Tarikh Kejadian : 12/09/2013
Assalamualaikum dan selamat malam.
Saya yang rajin nak sambung update blog malam ni akan bercerita lebih lanjut kejadian ketika di Boracay pada bulan yang lalu (skema tak hengat. pfttt!).
Hari ke-3 kami kat Boracay dimulakan dengan..jeng3x!
Bangun pagi, baru perasan DSLR tetinggal kat beranda hotel dari smalam.
Bakpo jadi gitu?
Seblom ni saya ada citer yang saya lepak2 tengok gambar kat beranda hotel seblom masuk tdo.
Encik Suami plak tgh cuci mata dan cuci telinga sbb dari beranda bilik kitorg bleh direct nampak dan dengar lagu2 yang dipasang di pub hotel.
Saya yang pandai ni, pas tengok gambar, g letak smula DSLR kat meja beranda kot la Encik Suami nak jenguk2 plak. Tak inform pon kat beliau, men letak je kat meja then masuk bilik.
Encik Suami plak dah kepuasan layan lagu, tros masuk bilik.
Memang tak pasan sbb kitorg sengaja tutup lampu beranda. Takmo cerah sgt nanti org dlm pub bleh nampak. Tak syok.
Nak dijadikan citer, bila pagi gi intai kat beranda, DSLR xde!
Hommaigoddd!
Cerekarama btol.
Oh ya lupa nak cakap. Bilik kitorg ni tingkat paling bawah so orang ramai bleh je nak lalu lalang depan bilik kitorg untuk ke lobi.
Langkah seterusnya, Encik Suami ke lobi. Saje coba nasib tanya2.
Alhamdulillah..rupenye ada staf situ ternampak dan tolong simpankan siap2(slamat gambar beta!).
Pas misteri yang di sengajakan dapat di solved, kitorg kuar breakfast hotel dlm kol 7:30AM.
Tak banyak yang bleh amik.
Just nasi garlic, telur, steam potato, roti2, veggie omelet, buah2, salad.
Air plak amik ice lemon tea sparuh gelas then campur air kosong sparuh gelas sbb gile manis. Awas!
Dah burp, Alhamdulillah, posing sekitar cafe hotel yang santai.
Cafe ni open style. Sambil makan bleh tengok laut sbb hotel ni mmg dkt dgn pantai.
Memalam plak cafe ni happening ala2 pub gitu.
Ok dah tu.
Jom terjun pantai plak.
Hooreyyy!!!
White Beach memang best :)
Dah puas bergolek2 dalam air, kami sambung berjemur kat kerusi jemur(tatau org panggil aper daa) dpn hotel.
Agak2 dah kering , kami balik bilik bilas air masin dan rilex2 jap. Around jam 10:30AM.
Konon nak kuar smula tp ujan plak dah.
Tapi kan..tapi kan..ujan nye kejap je tp "ter"rehat lama la plak. Hak3x..
Kol 12PM baru start kuar smule.
Time ni dah rasa nak ngunyah maka kitorg lepak beli Cheese Fries 120Peso & Mango Shake 80Peso gelas biasa kat salah satu kedai kat D'Mall.
Kat sana Mango Shake & Buko Shake sgt femes.
Buko tu kalo bahasa kite adalah kelapa ok :)
Dah kunyah2, kitorg jalan ke pantai lagi satu side nama Bulabog beach.
Pantai sini bleh kata tak pantai sgt sbb pesen air tenang xde ombak sgt.
Dan kat sini cam jadi port bot berlabuh untuk aktiviti Island Hopping dan sebagainya.
Pendek kata, xde orang mandi-manda pantai sini.
Cam biasa la, asal jalan kat tepi pantai je ramai approach amik pakej aktiviti diorg.
Kitorg asalnya tak berminat tapi pas dapat harga murah dari yang kitorg pernah survey dan lagi murah daripada voucher travel online bagi so kitorg sangkut gak la amik Island Hopping + Helmet Diving.
Harga yang kitorang dpt untuk private boat Island Hopping (kitorg ber2 je xde share ngan org lain) dan without makan adalah 1400Peso. Ni untuk 2 org ye..
Helmet diving plak 400Peso.
Nanti akan diberi bun 2 biji sorang utk bg makan ikan time snorkelling.
Memandangkan hanya kitorg ber2 je kat dlm bot, dan kami orang Malaysia, risau gak.
Mana tau kot tukang bwk bot ni org Sulu ke.
Mau nye dier bwk kami ntah ke pulau tinggal mana utk disembelih.
Hish..merepek!
Bersedia nak turun snorkelling.
Saya turun kejap je. Sempat la bagi makan 1 bun kat ikan.
Seronok tapi tak brani la nak berlama-lama di laut dalam time2 badan mcm ni :p
So, saya cuma enjoy mengintai Encik Suami dari atas bot sambil snap gambar beliau yang galak ber snorkelling.
Maklumat tambahan, those yang turun snorkelling kene bayar 20Peso kat Marshall yang ronda2 naik perahu sekitar tempat tu.
Pas korang naik je kat bot, dier dtg kutip duit. Tak paham gak kenapa.
Next, dibawa swimming plak ke tempat lain.
On the way kesana, bleh lihat byk org main belon terbang/para-sailing.
Sini pon sama, turun swim je kene bayar 20Peso kat Marshall.
Then, kitorg ditransit ke satu tempat yang macam ni kat tgh2 laut.
Kat sini berlansungnya aktiviti Helmet Diving.
Nampak helmet kaler kuning tu?
Haa..yang tu la kene pakai. Berat 25kg hommaigoddd!
Kat sini sgt jeles sbb perempuan pregnant tak dibenarkan.
So lepak je la kat atas tunggu Encik Suami turun main ikan sorang2.
Untuk aktiviti ni, korang mmg bleh jalan2 dlm air. Tak perlu nak berenang kuak lentang bagai.
Dan, bernafas lah seperti biasa.
Gambar2 ni plak mmg orang sana amikkan siap dengan video skali.
Bleh la menari-nari dengan ikan. Lalala..
CD berupa gambar dan video bleh dpt tros. Tunggu je beberapa minit.
Huh, nanti2 saya nak gak join (jeles..jeles..jeles!).
Setel 2 aktiviti ni around kol 4:30PM, kami dibawa ke darat dgn bot.
Time nak kene balik ke hotel, ada sikit perasaan malas nk jalan walaupun takde la jauh sgt.
So, kami amik tricycle.
Dekattttt pon kene cas 60Peso.
Memang stendet 60Peso per entry agaknya. Hahaha..
Balik rehat2, solat, tukar baju kat bilik.
Then, kuar lagi..
Kami makan kat The Kingdom, halal.
Kedai ni kedai halal yang paling dekat dgn hotel kitorg.
Kepada yang nak tau kedai ni kat mana..
Dari pesisir White Beach menuju ke Station One, sila alert Red Coconut Hotel.
Pas dah jumpe hotel, alert plak lorong kecik side kanan(kalo kiri mmg pantai dah).
Kedai The Kingdom tu belah kanan bila korang dah lalui lorong kecik td.
Jgn expect masuk je lorong tros jumpe kedai. Kene jln jauh ckit then baru nampak kedai ni.
The Kingdom ni kedai makanan arab.
Kat sana kami makan nasi bukhari, ala2 gulai ayam(lupe dah nama pe), air mineral for me & air Sprite for Encik Suami.
Kami tapau bawak balik Nan dan ala2 grill combo (ada ayam, daging lembu, kambing, etc..) untuk dinner.
Harga semua tu around 800Peso.
Mahap le tadek gambar nak share sbg rujukan.
Masa pegi The Kingdom x bawak kamera, snap gambar kedai dan makanan dan menu semua pakai phone saya je.
Bebaru ni phone problem dan gambar2 pegi Boracay x dpt diselamatkan.
Nasib baik gambar lama2 sempat sync ke PC. Huhu..
Pas mkn watpe?
Jalan2 tepi pantai..
Kat sana kol 5 lebih dah mula gelap.
Ni gambar sekitar kol 6.
Ekceli White Beach sangat bersih dan dijaga.
Yang kat gigi2 air tu biasa la, rumpai yang dibawa ombak ke pesisir je.
Even kat tepi2 pantai bleh tgk ada a few pengawal pantai la lebih kurang untuk jaga keharmonian dan kebersihan pantai sana.
Malamnya pas balik hotel, rehat jap.
Pastu makan lagi hasil tapau-an tadi :p
Kemudian kan..kan..plan konon malam nak jalan2 sbb malam happening kat sana.
TAPI, mak budak terlelap.
Bukan takat kejap terlelap nya, kol 2 pagi baru tersedar.
Gile sedap tdo cam kene sumpah. Penat sgt byk main air kot arini.
Kesian daddy lepak bilik je. Tak sampai hati nak kejut agaknya. Hehehe..
K la..nanti2 sambung citer ari ke-4 plak.
Bye!
sgt best la korang pegi sana ni... menarik nya activity yg hubby yati buat tu.. yg yati tkle buat tu...
ReplyDeleteanyway.. stay healthy k.. pas ni jgn lupe update pasal pregnancy pulak ye!
tq kak bb!
ReplyDeletenanti jom buat helmet diving! hehehe..
nak citer jugak psl pregnancy tp kene kasi setel hutang post boracay dulu kot :p
bestnyeee dieee jalan2...hehehe..take care angah!!
ReplyDeletetq Twin! good luck next week :)
ReplyDelete