Saturday, June 4, 2016

Alamak..Tersampai ke Phuket Pulak - Part 1

Tarikh Kejadian: 25/05/2016



Assalamulaikum..
Bersawang dah blog ni. Siap dah tumbuh semak-samun lagi.. LOL
Shuhh..shuh..(hambat cicak, lipas, lelabah segala..kasi bersih kawasan dulu seblom start cerita).

Korang nampak tak tajuk blog kali ni?
Kemain "ALAMAK" nye kan?
Macam gaya 'oh tak sengaja tetiba je celik mata dah sampai ke Phuket' pulak kekdahnya..
Kononnn.. 

Ok2 meh nak beritahu perkara sebenar.
Alkisahnya cenggini..
Dalam pertengahan May, Makju Mika (pengasuh) ada inform yang most probably by 26 May dia tak available dan akan cuti atas sebab2 yang tak perlu la aku cerita kat sini kan (jangan nak kepoh sangat uolss..hahaha).
Pastu malam nye tu, Encik Asben cakap "Alang2 kita akan cuti jaga Mika sempena Makju takde, apakata kita amik peluang ni gi bercuti? Setakat tahun ni, xde keluar gi memana jauh pun lagi".
Haa..gitu starting citernya..

Pastu aku dah macam excited dah sekejap pastu geleng2 kepala lepas dah hagak2 kembali berpijak di bumi yang nyata.
Aku cakap "Macam takde bajet je, baru lepas buat pelaburan hartanah"...Gituuuu
Beliau kembali menjawab "Takpe, i sponsor semua".
Jeng3x..tak ke bulat jadi mata ahkak ni mendengar nya kan..
Giler ko tanak setuju???
Tu yang tak pepasal malam tu hunting tiket flight.

Memula encik Asben plan nak gi Pulau Rawa or Redang.. tapi malas nak drive and mahal..
Tengok2 tiket g Phuket on 25 May harga RM79 je uolss. Air Asia.
Melompat la Encik Asben.
Dah le memang lately ni dier asek dok baca sifir "bila nak gi Phuket lagi..bila nak gi Phuket lagi" hahaha
Entah nape bekenan sangat dier kat Phuket tu.
Terkenang kat awek lama ke ape.. Wakaka.. 

So, gitu lah serba-sedikit sejarah macam mana bermulanya kejadian ke Phuket.
Senang citer, memang a few days sebelum berangkat baru beli segala tiket dan hotel. Kira last minute punya plan la ni...
Oh ya, tiket balik ke Malaysia pulak kitorg amik MAS on 30 May 2016 pagi.
Harga around RM1++ lupe exact amount.
Kira ok la kan include skali makan minum segala kat dalam tu.

Cam biasa, kereta kitorg park kat Putrajaya Sentral RM4 per day.
Then amik ERL transit ke KLIA2. Harga dalam RM10.++ (lupe dah brape sen).
Flight kami jam 6:30 petang.
Perjalanan ke Phuket amik masa dalam sejam stengah (Alhamdulillah Mika selamat tidur lepas 15 minit dalam flight hingga ke hujungnya.. hihi.. Mummy dier je lah bagai nak cramp lengan meriba beliau).

Sesampai kat airport Phuket around jam 7malam waktu sana (sana lambat sejam dari Malaysia), kami amik minivan transit untuk ke hotel.
Yang ni kitorg tak beli siap2.. Kami beli je kat kaunter airport tuh. 180baht sorang (Mika free je dan dier kene duduk atas riba Mummy).
Encik Asben pulak singgah kaunter orang bukak untuk jual simkad kat tourist.
Simkad tu free je, dapat 10 minit internet free. (Brand TrueMove sbb ada 1 kaunter tu je bukak time tu).
Kalau uolls topup 150baht, bleh dpt 3 hari unlimited akses internet 3G/4G.
Nak lama ckit, topup la 200baht, bleh dapat seminggu unlimited akses internet 3G/4G.

Hotel malam pertama kami di Phuket adalah Poppa Palace, Patong.
Lokasi, berdekatan Bangla Road @ center of Patong.
Kitorg dapat harga RM109 je selepas diskaun. Kui3..
Nak cari hotel tu senang je, korang cari kedai yang banyak rimau cenggini.. Hotel tu kat lorong tepi kedai ni. 
Saje la ni, kalo gi Phuket tapi tak singgah Patong macam tak sah gitu.
So, singgah je la kejap walaupun stay tak sampai 24 jam. Bagi cukup syarat :p
 

Ni serba sedikit gambar Poppa Palace.
Untuk harga yang kami dapat, sangat berbaloi untuk bilik yang luas, bersih beserta breakfast.

Malam tu lepas dah check-in dan simpan bag dalam bilik, Encik Asben pegi sewa motor untuk 1 malam.
Senang nak dapat sebab area hotel tu pun ada banyak kedai sewa motor.
Harga 200baht satu hari.
Dah dapat motor, ronda2 malam sekitar bandar Patong then terjah kedai Kusuma.
Kedai Kusuma ni memang femes sebagai kedai Halal kat Patong.
Kalau uolls pandai cakap Kelantan, lagi senang nak komunikasi.


Gambar depan Hard Rock Cafe sketol!

Breakfast di Poppa Palace.
Pepandai la korang pilih makanan "selamat" ye sebab hotel ni tak provide halal food.
Hari kitorg makan tu kebetulan ada banyak choice untuk vegie dan ada seafood goreng tepung, roti2..
So, bedal yang mana boleh kenyang2..

Kolam ikan ni tepi restoran hotel.

Hotel ni ada 2 swimming pool. Satu kat gambar awal2 ahkak letak kat atas.
Ni swimming pool kedua.
Depan swimming pool ada pondok untuk bebudak main. Ada toys, gelongsor semua..


Nampaknye bapak dia lah yg lebih besemangat main air..

Menjelang tengah hari, kitorg check-out la sudah.
Ni gambar sekitar lobi Poppa Palace.

To kill the time sebab booking taxi kol 2, kitorg naik motor gi jalan2 Jungceylon.
Bag, kami tumpang kejap kat lobi sini.



Ok, dah pukul 2.
Balik Poppa Palace untuk hantar motor, amik bag dan taxi.
Kos taxi dari Patong ke Kata Noi, kami dapat harga 450baht.

Lokasi seterusnya adalah Kata Noi sebab kami menginap di Katathani Phuket Beach Resort.
Ini dah ala2 impian menjadi nyata la kiranya.
Masa aku 1st time datang Phuket dulu, kitorang jalan sampai ke area Katathani.
Pastu weolls pasang angan2 next time datang Phuket nak gi duduk Katathani pulak.
Eh, menjadi pulak. Kikiki.. Ahkak sukeee..

Ni lakaran apa yang ada dalam Katathani ni.
Sebenarnya datang Phuket kali ni saje nak rehat2 kat dalam Resort.
Bukan datang untuk nak amik trip gi memana, snorkeling ke ape ke..
Maka memang uolls akan tengok banyak gambar hotel je la entry aku yang 2 ketul pasal Phuket ni.


Ni swimming pool yang paling femes kat dalam tu, Andaman namanya.

Masa sampai dan check-in, Mika tidur.
(Dier start tidur dalam cab dari Patong lagi. Almaklumla, 40 minit jugak perjalanan nak ke Katathani ni).
Pastu staf sini pakaikan jugak gelang bunga orkid tu kat Mika.
Terus bangun segar bugar budak kecik ni.
Siap buat resepi sendiri, celup bunga orkid dalam welcome drink. LOL..

Abis dah terburai gelang.. Hahaha..

Ni gambar dalam bilik Junior Suite.
Ada banyak jenis lagi.. ada Deluxe, Superior, Villa..tu je aku ingat.. hahaha

Ni dalam bilik kitorg yang Mika start sepahkan tak sampai 5 minit selepas masuk :p


Asalnya tuala tu cantik je terbentuk gajah gini..



ni view depan bakoni bilik..
Dari bilik kitorg bleh terus nampak laut dan swimming pool.
Pengsan nak tenangkan anak setiap kali bukak beranda bilik. LOL.

Dalam Katathani ni ada 5-6 bijik swimming pool.
Ada Kids Club gak untuk anak2 korang g main2.. ada service babysit anak jugak kalo berminat. Harga charge nye tak sure sebab kitorg rajin jaga sendiri anak time pegi Kids Club. hahaha..



and a few fecilities :




Dah berjulur panjang dah aku merepek kat entry kali ni.
Bersambung next entry pulak ye..

Sila klik sini untuk ke : Part 2

No comments:

Post a Comment