Tarikh Kejadian : 9 November 2014
(hari ke 3)****************
Woott woott..
Kembali bersiaran..
Entry kali ni takde cerita lawatan.
Sebab memang dah plan untuk spend time menikmati persekitaran Hard Rock Hotel dan sekitar Kuta town/beach..
Tapi..
Untuk nak kasi ada input/manfaat ckit kpd yang sudi baca, saya share nombor supir kat sini eh? eh?
Kami punya aktiviti melawat kat sana dipermudahkan dengan ada nya supir.
Main person yang dah di contact siap-siap since dari Malaysia adalah, Pak Isme.
The reason why kami amik dier adalah sebab Muslim so senang nak suruh drop tempat makan.
Nak contact no? +62 813 38614174
Harga IDR 350k untuk trip sehari.
Dimaklumkan, bukan pak isme yang akan pick-up dan drive kami kesana kesini..
Pak isme ni kira tokey la.. Nanti dier anta staf dier untuk bawak kite jalan2 ok..
Staf dier semua muslim. Sepanjang kami kat sana, pak isme anta 4 staf berbeza.
Ada yg friendly, ada yang biasa2 je.. Kalo yg friendly tu siap provide kan air mineral, tlg snap gambar, tlg beratur belikan tiket masuk..
Bestnya ada supir sebab:
1)tak payah pening2 tengok peta or pk nak naik ape untuk g melawat tempat2
2)dalam satu kereta tu hanya kami je..takyah share ngan lain
3)dan paling2 bermanfaat sebab kami bawak baby so mmg akan ada possibility untuk berubah plan yang dirancang, bleh skip dan tukar plan..baby pon selesa nak tidur bebila masa mereka suke..ngeh3x
4)kalo dah lapar, mintak je supir stop kat kedai mkn on the way ke destinasi lawatan kite. Nanti dier tanya nk mkn ape? Kitorg most of the time mkn nasi padang je sebab senang nak jumpe. Nama kedai? Tak hafal plak..hehe..sebab merata-rata..
Back to hari ke-3 di Bali************
Bangun pagi, makan pagi yang di provide oleh hotel..
Pepandai la pilih yang vegie2 kalo nak selamat.. Pastu balun pulak roti2 dan cereal yang ada.
Cukup kenyang dah tu..
Mika? Kitorg cedokkan porridge kosong pon dah cukup happy dier.. Hahaha
Swimming pool sini wallawehh punye superb!
Time kitorg pegi, ada in progress nk buat stage party buih kat tgh2 kolam..
Nasib baik x ready lagi. Kalo x, juling bijik mata laki hakuu.. Hahaha
Nah tengok la skit2 gambar yang sempat encik husband snap..
Yang bawah ni pulak gambar sekitar private pool..
Ini dalam halaman hotel..
Oh..siap ada nanny kalo nak..
Means that, mak ayah bleh kuar berfoya-foya kat luar dan tinggalkan anak2 kat staf sini.
Nanti diorg layan anak korang siap dgn susunan aktiviti.
Kene bayar @ free?
Tak survey plak sebab kitorg tak sampai hati nak tinggal Mika. Haru-biru kalo dier nak susu nanti 😣
**Mika si gayat, takut men gelongsor..
Dah puas meronda dalam hotel, kitorg keluar jalan-jalan kawasan sekitar pulak.
Jalan kaki.
Gigih betul kami membakar lemak.
Untuk lunch kami stop je memana kedai nasi padang yang sempat jumpa.
Singgah mall Matahari jugak untuk beli stock Heinz Mika.
So, pepaham la most of the time Mika kene makan ape kat sana.. Ngeh3x..
Tengah ari, balik la bilik pulak.. Bagi Mika tidur..
Panas gile kot kat sana time kitorg pegi.
Sila check cuaca dan prepare baju yang sesuai ok..especially baby.
Kalo time panas (dah 3 bulan tak ujan) mcm time kitorg pegi, jangan bawak baju tebal2 pulak..
Dah petang sikit, keluar g pantai depan hotel.
Seronok anak dara saya main air pantai sambil ushar orang main surfing..
Seblom ni tak pernah bawak Mika mandi pantai atau swimming pool tau.
Skali bile try rendam air, mak aiiii suke lahai dier. Hantu air macam bapak dier jugak rupenye.. Kui3x
Tapi satu je, dier tak suke pakai pelampung...amboi2
Lepas dah beria main air, penat sudah anak ku itu..
Mummy pon penat pegang anak telompat-lompat dalam air.
Dengan itu diisytiharkan malam tak keluar pegi mana. Mika pon dah tunjuk simptom nak tidur awal.
Suap dinner kat Mika then dier zzzz 😴
Encik husband je la kene keluar malam tu utk beli dinner kiriman si wifey..kikikk
Next day (hari ke 4)****************
hari ke-4, lepas breakfast kat hotel, kami sambung jalan-jalan lagi.
Kali ni jalan jauh ckit sampai ke Discovery (ni pon shopping mall jugak).
Time pegi, manje ckit, amik cab blue bird..
Tak mahal sgt pon, sebab cab pakai meter.
Jalan punya jalan, jumpe pulak 1 pantai. Pantai Kuta jugak, lain arah je..
Tatau ape nama tempat tu 😋
Lokasi nye.. Kalau dari Kuta Square menghala ke Discovery, belah kanan, akan jumpe satu lorong yang ada banyak2 kedai kecik2 jual souvenir dan baju2..
Haa, masuk la lorong tu terus sampai ke pantai.
Yang best nye,sekitar pantai tu ada banyak gile gerai makanan halal..
Heaven~~
Dah habis terkinja-kinja posing, kitorg pegi tebus welcome drink dari hotel.
Dah penat pusing-pusing, kami amik cab untuk balik ke hotel.
Tidur2 kejap..
Petang ckit kami keluar bilik sebab dah set appointment dengan fotografer hotel.
Gambar2 bawah ni semua fotografer tu amik (dah include dalam pakej bilik)..
Beachwalk ni adalah shopping complex yang walking distance je dari hard rock hotel.
Eh..belum balik bilik lagi..chup2, belumm..
Kite singgah penuhkan perut kat Hard Rock Cafe dulu.
Free dinner actually, dari pakej penginapan kat hard rock.
Pekene burger dan fish & chips yummehhh sedap!
Best gak makan berpanorama kan orang mandi-manda nih 😉
Setel makan, kami balik bilik sebab Mika pon dah okk ekk okk ekk ngantuk.
Nanti sambung cerita hari ke5 pulak..
Kbai!
No comments:
Post a Comment