Thursday, November 29, 2012

Villa OUG

Tarikh Kejadian : 01/03/2012


Tanggal 1 March 2012, bermula la al-kisah kami suami-isteri hidup sendiri2.
Err..bukan separate, meaning that kami hidup sama2 di rumah lelain.
Seblom ni tinggal mana? Haa..di rumah mertua ku. Hihihi..

Ramai orang seriau bila sebut pasal tinggal bersama mertua.
Saya? Alhamdulillah, ikhlasnya belum pernah ada pengalaman x syok macam dalam novel or drama.
Alhamdulillah juga sebab dapat mertua yang sporting.
Caya lah! Almost 4 bulan juga tinggal bersama mereka seblom pindah ke luar.

Ekceli dah dapat kunci dalam pertengahan Feb 2012 lagi.
Agen bagi kunci awal sebab bagi peluang kami pegi kemas2 rumah dan angkat barang siap2.
Siap cat ruang tamu lagi dek nonnn.
Harus la saya byk cover part bawah dan suami byk cover part atas.

Adoyaiii, penat amat rupenye pindah rumah.
Lama gak makan masa untuk complete kan rumah sebab buat ckit2 during pas balik kerja & weekend.
Campur2 keluar cari perabot lagi.
Kesudahannya, beginilah hasil...
Tunjuk cikit-cikit ruang sudah :)

Personally, saya suke environment dalam Villa OUG ni.
Rasa cam Home Sweet Home gitu.

OK la, saje je capture citer pasal rumah ni because this blog ala2 my diary gak.
So bila tua-tua nanti nak baca balik apa kejadian2 dan tarikg yang pernah berlaku sepanjang hidup :)
Adios!


**ini salah satu aktiviti memalam..muahaha**
 

Friday, November 23, 2012

Kata Beach - Day 6 & 7

Tarikh Kejadian : 03/01/2012


Tros sambung citer je la, xyah mukaddimah bagai k?
Balik je dari Khai Island by noon, kitorg dihantar ke hotel.
Sampai je hotel, amik beg yang ditumpang tinggal kat receptionist.
Then, remember yang kitorg ada sewa motor?
Haa..bersama beg2 tu kami merempit pegi Kata Beach!
Nasib baik beg blom beranak-pinak lg time tu :)

Nak ke Kata Beach, akan lalu Karon Beach dulu.
Semua beach2 kat sini cantik dan bersih wa cakap lu!

Sampai Kata, kitorg pegi check-in The Kata Orient House Hotel.
Sangat mesra alam hotel ini, banyak pokok2. 
Siap ada gazebo depan bilik kitorg.

Rehat2 jap kat hotel sambil ushar mat/minah saleh yg sdg lepak swimming pool dari tingkap bilik :)
  Swimming pool sini agak redup sbb banyak pokok2 so nak lepak time siang pon ok.
Apa yang saya perhatikan, omputeh ni rajin membaca.
Even lepak kerusi tepi swimming pool or baring atas towel tepi pantai, ada je buku kat tgn.

Dah agak hilang penat, kami kuar merempit pusing2 bandar Kata & pegi beach2 disini termasuk 1 private beach named Katathani.
Sini port orang2 kaya melepak.
Hotel mewah + connected to own beach yg takyah campur dengan rakyat jelata diluar sana.
Kalau dah private beach, of coz la terjaga rapi.   
Nasib baik kitorg berjaya menyusup masuk. Kui3x..

Time dok jln2 sekitar Katathani, ada couple warga emas berselisih dengan kami.
Auntie tu pakai tudung(muka ala2 mak cikgu Fatimah AF).
Dier tegur bagi salam kat kitorg dan tanya org Malaysia ke.
Katanya diorg slalu dtg bercuti kat Katathani.
Cara diorg becakap mcm gaya orang kenamaan.
Ntah2 menteri ke pe, selamba je panggil auntie/uncle.
Beta bukan kenal sgt menteri2 ni. Tak jenguk pon kalau part politik :p

Bila dah lewat petang ckit, kami tercari-cari kedai makanan halal.
Kata ni kedai makanan halal tak banyak sangat macam kat Patong.
Then, ada sorang budak laki datang tegur(cakap bunyi bahasa Kelantan ckit).
Dengan baik hatinya, dier ajak follow motor dier sebab dier nak tunjuk ada 1 kedai makanan halal.
Kalau tanye skarang, saya dah tak ingat dah jalan dan nama gerai tu.
Gerai family laki tu rupenye :)
Alhamdulillah, mak budak laki tu boleh cakap Kelantan so senang nak order.

Pas dinner, malam nya sambung jalan2 town Kata sambil shopping ckit2.

Tidak dilupa singgah massage2! Wee!!!
Terjumpa lagi budak laki yang tunjukkan kedai makanan halal.
Dier bukak kedai kecik jual banana pancake.
Terpaksa la beli kan. Banana Pancake Nutella 1!
Seriously, still xdpt menandingi Banana Pancake kedai kat Phi Phi Island. Huhu..

Besoknya, hari kami dimulai dengan kuar cari breakfast kat area tempat dinner smalam.
Ada la 1 kedai halal.
Kami order nasi ayam sama macam pengunjung dalam kedai tu order.
Sebab, susah nak berkomunikasi. Huhu..
Nak cakap english, diorg cam blur2. Takkan nak cakap Siam, x reti beta..
So, main tunjuk je la nak makanan apa.
               
Then, sambung ronda2 town Kata sebelum balik hotel untuk check-out.
Sempat rehat2 gak jap kat swimming pool sambil sayu ckit2 sbb dah last day kat Phuket.
  
Pas check-out apa?
Lalala..kene balik Patong untuk isi minyak motor kasi penuh.
(Boleh pulak pump attendant cakap Siam ngan i. Tekejut dier bila i cakap i bukan local..Hello, i muka macam orang Siam ka?).
Pastu gi pulangkan motor kat kedai.
Kalau tak pulang, xdapat balik paspot..remember!
Haaa..bahaya tu.

    Pas pulang motor, ada plak kejadian panas hati berlaku.
Dah dapat cab untuk ke airport, bleh plak dier gi masuk bandar yang sesak pastu park tepi, masuk hotel tanpa bitau kitorg pa pe. What?
Alkisahnya, dier nak gi amik penumpang lain. Manyak cantik!
Sepatutnya kitorg bayar cab tu untuk kitorg je direct pegi airport.
Dah le penumpang  yang nak diambik tu tak muncul2.
Hangin banyak badan btol.
Memang kene sound la driver tu. Slamat la ko! 
Paksa gak dier pegi airport terus tanpa tunggu ntah sape2 tu. Hello, kitorg dah bayar awal2 ok!
On the way pegi airport mmg hati tak tenang langsung.
Sampai airport je terus berlari macam Amazing Race pegi kaunter.
  Nasibbb sempat.

Tu je lah satu-satu nya pengalaman/ending yang tak best sepanjang pegi Thailand.
  Dah le sedih nak kene tinggalkan pulau/pantai cantik, driver cab plak wat onar.
  Secara kesimpulan nya, saya tak serik untuk kesana lagi :)

Ini sedikit sebanyak hasil tangkapan sepanjang g sana.
Tak beli banyak pon sebab beg ala2 Amazing Race je katekan.. 
Tata!