gak la maskot berpakaian dolphin dan sbg nya lalu lalang. 
Bebudak ramai amik gambar ngan diorg.

Aqua City!
Encik Suami men game bawak kapal (cam ala2 keter remote kontrol. Tapi remote nye adalah stereng bulat itu, dan kapal plak ada kat dlm air).
Kalo anda terliur nak men gak, sediakan syiling 10HKD sketol. Duit kertas x main ok!
Ekceli kol 7:30PM akan ada Watershow Symbio kat sini tp kami x tunggu sbb ada komitmen lain :p

Old Hong Kong.
Kat sini ada show ala2 simple teater musical, ada kedai2 jual makanan, objek2 veteran utk diamik gambo.
Kalo nak naik keter kabel, area sini la tempatnye.
Keter kabelnya sgt kiut miut.
Kami x naik sbb nak kene bratur panjang sgt. Lagipun baru pas naik cable car kat Ngong Ping. Montot blom sempat sejuk lg :p

Sebab tak naik keter kabel, maka kami naik tren kat Waterfront Station untuk ke park side lagi satu.
Jgn risau, x kene bayar pon.

Kitorg punye aim kat sana more to jalan2 ke setiap park skodeng apa ada, tengok2 binatang, posing2.
Naper tak men game?
Mengucap panjang! For me, agak extreme gak la mainan2 kat sini.
Yang pesen bepusing sampai kepala totally ke bawah ada..(lama gak dier stop cenggitu kat puncak dan kejadian tu bukan berlaku sekali).
 
Game ala2 Solero kat genting pon ada, roller coaster tepi laut ada..mcm2 lagi lah. 
Dan, sgt ramai bratur nak main.
Maklum le, weekend.
Yang pasti, kebanyakan game kat park ni utk pengunjung2 yang stok nak test jantung.
Saya bukan ape, kalo paksa main gak kang nanti jantung saya majuk xnak masuk2 dah dlm bdn.
Kan ke susah tu :p

Tapi jgn risau, still ada mainan yang sesuai untuk anak2 (kat Whiskers Harbour).
Dan, game ni pon nampak gaya cam x bahaya cuma kekangan lain plak yg ada, basah!

Selain menan2 ni, side sini turut menyajikan haiwan2 sejuk!
Saya persembahkan (gedeboom3x!..) 
PENGUIN! (claps3x).
Uk alohh..comei sungguh tekedek2.
Cam nak ajak men kejar2 je. How cute!
 Bila korang masuk sini, cam rasa duduk dlm freezer.
So, kitorg pon xmampu nak stay lelama sgt.
Sbb?
Pakai suar 3 suku? Jadi eskrem la kaki tu nanti kalo stay lelama.
Pastu wat2 kiut mcm penguin plak :p
 Saya pon xmo kalah gak la.. (Bajet kiut)

Agak2 dah betenang jap kat luar(tp still gak sejuk sbb kat sana mmg tgh musim xde matahari sgt kot), kami masuk lg tempat sejuk lain.
Hoyeh!
Kenal x?
Tak? Ish2.. x baik x kenal sedara. Hahaha..
Its singa laut & walrus!
Kat dlm sini ada spot cun untuk bergambar.
Saye sukeee sgt!

Pastu, dipertengahan jalan, jumpe plak budak yang ditinggalkan.
Kesian... maka, saya pon teman dan peluk dier :)

Untuk merehatkan minda, kami join tgk show Dolphin & Singa Laut.
Best dan sgt bijak!
Untuk makluman, kat tetiap park ada je rstaurant/cafe/gerai jual makanan tp stakat yg kami tawaf xde logo Halal. So mkn biskot bekalan je kami.
Perut berdundam-dundam bekokok.
Agak dah menjelang petang, kami amik tren mcm tadi untuk balik ke Waterfront.
Ada misi lain plak menanti.
Jeng3x!

Sama spt cara dtg kesini, kami amik bas nombor 629 kat luar entrance untuk ke MTR station.
Jgn naik free plak, Octopus card jgn lupe!
Bas yang kami naik kali ni benti kat Central Station, not Admiralty.
Tak kisah la sbb kami mmg nak kene tukar tren ke Tsim Sha Tsui station pon.

Pas dah sampai Tsim Sha Tsui, amik exit F.
Pastu, amik plak exit J untuk ke Avenue Of Stars!
Avenue of Stars ni kat East Tsim Sha Tsui so agak jauh gak nak kene menapak.
Pas kuar je dari kawasan MTR, hari dah gelap.
Mmg cantek ah sbb bila malam, suhu sana makin sejuk dan kami x plan nak stay lelama. Beku nanti.

Korang kompem xkan sesat sbb signboard ke Avenue of Stars besepah-sepah.
Ni patung yang bleh kata jatuh hukum wajib untuk bergambar.
Dan..ada lagi dan lagi..

Tujuan kami beria nak datang sini memalam sebab kol 8PM ada pertunjukan Symphony of Light selama 20 minit.
Senang citer, pertunjukan laser yang dipancar dari/ke bangunan seberang laut sana.
Laser dan lampu2 kat bangunan2 seberang akan ikut irama muzik yang dipasang.
Ni sewaktu menunggu, hampir mencapai taraf beku.

Hampir kol 8, ada announce cakap Symphony of Light akan bermula.
Pertunjukan nye cenggini haa..
Kami duduk tepi tembok je. Bleh gak kalo nak tgk show sambil naik ferry cam gambar kat atas tp kene beli tiket seawal kol 5:30PM (harga sila survey sendiri..lala).

Tunjuk video ckit. Takleh lelama, lenguh tgn pegang kamera (dah le menggeletar sejuk).
(Alamak, pas tgk balik after upload, effect laser ijau xnampak sgt plak kat sini. Before upload ok je. Huhu)
Kalo perasan, selain laser, lampu kat bangunan2 dah mcm bejoget2 skali.
Ekceli byk lagi bangunan lain terlibat tp jenuh la nak pusing kamera kejap ke kiri, kejap ke kanan.
So, fokus kat tengah je utk video ni.
Sila pergi dan rasai sendiri. 
Menarik dan its free!

Habis show, kitorg masuk SOGO jap which is btol2 seblah tu je.
Tujuan, nak panaskan badan. Hahaha..
Even dlm SOGO ber ekon, tp still rasa sedikit lega sbb kat luar lagiiiii sejuk.

Agak2 dah bersedia tadah kulit, kitorg mula jalan balik ke MTR untuk ke Sheung Wan.
Tapau nasi putih lagi + pisang untuk mkn besama makanan dlm tin di bilik.
Sgt penat..sgt sejuk..sgt lapar tapi, SGT SERONOK!
Sekian citer hari ke-3 yang panjang berjela :p
Nite!

Monday, April 15, 2013

Hong Kong - Day 2 (Part 2 - The Peak)

Tarikh Kejadian : 06/04/2013


Ehhemm! Ehhemm!
Takmo buang karen bg mukaddimah panjang2, meh kite sambung citer Hong Kong Day 2 kejadian sesi petang dgn serta-merta.

Pas abis berpusing dalam Citygate Outlet, dlm kol 3petang kami amik MTR dari Tung Chung ke stesen Central.
Kalo korang nak plan tambang siap2, sila layari sini http://www.mtr.com.hk/eng/fares_tickets/train_service_index.html
Kemudian, donlod file PDF Fare chart kat situ. Senang kan?

Kejadah hape kene g stesen Central ni?
Haa..jgn tatau. Dari sini hanya perlu jalan kaki je untuk ke The Peak.
Kuar exit J2, nanti korang akan melalui kawasan cam ala2 garden gitu.
I wan nobadi-nobadi bat yu..~~
Teruskan perjalanan anda sampai ke hujung yang mana ada jalan besar.
Belok kiri, nanti nampak ada traffic light.
Dari traffic light tu dah bleh start perhatikan signboard 'The Peak Tram'.
Follow je petunjuk arah tu sampai anda nampak mende ni:

Stamina kene tegar ckit sbb perjalanan ke The Peak Tram tadek la dekat sgt.
Dan paling best, ia mcm berbukit ckit. 
Tertonggek-tonggek panjat bukit ok!

Time kitorg sampai, punye la ramai makhluk Allah beratur nak bli tiket.
Berlayer-layer barisan. Macam ular kene palu.
Mungkin jugak sbb ramai nak naik tunggu matahari terbenam dari atas sana.
Harga tiket ada macam2. Bleh refer sini http://www.thepeak.com.hk/en/5_5_6.asp
Siap ada pakej masuk ke Madame Tussauds skali jika berminat tp kitorg x amik.
Kurang berminat nak amik gambo ngan artis kene wax ni, kang roh dier follow kitorg balik hotel plak kang. Hahaha.. melalut!
Maka sila survey sendiri harga. Hehehe..

Sementara tengah bratur, bleh la sesambil baca sejarah yang ada:
Nampak dok disitu ada mention perkataan Penang?

Mari berkenalan dengan Peak Tram.
Paras rupa beliau adalah begini.
Walaupun berwajah antik, jgn perlekeh ok. Gagah memanjat bukit ni..
Peak tram ni akan bawak korang naik tinggi ke atas.

Ini kami ketika kat dlm tram.
Curam gak tahap tram ni naik.
Kesian kat org2 yang kene bediri.

Dah sampai kat puncak :)

Bila kuar tram dan masuk je bangunan, first thing yang korang akan jumpe adalah Peak Market.
Segala mak nenek ole-ole ada kat sini.
Disebabkan kitorg punye awal itenary xde cover Stanley Market & Ladies Market, so kebanyakan cenderahati kitorg bli kat sini.
Alrite gak la kat sini..banyak choice dan price quite ok.

Ini ada apek terlepas tgh try topi.
Pas snap gambar ni, i kene sound ngan owner kedai "No picture pliss".
Nasib sempat amik gak. Uwekk!!!

 
Untuk naik puncak bangunan, kene lalu depan Madame Tussauds pastu naik je eskulator demi eskulator sampai ke level 2nd last.
Kat situ ada orang jaga untuk check tiket, then dier cucuk/scan tiket anda.
Setel part tu, korang bleh naik the last eskulator utk tengok panorama indah.

Tadaa!!! 
Bleh nampak Hong Kong punye view. 
Cantek x?
Gayat kan?
Gayat tu satu hal..sejuk pon satu hal.
Angin punye la kuat. Badan dah le mcm batang kelapa. Nak tegolek kekadang rasanya.
Oh, lagi 1. Ada ini:
Sebab sejuk teketar2 kat atas tu, kitorg pon turun.
Next destination, Hard Rock Cafe!
Kat dlm bangunan tu gak.

Sesambil pilih baju, sembang2 dengan brother blakang (baju putih). 
Katanya dier suke nasi ayam Malaysia.
Time nak bayar, diorg soh bli 2 so that bleh dpt voucher tapi Encik Suami xde bekenan.
So bli 1 je utk saya. Baju hard rock ke-3! Hoorey :)
Cashier tanya kitorg mmg kumpul baju Hard Rock ke bcoz time tu we both pakai baju HR.
Tak semena-mena, diorg bg gak voucher even kitorg bli 1 baju je.
 Bleh gitu? TQ!
Kata mereka, nanti bleh pakai time kat Macau (we both mmg mention nak g Macau).
So petua utk korang, pakai je baju diorg kalo g Hard Rock. Mana tau rezeki dpt voucher :)

Pas dah happy2, mula la pangai menggedik dtg :p
Padahal xde la minat sgt si Edward ni. Lagi suke bapak si Edward ni. Aummm!
Pastu, Encik Suami ckp nak amik gambar kat puncak time mlm plak.
Sudahhhh..bleh lagi ke naik sbb tiket td dah scan?
Kitorg try redah je la.
Time sampai kat penjaga pintu, org gile punye crowded so si penjaga tu just tgk tiket then bagi lepas je. Tadek scan2 dah mcm td sbb org ramai sgt dan kene kasi lepas cpt2.
Alhamdulillah :)

Kat atas tu, port tepi2 bidai semua org dah amik.
Payah gak la nak menyelit. 
Mamat2 photographer xyah cakap la..setiap ceruk ada yang parking tripod.
Sebab, pemandangan mlm sgt super cantik. Subhanallah :)

Pas dah setel episod kat atas, kitorg pon turun dan nak balik.
Dugaan datang..
Orang bratur tunggu tram giler punye panjang. Lagi panjang daripada time dtg td.
Pastu plak, sgt super sejuk mcm nak nanges (mmg ramai gile org bepeluk2 sambil beratur even diorg pakai baju 2 lapis. Kami yg selapis ni lagiii hazab).
Lagi sakit hati ramai plak wat pangai tolak2 dan nak potong barisan.
Tahu la sejuk, tp org lain pon sejuk gak..bleh je bratur.
Mmg tak kasi can la beb, sori la weh!

OK, nak tutup citer kat atas.
Sampai Sheung Wan, kitorg tapau nasi putih kosong (harga 20HKD tau x?).
Blasah je la..mmg lapar giler dan sejuk giler.
Dari pagi sampai mlm kitorg mkn roti je kot. Bejalan sikit punye byk.
Oh..lupe, ada bli buah gak.
Lauk? Makanan dalam tin yang dibawak dari Malaysia.. Blasah je la Labu! Hehehe..

Sekian episod kali ini.
Publish!