Tarikh Kejadian : 13/09/2013
Assalamualaikum dan selamat tengah hari (by the time publish ni dah tgh hari sbb byk benti2).
Burp Alhamdulillah, kenyang nye makan pagi td. Muahaha..
Roti, scramble egg, sardin cincang, heaven and earth markisa iced nak interframe tetiba.
Mari mula ber Boracay!
Pepagi hari kitorg dah keluar breakfast hotel.
Selain nasi garlic, roti, salad, tomato, bun, buah2, steamed potato dan veggie omelet, arini kami seludup tuna tin yang dibawa khas dari Malaysia. Lalala..
Ni panorama kami sambil breakfast. Syok kan?
Setel makan2, arini aim nak jalan2 tepi pantai ke Station 1 dan Station 3.
Mula-mula, kami pergi ke Station 1 dulu.
Tak sabar nak tengok Willy Rock yang disebut-sebut org.
Ramai orang panjat naik bergambar kat atas tu tp kami x join.
Syok la main air cantik :)
Kenangan.Walaupun tulisan x cantik.
Tulis laju2 sebelum ombak datang sapu..Lalala!
Macam2 aktiviti dpt di tengok sepanjang kitorg jalan2 dan men air ke Station 1.
Salah satu nye, papan luncur di gigi ombak!
Jalan lagi sampai ke hujung Station 1.
Yeay, kitorg jumpa Fridays! Resort yang mantop!
Sini femes, ramai suke kawen kat sini (byk duit diorg noo).
Kalo anda sampai sini, jgn lepaskan peluang bergambar kat kayu tulisan FRIDAYS ni. UNIK!
Dier pon nak jugak. Hahaha..
Tumpang berehat jap. Kikiki..
Dah lama rupenye kitorg pusing2 kat Station 1 ni.
Jom pulang ke pangkal jalan (Station 2).
Konon nak save energy, maka kami amik tricycle.
Mcm saya pernah citer seblom2 ni, asal naik tricycle je kene cas 60Peso tak kira dekat ke jauh.
Saya sukeeee sgt jalan2 area pesisir pantai mcm ni. Bersih sgt.. Berangin2..
Misi kami adalah nak cari kedai Nigi Nigi Nu Noos di Station 2.
Sebab..tadaaa!
Kami dpt voucher FREE banana split dari tour agen kitorg.
Satu sorang ok!
Hamboi..senyum dpt makan eskrem time panas2 ni ye.
Untuk makluman, selain free voucher banana split, ada free voucher lain lagi diberi yg bleh diguna contohnya pizza & massage.
Yang bukan free pon ada. Maksudnya, voucher diskaun. Contohnya aktiviti pantai gitu.
Kami punya matlamat datang ke Boracay Island adalah berehat dan menikmati pantai cantik (sbb salah sorang ahli xleh nak lasak2 sgt. hihi).
Island Hopping, snorkelling dan Helmet Diving tu secara kebetulan saja x plan pon.
Kepada sesapa yang nak datang sini, sebenarnya ada byk lagi aktiviti menarik untuk dicuba.
Contoh adalah pada papan iklan kat bawah ni(tepotong plak gambar).
Ada banana boat, fly fish, para sailing, bigcar, gocart, scuba diving, segway, zorb, ariel point(kat sini adalah tempat tinggi bleh tgk keseluruhan Boracay Island dan bleh buat bungee jumping/cliff diving juga), etc...
On the way ke Station 3, kami sempat tengok aktiviti cenggini.
Gambar2 kat atas tu Encik Suami yang snap. Masa ni kami dah jalan sampai dkt hujung Station 3 dah.
Saya buat pe? Duduk berehat bawah pokok. Kikiki..
On the way balik ke Station 2, kami singgah ke Old Talipapa(masih di Station 3).
Kat sini kami beli fridge magnet ckit.
Pastu, dengan kuasa Allah, kami terjumpa satu kedai makanan Halal dalam area kedai2 souvenir disana.
Umpama mengantuk disorong bantal, tros singgah makan.
Laparrrr!
Nasi putih, ayam kicap sketol sorang, ikan goreng, cili padi, peria goreng.
Ini makanan paling berselera saya sepanjang kat sana walaupun ayam kicap dier x rasa mcm kite punye style sgt. Blasah je la labu!
Semua yang kat atas tu harga 190Peso.
Bila perot dah kenyang, perot makin berat nak dibawa bejalan.
Muahaha..
Kami pon kuarkan 60Peso untuk amik tricycle balik ke Red Coconut hotel.
Aktiviti kat bilik adalah rehat2 dan saya terlelap kejap. Boo!!!
Bangun2 je, perot dah lapar lg.
Bleh gitu?
Dah petang kot.
Haa..time ni la nak guna voucher pizza tour agen bagi plak.
Yang lebih mudah, pizza ni bleh ditebus kat hotel kitorg je.
Pizza yang dimaksudkan adalah Pizza Margarita.
Dengan itu, kitorg mintak upgrade ke Seafood Pizza(mmg request tanak meat langsung) maka topup ckit la harga sbb Pizza Seafood tak sama dgn Pizza Margarita.
Air plak, kami tebus kupon Welcome Drink dari hotel.
Time check-in diorg mmg bg kupon tu dan bleh tebus bila2 masa sepanjang kitorg kat sana.
Ini dia..Pizza Seafood dan 4 Season Shake.
Ekceli, dalam voucher Pizza ni saiz small.
Tapi, bila sampai je tengok mak aiii, mcm saiz medium dah.
Dont worry, habis jugak!
Air je i sedut ckit then terasa campuran nenas maka sedekah kat Encik Suami soh habiskan :p
Disebabkan esok dah nak chow dari Boracay Island maka petang tu mmg byk spend time tepi pantai sambil tunggu sunset.
Sedih nak tinggalkan pantai cantik.
Dalam kol 6PM ujan turun dengan lebat.
Cepat2 balik hotel rehat2, tgk tv..Byk gile channel tv yang diorg provide. Hoyeah..
Jam 8:30PM, kami keluar lagi.
Ke..D'Talipapa, Station 2.
Tujuan, nak abiskan balance sotong dan udang yang kitorg beli 2 hari lepas (tersadai dlm peti ais).
Kami mintak salah satu kedai kat sana masakkan sizzling, 200Peso.
Sedap!
Bungkus saja sbb perot masih kenyang pizza so plan nk ratah kat bilik je.
Sementara tunggu kedai tu masak, kami jalan2 beli souvenir ckit.
Area D'Talipapa ni souvenir murah ckittt berbanding kat area D'Mall.
Ehem2..singgah beli Mango Shake lagi.
Kali ni beli gelas besar, 100Peso.
Addicted weh..sedap!
Sampai sini je la cerita hari ke-4 kami disana.
Sekian :)