Monday, April 15, 2013

Hong Kong - Day 2 (Part 2 - The Peak)

Tarikh Kejadian : 06/04/2013


Ehhemm! Ehhemm!
Takmo buang karen bg mukaddimah panjang2, meh kite sambung citer Hong Kong Day 2 kejadian sesi petang dgn serta-merta.

Pas abis berpusing dalam Citygate Outlet, dlm kol 3petang kami amik MTR dari Tung Chung ke stesen Central.
Kalo korang nak plan tambang siap2, sila layari sini http://www.mtr.com.hk/eng/fares_tickets/train_service_index.html
Kemudian, donlod file PDF Fare chart kat situ. Senang kan?

Kejadah hape kene g stesen Central ni?
Haa..jgn tatau. Dari sini hanya perlu jalan kaki je untuk ke The Peak.
Kuar exit J2, nanti korang akan melalui kawasan cam ala2 garden gitu.
I wan nobadi-nobadi bat yu..~~
Teruskan perjalanan anda sampai ke hujung yang mana ada jalan besar.
Belok kiri, nanti nampak ada traffic light.
Dari traffic light tu dah bleh start perhatikan signboard 'The Peak Tram'.
Follow je petunjuk arah tu sampai anda nampak mende ni:

Stamina kene tegar ckit sbb perjalanan ke The Peak Tram tadek la dekat sgt.
Dan paling best, ia mcm berbukit ckit. 
Tertonggek-tonggek panjat bukit ok!

Time kitorg sampai, punye la ramai makhluk Allah beratur nak bli tiket.
Berlayer-layer barisan. Macam ular kene palu.
Mungkin jugak sbb ramai nak naik tunggu matahari terbenam dari atas sana.
Harga tiket ada macam2. Bleh refer sini http://www.thepeak.com.hk/en/5_5_6.asp
Siap ada pakej masuk ke Madame Tussauds skali jika berminat tp kitorg x amik.
Kurang berminat nak amik gambo ngan artis kene wax ni, kang roh dier follow kitorg balik hotel plak kang. Hahaha.. melalut!
Maka sila survey sendiri harga. Hehehe..

Sementara tengah bratur, bleh la sesambil baca sejarah yang ada:
Nampak dok disitu ada mention perkataan Penang?

Mari berkenalan dengan Peak Tram.
Paras rupa beliau adalah begini.
Walaupun berwajah antik, jgn perlekeh ok. Gagah memanjat bukit ni..
Peak tram ni akan bawak korang naik tinggi ke atas.

Ini kami ketika kat dlm tram.
Curam gak tahap tram ni naik.
Kesian kat org2 yang kene bediri.

Dah sampai kat puncak :)

Bila kuar tram dan masuk je bangunan, first thing yang korang akan jumpe adalah Peak Market.
Segala mak nenek ole-ole ada kat sini.
Disebabkan kitorg punye awal itenary xde cover Stanley Market & Ladies Market, so kebanyakan cenderahati kitorg bli kat sini.
Alrite gak la kat sini..banyak choice dan price quite ok.

Ini ada apek terlepas tgh try topi.
Pas snap gambar ni, i kene sound ngan owner kedai "No picture pliss".
Nasib sempat amik gak. Uwekk!!!

 
Untuk naik puncak bangunan, kene lalu depan Madame Tussauds pastu naik je eskulator demi eskulator sampai ke level 2nd last.
Kat situ ada orang jaga untuk check tiket, then dier cucuk/scan tiket anda.
Setel part tu, korang bleh naik the last eskulator utk tengok panorama indah.

Tadaa!!! 
Bleh nampak Hong Kong punye view. 
Cantek x?
Gayat kan?
Gayat tu satu hal..sejuk pon satu hal.
Angin punye la kuat. Badan dah le mcm batang kelapa. Nak tegolek kekadang rasanya.
Oh, lagi 1. Ada ini:
Sebab sejuk teketar2 kat atas tu, kitorg pon turun.
Next destination, Hard Rock Cafe!
Kat dlm bangunan tu gak.

Sesambil pilih baju, sembang2 dengan brother blakang (baju putih). 
Katanya dier suke nasi ayam Malaysia.
Time nak bayar, diorg soh bli 2 so that bleh dpt voucher tapi Encik Suami xde bekenan.
So bli 1 je utk saya. Baju hard rock ke-3! Hoorey :)
Cashier tanya kitorg mmg kumpul baju Hard Rock ke bcoz time tu we both pakai baju HR.
Tak semena-mena, diorg bg gak voucher even kitorg bli 1 baju je.
 Bleh gitu? TQ!
Kata mereka, nanti bleh pakai time kat Macau (we both mmg mention nak g Macau).
So petua utk korang, pakai je baju diorg kalo g Hard Rock. Mana tau rezeki dpt voucher :)

Pas dah happy2, mula la pangai menggedik dtg :p
Padahal xde la minat sgt si Edward ni. Lagi suke bapak si Edward ni. Aummm!
Pastu, Encik Suami ckp nak amik gambar kat puncak time mlm plak.
Sudahhhh..bleh lagi ke naik sbb tiket td dah scan?
Kitorg try redah je la.
Time sampai kat penjaga pintu, org gile punye crowded so si penjaga tu just tgk tiket then bagi lepas je. Tadek scan2 dah mcm td sbb org ramai sgt dan kene kasi lepas cpt2.
Alhamdulillah :)

Kat atas tu, port tepi2 bidai semua org dah amik.
Payah gak la nak menyelit. 
Mamat2 photographer xyah cakap la..setiap ceruk ada yang parking tripod.
Sebab, pemandangan mlm sgt super cantik. Subhanallah :)

Pas dah setel episod kat atas, kitorg pon turun dan nak balik.
Dugaan datang..
Orang bratur tunggu tram giler punye panjang. Lagi panjang daripada time dtg td.
Pastu plak, sgt super sejuk mcm nak nanges (mmg ramai gile org bepeluk2 sambil beratur even diorg pakai baju 2 lapis. Kami yg selapis ni lagiii hazab).
Lagi sakit hati ramai plak wat pangai tolak2 dan nak potong barisan.
Tahu la sejuk, tp org lain pon sejuk gak..bleh je bratur.
Mmg tak kasi can la beb, sori la weh!

OK, nak tutup citer kat atas.
Sampai Sheung Wan, kitorg tapau nasi putih kosong (harga 20HKD tau x?).
Blasah je la..mmg lapar giler dan sejuk giler.
Dari pagi sampai mlm kitorg mkn roti je kot. Bejalan sikit punye byk.
Oh..lupe, ada bli buah gak.
Lauk? Makanan dalam tin yang dibawak dari Malaysia.. Blasah je la Labu! Hehehe..

Sekian episod kali ini.
Publish!

2 comments: