Friday, May 1, 2015

Bali Trip 2014 - Part 4

Tarikh Kejadian : 13 November 2014


Hari ke 7..
Bergambar-gambar je kami di pagi hari. Dan tidak lupe, rendam Mika dalam air. Peberet beliau tuh.
Almaklumla, nak datang lagi kang tak tahu plak ada rezeki lagi ke idok..
Hoho..layan kan aje foto ni. Mana tau kot ada yang berminat nak stay Westin kat sana nanti.

Pastu jalan2 dalam Westin untuk kali terakhir. Sob3x..
Lawa dok?

Ada orang sapu sampah kat pantai.. ko ada?

Pastu sambung jalan2 through pantai Nusa Dua.
Kat sini pantai dier bersih ckit, terjaga..

Boleh layan urut tepi pantai kalo nak dan kalo tak reti malu. Kih3x..

Last, sebelom checkout, post gamba Westin hotel.

Ok.. habis alkisah Nusa Dua. 
Babai Westin, checkout sudah. 
Pak supir datang pickup pukul 2 petang untuk pegi Ubud.

1st destination kat Ubud, kami pegi Tegallalang Rice paddy.
Aritu lalu je tak jadi singgah sebab Mika tidur.
Kali ni Mika berjaga dan ceria, maka kite terjah.

Dah.. satu tempat je pegi melawat.
Sebab, memang amik Supir untuk drop ke hotel di Ubud je pon. Tapi alang2 lalu Tegallalang, mintak dier singgah jap. 

Sampai hotel kat Ubud dah lewat petang jugak. 
Perjalanan dari Nusa Dua ke Ubud ada la lebih kurang 1 jam stengah ke 2 jam (bergantung kepada trafik).
Kat Ubud, kami stay kat Tjampuhan Resort & Spa.
Betul2 atas bukit, tepi hutan belantara.
Kepada para pencinta alam, sila lah ke hotel ni.

Mika ushar je pakcik receptionist ni bagi tuala basah.
Oh..dapat air persegaran jugak. Burp, Alhamdulillah..

Lepas dah setel urusan check-in, kami di bawak ke bilik.
Mak oiii, jauh kena menapak rupenye.. Siap naik turun tangga bagai. 
Tau lah tepi hutan, ala2 nak pegi jungle trekking dah gaya nya.
Nasib ada assistant tolong angkat barang.


Dah masuk bilik, rehat tarik napas lepas napas jap sebab dah cungap2 banyak kene jalan dan naik tangga sambil dokong Mika.
Agak-agak dah ilang penat ckit2, kami turun terjah kawasan hotel ni.
Sini pon ada banyak swimming pool.
1st swimming pool yang kami jumpe: mesra alam dok?
Yang bawah ni bukan swimming pool la. Ala2 kolam kecik je.. 
Tak sempat nak teropong ada berudu ke tak.

Ni plak Library / internet cafe.
Memandangkan bilik kami jauh dan kawasan ni ala2 tepi hutan, coverage tenet tak sampai ke bilik.
Maka kami datang tenet kat sini.
Boleh pakai PC yang disediakan. Ada beberapa.. for free saja.

Bawah ni plak ke swimming pool ke 2.
Memang tak boleh elak, kene main panjat2 tangga banyak.
Swimming pool sini besar skit daripada swimming pool tadi.

Ma;am nye, kami jejalan town Ubud.
Ada shuttle dari hotel ni akan hantar ke town. Dier park kat muzium, then ikut la kaki melangkah,
Kene check jadual kol berapa shuttle ada.

Kat pekan Ubud, pekena aiskrim dulu walaupun sejuk.
Layankan aje la peberet Daddy & Baby neh.. lalala..

Then sambung jalan-jalan cari dinner.


Setel part dinner, kami balik ke Muzium untuk catch balik shuttle balik ke hotel.
Ni haa rupe depan muzium.
Takut hakuuu.. hoho..

K la, dah panjang berjela dah entry ni.
Sambung next entry pulokk.
K bai!

No comments:

Post a Comment