Tuesday, November 6, 2012

Patong - Day 4

 Tarikh Kejadian : 01/01/2012


Jom berhari ke-4 pulak.
Bangun pagi, pegi breakfast yang hotel provide.
Pastu g pantai Patong menikmati keindahan pagi....
Sempat singgah Phuket mall yang bernama Jungceylon.
Then..
Kitorg masuk ikut Bangla Road yang dah lengang pagi2 untuk ke Patong beach.



Kat pesisir Patong ramai gak jual Banana Pancake tapi nampak gaya tak sesedap Phi Phi Island punye so tak penah bli banana pancake kat Patong.
Sampai pantai, lepak2 sana tengok org men speadboat bagai then mula jalan2 sekitar Patong.
FYI, ada banyak tour package which is bleh dapat harga lebih murah berbanding kite bli siap2 secara online.

After tengok2 package yang ada (which is bejaya sambar 1 package pegi Khai Island tak sampai 800BHT sorang. Murah!) di sepanjang kedai-kedai, kitorg g lunch ikan+ayam bakar kat tepi pantai Patong.
Kedai ni open style, xde nama kot. Kalau nak cari kedai ni, jalan je sepanjang-panjang pantai menghala ke Ibis Hotel.
Penjual proses makanan di seberang jalan, tapi pengunjung plak makan di atas tikar side jalan lagi satu(side pantai).
Senang citer, setiap kali penjual nak anta makanan yang dipesan, mereka kene cross jalan.
Harga makanan kat Patong ni stendet la, tak semurah makanan kat negara kite.
So, sediakan poket tebal2 untuk makan.

Pas makan, kitorg plan nak balik ke hotel rehat2 jap sebab petangnye husband dah buat plan untuk kitorg jalan2.
Sepanjang jalan, kitorg ushar motor untuk disewa.
Rata-rata harga 300-400BHT sehari. Tatau tu harga sempena peak season New Year ke tak sebab macam quite pricey.
Last2 jumpa harga 250BHT sehari. Motor kampung biasa je la, bukan superbike. Muahahaha..
Ingat bleh tros bawak motor balik hotel, tp tak bleh sebab syarat nak sewa motor kat sana adalah kene tinggalkan pasport kat kedai amik motor tu.
No pasport, no motor!
Pas pulang motor then baru bleh dapat balik pasport.
Bunyik cam scary tapi dah itu rules sana. Gi kedai mana-mana pon sama.
Terpaksa gak la kami menapak balik hotel semata-mata nak amik paspot then datang smule amik motor.
Motor yang kitorang dapat, minyak full.
Time hantar balik nanti, syaratnya kene full kan minyak juga.

Menjelang petang @ next destination, kitorg merempit pegi tempat2 viw point yang famous disana.
1st adalah Karon View Point.
Ramai pengunjung datang sini.
Dari viewpoint ni bleh tengok Kata Noi, Kata Yai & pantai Karon.
Cantikk..


Next, kitorg pegi pulak Windmill Viewpoint.


Last, bila dah menjelang gelap, kami sampai ke the famous Phromthep Cape!
Dari ketiga-tiga viewpoint yang pegi arini, sini paling ramai umat manusia seluruh pelosok negara datang.
Sini siap ada kedai sourvenir bederet-deret.
Oh ya, kat sini siap ada wifi free tau. 





Sekian perjalanan kami tengok pemandangan cantik dari tempat tinggi.
Phuket ni memang blessed with pulau2 dan pantai2 yang cantik.
What i loved about Phuket/Krabi, diorg sangat jaga pantai.
Dah la memang pantai dan pulau sini cantik, air biru-kehijauan, bersih pulak.
Camana la pelancong tak berduyun2 nak melepak sini kan.
Encik Suami pon suke dapat snap sana sini.

Perjalanan ke sepanjang 3 viewpoint adalah sedikit adventure. Naik motor plak tu.
Jalan nak naik ke tempat tinggi katekan.
Nasib baik penumpang blakang masih slim time tu :p
Time balik, lagiii adventure sebab hari dah mula gelap.

Sampai bandar Phuket, kami pergi dinner di Kusuma.
Kedai ni kat deretan jalan besar yang ada banyak kedai2 jual seafood. Senang nak cari sebab ada banner besar kaler merah tulis Kusuma.
Tak jauh dari Hotel Palmyra yang kami menginap.
Kebetulan owner kedai orang Besut dan pernah bekeje kat Kelantan.
Memang i speaking Kelate la time tu.
Makan sambil sembang2 dengan owner kedai.
Kata beliau, baru beberapa hari lepas Anwar politician & family datang makan kedai beliau.



Pas makan, sambung jalan2 malam hari di Phuket town yang happening.
Siap ada lori bawak orang boxing pusing keliling bandar.
Singgah shopping ckit then.. massage!!!
Rugi oo kalau datang Thailand tapi tak try massage.
Err, bukan Soap Massage ek. Itu lain sudahh..
Hihi..

Sekian penutup citer Day 4.
Sambung later plak.
Tata..

No comments:

Post a Comment