Friday, December 28, 2012

Opps, Sorry! Tak Sengaja ke..PANGKOR!

  Tarikh Kejadian : 23/08/2012


Eh..eh..eh! Camana bleh salah jalan ni? 
Bukan ke nak balik KL?
Oohh La La! 
Live life to the fullest!
Asal ada chance je, kite grab.
Hahaha..enjoy tak abis2 budak berdua ni.
  Pe salahnye kan..dah ada lesen :)
 
Ok, straight forward.
Memandangkan jalan ke KL adalah melalui Pangkor, maka kami terpaksa singgah bermalam disana(boleh tak nak salahkan jalan plak?).
Kereta kami park kat parking bertingkat dekat dengan jeti Lumut.
OTW nak ke jeti, bleh plak jejak kasih dengan rakan setugas dan isteri beliau.
Now dah dapat baby pon diorg. Congrats Pak Tam & isteri!
 
Time kat jetty (tertakluk kepada sebelum dan selepas beli tiket ferry), anda akan didatangi kakak/abang yang offer 'Dah ada hotel bang?' or 'Nak sewa motor bang?'.
Hotel, reject sebab even last minute plan tp kami tetap membuat persediaan yang jitu-tinggal nak check-in je.
Motor? berminat tu.. Tapi, nasib baik tak sewa awal2.
Sebab, bila korang dah sampai pulau, korang bleh dapat harga sewa motor jauh lebih murah. Beza berpuluh ringgit jugak lah.
Yang kitorg dapat tu dalam RM25 sehari-tapi motor2 sana condition agak x semenggah.
 
Disana, kami lepak hotel Puteri Bayu Beach Resort area Pasir Bogak untuk 3 hari 2 malam.
After check-in, solat dan berehat skit kat bilik, kami mula pengembaraan ke sekitar Pulau Pangkor.
Kami mula jalan2 ke Teluk Nipah dan lunch.
Harga makanan sini agak pricey.
Pastu, jalan2 area Pasir Bogak dan balik hotel.
(Gambar berlatarkan hujan. Nasib kejap je. Hehe, kaler tudung dah bertukar).

Menjelang malam, kami ke Teluk Nipah untuk dinner.
Puteri Bayu Beach Resort ada bilik karaoke, asekkk je rasa cam nak turun karok tapi kecundang. Hoho..

Esok pagi nya, kami breakfast kat Puteri Bayu.

Then, kami mulakan operasi jalan2. Hoyeah!

Pastu memanjangkan langkah ke Teluk Nipah, pencarian Pangkor Island Beach Resort(memang jauh terpisah dan ekslusif kekdahnye).
Menjelang tengah hari, kami pusing2 kawasan jetty dan lunch di salah satu restoran kat sana.
Then sambung tawaf Pulau Pangkor lagi. Orang kata, pulau ni saiz nye comel saja & bleh setel dalam masa 1 hari.

BTW, pencarian Laksa Goreng Mak Unggai gagal.
Laksa goreng situ agak femes & masuk Jalan-Jalan Cari Makan.
Lokasi dier tak jauh dari jetty Pangkor.
Perlu follow jalan nak ke Pasir Bogak. Kedai tu area petrol station(beroperasi petang hari).
Time kitorg pegi tu kedai tutup. Mebi Mak Unggai masih bercuti raya :)

Abis tawaf, nak g mana lagi ek? Hehehe..
Gi Teluk Nipah lagi skali untuk bagi makan & bergambar dengan burung Enggang.
Tak banyak tempat ada burung ni ok. Maka, sila jgn sia-siakan peluang.
Ada time dier nak bagi makan..area kol 6:30 petang gitu.
Syok tau..pegang pisang then nanti burung Enggang tu datang terbang sambar pisang kat tangan kite(jgn lupe snap gambar).
Oh, pisang tu di provide oleh..err,tak knal uncle tu sape. Dier offer maka amik je la :p

Dah menghampiri Maghrib, jom balik mandi dan solat. Badan dah macam2 bau dah.

Pas mandi dan rehat2 kat bilik, ingat cam malas dah nak kuar makan sbb xde rasa lapar.
Namun, tiba-tiba datang ilham nak makan ketam cili.
Hoho..maka berusahalah Si Suami bawak wife nye ke Teluk Nipah.
Maka kami bantai kaw2 ketam cili sebakul..setel!
Time makan, ada brother 2 orang datang nyanyi lagu Cinta Pantai Teluk Nipah(diubahnya lagu Cinta Pantai Merdeka) kat kitorg.
Pas diorg nyanyi, bagi la sikit sumbangan ok!

Esok pagi pas breakfast kat hotel, kami jalan2 dalam Puteri Bayu+lepak pantai+posing2 untuk kali terakhir.
Cantik chalet sini, sila la datang ye.
Dah puas bergambar, balik bilik untuk berkemas dan check-out.
Aktiviti terakhir kami adalah shopping ckit2 kat town seblah jetty Pangkor-hari seblomnye dah datang dan spot siap2 nak beli apa..lalala.
Pastu return motor dan balik ke KL.

Fiuh.. setel lagi 1 hutang hutang entry basi sesambil menunggu Encik Suami abis keje.
Bye!

4 comments:

  1. Sezen, x abih lagi keje!! Aaaaaa....!!

    ReplyDelete
  2. Sabar2.. daku menemani dari wing seblah sesambil merangka cerita Melbourne :)

    ReplyDelete
  3. Yati2...bandung nye cite sekali ek,dun forget..ehe..

    ReplyDelete
  4. tak forget.. cuma kene beratur je. kikiki

    ReplyDelete