Wednesday, February 25, 2015

Pengalaman Bersalin Baby-M

fuh..fuh..fuh..
tiup ckit..
blog dah berhabuk, tuan rumah lama dah tak masuk.

diam tak diam, bulan depan masuk setahun dah Baby-M saya.
seblom bercerita tentang citer jalan-jalan pada post akan datang, moh le kite throwback pengalaman bersalin saya.

hari menunggu kemunculan baby-M:
kalo ikutkan EDD, patutnya 15 Mac 2014.
perut memang dah membelon sangat dah, siap ada yang cakap takut tengok perut kite. lalala..
so ingatkan bersalin awal la daripada EDD kannn.
tapi?
dapat MC je awal. keluar baby nye idok..

tatau la ape tak kena, 2-3 minggu seblom due date, saya punye (Blood Pressure)BP asek tinggi je.
tak boleh stress sikit. mula la badan rasa tak stabil.. kejap sejuk kejap panas pon ye, rasa macam nak pitam pon ada jugak..menggeletar pon ada.
bila pergi check BP kat dispensary opis, pergh..tinggi..nak cecah 150.
terus doktor kat situ bg refer later suruh immediately pergi hospital yang saya slalu pergi check-up.

cuak lahai time tu.
dah pikir macam-macam.. takut kene forced beranak la ape la..hoho..

kat hospital pantai bangsar, gynea saya yang best (Dr. Idora) bagi MC seminggu dan bagi ubat untuk turunkan BP.
so lepak rehat kat rumah je la.. tapi tetapppp kene selalu monitor BP.
tengok ada penurunan walaupun belum cecah ke paras normal.
dengan itu, next week nya saya masuk opis seperti biasa.
weekend, appointment dengan gynea untuk check-up lagi.
ada hasil during that check-up..jeng3x..
saya dapat MC sampai bersalin (which is doktor akan topup MC tu setiap kali datang check-up).
sebab? doktor cakap BP saya reduced sebab makan ubat, bukan normal2 ia turun macam biasa..tu pun still tak sampai piawaian BP selamat untuk wanita hamil..dengan itu, saya patut rehat je tunggu baby keluar, tak sesuai kerja dah.
haaa..gitu kekdah nye.. stress rupenye koje haku ni. ngeh3x.

aktiviti sementara menunggu kemunculan baby-M:
memalaskan diri kat umah.
kan kata tak boleh stress kan. so memang rehat-serehat-rehatnya.
masak pon tak sangat (selalu husband tapau kan siap2.kui3x)
lagi satu paling lemak yang berlaku adalah, kemas rumah pon husband upah orang. takut la tergelincir tergolek ke kan.
hakhakhak..princess le sangat.

selain memalaskan diri, rehat2, tidur2, makan ubat.. saya jugak tetiap ari dok bertenet pasal pengalaman bersalin & tanda-tanda bersalin.
seriau..orang pesan, jangan digali sangat benda-benda macam tu, kang lagi takut.
degil..

serah diri ke hospital:
tunggu punya tunggu, takde datang tanda besar nak bersalin sampai la ke hari due date.
stakat sakit perut kejap-kejap yang tak tentu masa tu je.
patutnya orang ada high BP tak boleh tunggu lama-lama. maksimum pon on the EDD tu je.
tapi pada hari due, doktor check baby still tinggi tak turun-turun.
tapi sebab keadaan baby still ok, still boleh tunggu lagi sehari dua.
after that 2 days, expected untuk induce adalah tinggi kalo masih tak ada bukaan.
sebelum balik, doktor cuba tolong bagi bukaan supaya baby senang engage (sakit wooo..huhu).

2 hari yang penuh debaran berakhir dengan tiada hasil (still tiada progress bukaan).
dengan muke comel, mintak postpone induce lagi kat doktor.
fizikal mental tak ready lagi nih.
lepas check-up sana sini, berjaya postpone lagi 2 hari sbb baby punye condition tip-top. yeay!!!
maksimum dah tu wahai si BP tinggi. hahaha..

again, another 2 days berakhir dengan kegagalan walaupun keep on pujuk baby suruh keluar normal xyah induce2.
sob3x..
tapi at least, sepanjang 2 hari tu sempat makan puas-puas sebelum bertempur.

kenangan di labour room:
tanggal 19 Mac, saya serah diri ke hospital pantai bangsar untuk diproses. wink3x..
cenggini la gaya labour room kat sana :p
siap bawak bag laptop..kui3x
around jam 10:30pagi dimasukkan pil induce (masuk kat tempat baby nak keluar ye, bukan telan pil tu).
awal-awal tak rasa ape lagi.
makin lama makin sakit.
sekitar jam 2 lebih petang, sakit sangat dah sampai tarik2 rambut sendiri dan tumbuk2 bantal bila contraction datang.
kebetulan time bertarung dengan sakit tu ada nurse masuk nak check result CTG.
katanya "tinggi ni, 90+. mesti u sakit kan?"
pastu dier check bukaan, baru 2cm. ohemgeee.
nurse tanya nak apa-apa untuk reduce kan sakit?
ofkos i said "yes, please".

tak lama pastu nurse masuk balik & cakap since bukaan baru 2cm, tak boleh amik epidural lagi.
ada 1 suntikan(ape ntah nama) untuk tolong reduce kan 50% daripada sakit contraction saya skarang.
tanpa banyak soal, saya balun je amik.
50% tu sangat membantu walaupun still sakit yang membuatkan saya tak mampu nak tidur lagi dah.

pernantian satu penyiksaan.
akhirnya lewat petang, bukaan dah 4cm.
so boleh amik epidural. yeay!!!
walaupun ada yang suggest cuba jangan amik epidural sebab long term side effect, tapi saya tetap amik.
yang baru 2cm tu pon rasa cam dah nak abis tenaga bergumpal atas katil tahan sakit, camana agaknya bila dah 10cm nanti. lunyai xde tenaga dah gamaknye. so camana nak push? haaa, amik je la epidural tu..

lepas dah kene cucuk epidural, slowly rasa sakit tuh hilang.
sampai last2 tak rasa ape dah.
siap khayal, ngantuk2..
memang syok tidur sampai ke awal pagi.
saya syok tidur atas katil, husband duduk je kat kerusi seblah katil.
kesian, tak tidur dier..

dalam kol 2-3 pagi gitu terjaga-terjaga tak mampu tidur dah sebab sakit macam time petang datang balik.
mula la daku berguling ke kanan, berguling ke kiri.
husband panggil kan nurse.
tengok bukaan, baru 6cm kalo tak silap. lambat btol..huhuhu
contraction tinggi. mintak tambah dos epidural. heee.
then baru dapat sambung rehat.

around jam 8 pagi, bukaan dah 8cm.
nurse pon dah start roger2 doktor.
jam 9 pagi lebih, doktor sampai. elok je haa bukaan 10cm dah.
bleh terus push.. finally!

tapi..

bukan semudah tuh plupp plupp baby keluar ye.
push punye push, takde hasil.
start jam 10 pagi sampai 11:30 pagi iolss dok mencoba, siap muntah 2kali in between.
kot la salah gaya push ke, doktor cakap ok.
saya dah lemah gemalai, penatttsss.
then doktor tanya, nak cuba push lagi ke? nampak i pon dah lemah.
i tanya ada option lain ke selain bedah?
doktor cakap, vacuum.
kami setuju.
sedut punye sedut, tak turun jugak baby. huarghhh!!!
last option kami agreed untuk guna adalah, forcep.
tu pun payah.. asalnya doktor forcep sambil duduk, tak keluar.
pahtu doktor berdiri plak sambil tarik terketar-ketar tangan, baru la kuar si baby-M ni.

It's a girl:
keluar jugak dia jam 11:58pagi.
masa doktor letak baby-m kat atas perut, rasa macam nak cubit2 je baby-m.
"baby, naper takmo kuar? takmo jumpe mummy ke? heip! heip!".
amazingly, sepanjang sesi push-mengepush, heart beep baby maintain cantik.
she's a strong girl :)

time doktor menjahit, saya siap terlelap sebab penat sangat dah.
bukan sebab tak sakit ye, tapi sebab dah habis tenaga.
actually, walaupun epidural tapi saya still rasa sakit contraction semasa push.
doktor cakap, sebab contraction saya tinggi sangat but according to her, its good so that saya tahu bila patut push time contraction datang.
kalo tak amik epidural ntah camana gayanya. huhuhu..

oh ya, baby-M ni namanya MIKA. berat 2.90kg.
simple dan pendek je nama. saya yang pilih dan di approved oleh suami.
ni gambar Mika masa lepas lahir.
dahi tu sebab hasil forcep.
dalam buku baby siap cakap, baby dilahirkan dengan kaedah forcep, failed vacuum (siap tulis failed tu. hoho).

kenapa baby payah keluar akhirnya terjawab.
baby tak besar mana pon, tapi sebab tulang punggung mummy dier kecik so dier stuck dan payah nak turun.
for the next baby, doktor advice suruh diet supaya baby tak cecah lebih 2.9kg..
kalo idok, memang takde harapan bersalin normal. ngeh3x..
nah, amik gambar dah lepas bersalin (tengah makan lauk berpantang yang mertua bekalkan)..gile gemok lagi time ni..kui3x

sekian pengalaman bersalin saya yang panjang melebar-lebar..
bye.

**tq paling banyak goes to encik husband. tidak lupa kepada parent yg datang dari KB, mertua, family members, saudara-mara dan rakan-rakan yang datang melawat dan bagi hadiah kat Mika :) ni lagi satu gambar Mika lepas lahir yang Mummy dah cover lekuk di dahi..lalala

No comments:

Post a Comment