Hah.. kite sambung tempek2 gambar kat sini..
Kalau sesapa yang dah jatuh chenta nak duduk Katathani lepas dah baca iolls punye entry Part 1, boleh la jenguk2 info sikit kat bawah ni..
Kat bawah ni swimming pool yang kat depan bilik kitorg.
Memang sepanjang 4 hari 3 malam kat sana, pool ni la yang kitorg paling banyak terjah sebab paling dekat kan..
**Bahagian bebudak
**Bahagian tidak budak lagi
Ni pulak time kitorg mandi laut depan hotel.
Pastu datang awek Jepun ni nak bergambar dengan Mika.. tapi Mika ajet2 tanak berdokong dengan dier pulak dahh..
Terpaksa la Mummy dier ni dokong sambil sorok muka sebab takut masuk dalam gambar diorang..
Tu pasal hanya nampak bungkusan bulat pink tanpa muka tu..Kui3..
Another swiming pool..
Pool sini ada gelongsor tapi kat bahagian orang tak budak. Dalam woo..
Jadi, kepada orang dewasa yang nak lepas gian main gelongsor tapi malu2 nak tumpang gelongsor kat playground bebudak, bleh datang main gelongsor kat sini.
Gambar atas, Mika tengah enjoy pijak2 air blup-blup..
Lepas main pool depan bilik -> main laut -> main pool yang ada gelongsor, singgah main chess pulak.
Mende tu ringan je. Mika pon bleh angkat.
Kat Katathani ni ada banyak restaurant. Tapi yang free untuk breakfast pepagi ada 2 je.
So, kitorg gilir2 la merasa.
Again, pepandai la korang pilih makanan "selamat" ye :)
Ni kat sala h satu restaurant kitorg breakfast, area Junior Suite.
Lepas mengenyangkan perut dan hati pun suke siap Smule2, kite bakar lemak ckit jalan2 dalam kawasan Katathani.
Pose sambil cove perut tu adalah wajib sebab baru lepas makan. LOL..
Si Mika tu toksah kata la, ligat kehulu-kehilir tak sempat nak tangkap amik gambar.
Amik angin menderu-deru depan laut.
Ingatkan kan aku dah abis bergaya dah.
Lepas tengok balik gambar Encik Asben snap, hamboii Mika, kemain feeling dier kat blakang. Tangan lentok ke bahu siap. Mummy kalah jauh dah ni. kikiki
Ok kali ni Mummy menang sebab Mika tak ready kwang3x..
Time ni tak habeh2 berangan nak ada satu rumah singgahan depan pantai cenggini..
Wahwah.. Doa cepat!
Nampak tak ada bendera merah kat gambar atas tu?
Tu maksudnya tak selamat nak mandi laut.
Memang akan ada pengawal pantai jaga.. dier bagi je actually kalo nak main kat tempat cetek.
Tapi kalau nampak ada yang degil nak pegi jauh ke tengah laut, nanti dier preett2 tiup wisel soh pusing balik.
Kasi up sekeping gambar bajet2 ibu mithali.. Chiaa chiaa chiaa..
Pemandangan dari beranda bilik lagi.
Nampak tak ada segerombolan makcik2 dok bergossip bawah pokok tu?
Diorang ni tukang massage sebenarnya.
Kalau rasa lenguh2 badan, boleh pegi kat diorg nanti diorg massage kat area bawah pokok tu sambil ngadap swiming pool dan laut.
Ofkoss tidak free. Harga berapa? Tak check pulak sebab tak pernah amik.
Sorry, ahkak segan nak ber massage di jalanan gitu :p
Gambar swimming pool lagi.
Pool ni jauh ckit dari area bilik kitorg..
Pool ni kat bahagian bilik Deluxe.
Kalau agak2 malas nak jalan tapi nak jugak terjah swimming pool tempat lain, bleh mintak buggy car hantarkan.
Ni pulak kat dalam Kids Club.
Kebetulan time kitorg datang, bilik Kids Club sebenar tengah renovate.
So dier pindah barang2 ni ke Activity Room, Tetap jugak best dan banyak mainan.
Mika bleh lepak dalam tu 2 jam tanpa ingat makan minum.. hohoho..
Bilik mainan asal lagi banyak mainan la, ada gelongsor la, bola2 la, etc..
Apsal muke ahkak macam pelik kat dalam gambar ni?
Ahh..lantak lah.
Nak cerita, dalam Katathani ni ada banyak aktiviti.
Setiap hari lelain.
Untuk gambar kat bawah ni, tengah ada aktiviti jualan..kiranya ada peniaga2 datang bukak booth2 la.
Selain aktiviti jual2, malam ni jugak ada muvi night kat perkarangan padang reramai atas bean bag.
Sila rujuk gambar kat bawah ni haa contoh aktiviti muvi berjemaah nye.
Kitorg snap gambar je, tak join sebab sesampai je muvi dah start.
Satu lagi pulak, sujud syukur je lah kalo si Mika tu nak join tengok muvi diam2..
Memang takde nyeeee..kui3x..
Buktinye, kalau tengok gambar seterusnya, si adik kenit tu dengan kasut bercahaya2 dier dok ligat meneroka melawat kawasan
Untuk hari lain, ada firework la, ada junior masterchef la,,etc..
Pendek kata, korang takde la kepamm lagi kebosanan duduk dalam hotel tu kalau malas nak keluar merayap kat town Kata.
Ni gambar2 malam sekitar dalam Katathani.
Ni on the way nak gi breakfast kat restaurant lagi satu.
Jalan jauh ckit sebab kat area beach club.
Cek Mek Mika tu dah lenguh jalan banyak, tu yang panjat kepala Daddy dier pulak.
Restaurant ni best sebab ala2 garden style dan betul2 tepi pantai.
Masa ni ujan dah start nak lebat, Mika dah takut..hoho.
Sebab ujan dan nak kene jalan balik bilik yang tak dekat sangat, terpaksa la naik buggy car yang dah siap selimut tanak bagi kene ujan ni..
Agak2 ujan dah benti, sambung mandi laut la ape lagi..Yeayyy!
Sebelum pegi bilas sebab nak terjun swimming pool pulak.
Here you go!
Mika ni dah gigil2 pun maintain nak main air lagi.
Ni lah penangan skali-skala jumpa swimming pool.
Swimming pool kat Club House umah kitorg tak bukak2 lagi sampai skarang. huhu..
Gambar hari last kitorg kat Katathani.
Sob3x.. dah nak kene check-out pegi tempat lain pulak.
Sebelum chow, kasi chance Mika lepas gian main kat Kids Club untuk kali terakhir...
Kalau ada yang tanya "abis tu kalau restoran dalam tu tak halal, korang makan ape je pagi petang siang malam?"..
Oh, Encik Asben ahkak sewa motor kat area situ so tetiap ari akan pegi town untuk tapau lunch dan dinner.
Ada beberapa kedai halal yang kitorg jumpa.
Bleh la setiap hari try kedai lelain.
Ada kedai burger halal jugak kalo ada yang teringin tanak makan nasi.
Oh ya, certain kedai siap buat service delivery ke hotel.. Tapi korang kene ada no phone diorg sesiap ah.. Nanti call je cakap nak makan ape, nanti diorang anta.
Oh, Encik Asben ahkak sewa motor kat area situ so tetiap ari akan pegi town untuk tapau lunch dan dinner.
Ada beberapa kedai halal yang kitorg jumpa.
Bleh la setiap hari try kedai lelain.
Ada kedai burger halal jugak kalo ada yang teringin tanak makan nasi.
Oh ya, certain kedai siap buat service delivery ke hotel.. Tapi korang kene ada no phone diorg sesiap ah.. Nanti call je cakap nak makan ape, nanti diorang anta.
Next, lepas check-out kami amik cab ke Naiyang pulak.
Sebab, esoknya dah nak balik Malaysia dan Naiyang ni sebelah je dengan airport.
Dekat ckit la nak lambai2 kapalterbang.
Di Naiyang, kami menginap di Naiyang Beach Resort.
Resort ni depan2 dengan pantai tapi bukan diorang punye private beach ah..
Ada 2 swimming pool kat resort ni seperti gambar di bawah.
Hotel ni pun kitorg dapat harga murah dalam RM100-RM120 gitu la kalo tak silap.
Beli 1 day before betolak ke Phuket...slamber...~
Sebab, esoknya dah nak balik Malaysia dan Naiyang ni sebelah je dengan airport.
Dekat ckit la nak lambai2 kapalterbang.
Di Naiyang, kami menginap di Naiyang Beach Resort.
Resort ni depan2 dengan pantai tapi bukan diorang punye private beach ah..
Ada 2 swimming pool kat resort ni seperti gambar di bawah.
Hotel ni pun kitorg dapat harga murah dalam RM100-RM120 gitu la kalo tak silap.
Beli 1 day before betolak ke Phuket...slamber...~
Bilik di Naiyang Beach Resort.
Besar dan bersih.
Ini pulak pemandangan depan resort.. ada kedai2 dan blakang kedai tu pantai.
Tu je lah cerita untuk blog iolls kali ni.
Dah macam gaya promote hotel2 kat Phuket pulak ye. kih3x..
Kali ni pergi bercuti tak shopping pa pe langsung.
Ye la, dah flight ticket-hotel-makan ditanggung beres, takkan duit shopping pon nak soh Encik Asben support jugak.
Manyak tebal lemak aku.. kih3x..
Ala..ni dah kali ke-2 pegi Phuket.
Masa first time datang Phuket dulu dah shopping, cukup2 la tu :p
K la korang. Bye!