Sunday, December 30, 2012

Melbourne - Day 2

Tarikh Kejadian : 08/09/2012


Good  morning, Melbourne!
Berangan je lebih, now kat Malaysia dah.. insaf lah.. 
Pagi2 kena bangun gi keje, ok? (angguk2..)

Kitorg bangun awal pagi gak sebab around kol 5 airport dah start bising dan kedai2 pun mula bukak.
Bleh je kalo nak sambung tdo tp cam kurang selesa ckit orang dok lalu lalang.
So, kami bergilir jaga barang untuk ke toilet dan solat segala.

Perut harus lah lapar, so kami terjah memana kedai yang boleh dimakan untuk breakfast.
Pastu lepak2 sementara menunggu kol 7:30AM.
Saya dah arrange shuttle bus siap2 untuk bawa kami ke Malaysia Hall Melbourne.
Boleh rujuk sini jika berminat : http://www.starbus.net.au/
Harga adalah mengikut tempat. Kalau kitorg aritu, 80AUD untuk return trip 2 orang.
Banyak pilihan ekceli, kebanyakan orang amik Skybus rasanya http://www.skybus.com.au/.
Asalnya nak amik skybus gak tapi memandangkan ia tak direct pergi Malaysia Hall, maka leceh nak turun naik public transport banyak kali dengan beg2 segala so saya memilih untuk tempah shuttle bus.
Ekceli, its a mini van(kaler biru gelap) dan ia akan hantar kita betul2 depan pintu tempat kite request.
Easy, right? 
**Perlu tunggu di bus stop Zone 5.

Penginapan kami sepanjang kat Melbourne adalah di Malaysia Hall, Melbourne.
Jika berminat, boleh rujuk sini http://www.msda.org.au/ dan isi borang.
Jangan hantar permohonan last minute ye..kang kecundang plak.
 Harga, 12AUD setiap orang sehari.
Perlu juga bayar 15AUD untuk service charge(yang ni bayar 1x je sorang sepanjang penginapan).
Ada lagi..50AUD per bilik/kunci untuk deposit(kalau xde wat onar dengan barang2 dalam bilik + xde tinggal sampah sarap segala then duit tu bleh dpt balik after check-out).
Oh..sini bukan hotel ye maka sila bawak towel dan barang mandian sendiri :p

Kami patutnya check-in antara kol 2-4petang tapi sebab tanak membazir masa dan malas nak angkut beg, so kami just tumpang tinggal beg je dulu kat ruang tamu.
Dan, mintak kebenaran untuk check-in malam(pas abis aktiviti berjalan). 
Boleh je sebab akan ada orang bertugas (student yang tinggal sana) after office hour. 
Yang penting, perlu tengok jadual yang ditampal untuk amik contact number insan bertugas itu.

Aktiviti pertama kami adalah mengukur jalan sekitar Malaysia Hall (High Street).
Cam aman tenteram je area situ.
Sesambil tu, kami survey katne letaknya Chapel Backpackers sebab situ pick-up point untuk aktiviti esok hari.
Pastu, bermula lah cabaran pertama..jeng3x!

Pengangkutan paling penting untuk kami semestinya tram(train yang jalan atas jalan raya).
Alkisahnya..kami naik la tram (stop no 27 hanya 50m dari Malaysia Hall).
Saya pernah study yang tram ni kene pakai MyKi dan boleh purchase tiket kat machine dalam tram itself.
Malangnya tak pernah saya terjumpa pasal machine tu hanya accept syiling!
Kami ni baru sampai, maka xde duit syiling sangat. Banyak duit kertas besau2 je coz belum dipecahkan.
So, terpaksa la kami turun semula dari tram dan cari kedai untuk beli barang supaya dapat syiling yang banyak. 
**maklumat penting, undang2 kat sana adalah kite xleh becakap dengan driver bus/tram especially time kenderaan tu tengah bergerak.
Malangnya lagi, kedai xboleh bagi semua balance dalam syiling sahaja sebab diorg pon nak gune.
Terpaksa la jugak mintak supaya at least syiling tu lepas untuk kami berdua bayar tambang sampai ke Flinder Street Station saja.

Then, kami akhirnya berjaya sampai ke Flinder Street Station! Horeyy..
This is tram..
Kat dalam tram tu, kami terpaksa beli kad Metcard je(perjalanan sehala).
Oh ya, boleh amik tram yang tulis Melbourne University untuk ke Flinder Street ye(benti kat stop no 13).

Sesampainya ke Flinder Street, cepat2 pegi carik Myki tiket.
Caranya macam ni...kene g kaunter dan cakap nak beli kad Myki. Harga kalau tak silap 6AUD.
Kad tu kosong tau. Then, korang g kat machine yang tak berapa jauh dari kaunter untuk topup ikut suke berapa amount yang korang nak(konsep ala2 Touch&Go).
So,nanti bebile nak naik tram, touch je kad tu kat machine contoh mcm bwh ni:

 Kami teruskan perjalanan. Pegi seblah Flinder Street untuk amik City Circle Tram.
Nanti tram tu akan bawak pusing2 bandar Melbourne(ada la port2 tertentu je yang dibawak & its tourist attraction).
Yang best nye sebab free! Dan, setiap tempat benti akan di ceritakan serba sedikit tentang tempat itu.
Senang je nak cam, ada tulis City Circle & ia nampak tua berbanding tram2 lain..kikiki.
Kami tunggu kat area cam gambar bawah ni:
Ini gambar saya tgh rujuk notes. Memang selalu bawak gi memana.
Kat dalam tu ada jadual arini kene buat ape, and how to go ke tempat tersebut.
Maklumla, x amik tour package maka kene usaha lebih ckit :)
Namun diingatkan, langit tak selalunya cerah. Hihihi.
Even kekonon dah prepare tapi still akan salah2 jugak sbb rujukan hanya based on apa jumpe kat internet. Realitinya, tak semudah yang disangka.

Ok, kami naik City Circle Tram route macam ni:
Flinders Street > Harbour Esplanade > Docklands Drive > La Trobe Street > Victoria Street > Nicholson Street > Spring Street > Flinders Street
Satu lagi route, reverse daripada yang ni. Tempat2 sama je dier pegi.

Orang sini sangat berdisiplin time melintas.
Xde nye diorg melintas tak tentu hala macam kita kat sini.
Baek je mereka2 ni tunggu traffic light kat tempat melintas. Pas dpt green light pejalan kaki then baru semua org cross.
**Ada kereta kuda di jalan raya :)

Blom sempat abis satu round tram ni pusing, kami dah benti kat Victoria Street.
Plan sebab nak cari Queen Victoria Market.
Agak jauh gak menapak dan kene rajin tanya orang sebab tram x benti btol2 depan market tu.
Dont give up ok..

Finally sampai ke Queen Victoria Market!
Tempat ni quite famous untuk beli sourvenir dan ada fruits, etc..
Open at 9am to 4pm.. Close on MON and WED. Bukan tetiap ari bukak ok!

Kat sana, kami quick lunch dengan memakan halal kebab/sandwich + fruits.
Sedappp sebab sana sejuk + perut lapar.

Next, catch tram semula dan sambung pusing2 until the last stop which Flinder Street station.
Next destination, Royal Botanic Garden + Yarra River.
Kami lalu depan Federation Square sebab nak cari kedai Mama Wong(dah lapar balik and nak proper lunch).
Ini kedai halal chinese food.
Lapar, maka order nasi goreng!
Encik Suami pulak order bihun goreng yg manis rasanya.. uhh..sungguh silap!
Portion nye manyak.. better order 1 je share bleh kenyang.

Abis makan, sambung jalan kaki menyusuri taman dan sungai.
Amik gambar ckit2 je sebab asek2 ujan kejap2.
Namun, ia tidak mematahkan semangat orang2 sana untuk jogging.
Rilex je diorg jogging sambil tarik anjing masing2 tgh2 ujan. Tadek pon cuak2 nak cari tempat berlindung mcm kitorg(hihi..malu..)

Sini ada angsa hitam yang kat tengkuk mereka ada tag.
Maybe untuk senang track incase diorg ilang/lari dari rumah ke..kikiki.

Setel pusing, kami kembali ke area Flinder Street Station untuk sambung bergambar di kawasan sekitarnya.
Even time tu kaki dah manyak lenguh dan penat ckit sbb malam seblomnya tdo2 anak ayam je kat airport.
Kene tahan gak, takleh bazirkan waktu yang ada kat sana dengan rehat telebih(balik Malaysia nanti baru rehat deh).

Sini sangat banyak graffiti yang cooooolll di sepanjang lorong2.

Menjelang gelap, kami lapar lagi.
Hehehe..maka singgah Nandos untuk dinner(kebanyakan Nandos kat sana halal tau).

On the way balik ke tempat tunggu tram(di antara Flinder Street Station & Customer Info building), nampak ramai photographer snap gambar Federation Square memalam.
Lawa rupenye.. maka sesambil rushing, Encik Suami singgah snap gak sepam dua.

Meneruskan perjalanan laju2 untuk amik tram no 6 ke Glen Iris(then kami perlu benti kat stop no 27, depan Malaysia Hall Melbourne).
Tram kat sana sangat punctual dan kalo telepas, xyah tunggu lama sbb kekerapan nye tinggi.

Sampai je Malaysia Hall, Encik Suami call insan bertugas malam tu untuk check-in.
Kat bilik memang diberi heater sbb sana sejuk (even dalam bilik pon kene pakai heater, cuba bayangkan camana kami tdo kat airport. lalala).
Malam tu mmg tdo kaw2 tak hengat donia sbb penat giless.
Kalau ada penculik datang angkut kitorg pon takkan sedar kotnye.

Ok, sekian.
Nanti sambung citer ari ke-3 plak k.
Tata!

5 comments:

  1. mcm mane nak tau tram mane nak naik & nak turun kalau nak pegi satu2 tempat?tengok tram map pening gile n mane dapt semua info ni?

    ReplyDelete
  2. kalo tgk map tram mmg pening. saya dulu dah target siap2 nk g tempat memana. dari situ, saya korek maklumat (tram nombor berapa)dari blog2 org yang share penah pegi ke tempat yg saya spot nak pegi tu :)
    tips:kene sgt sabar dan buat2 rajin google tetiap ari. hehehe

    ReplyDelete
  3. hi nak tanya camna nak booking starbus tu ye?

    ReplyDelete
  4. Looking for a new home?
    Or move into a new place of stay?
    Need to list your current accomodation?
    Stuck in your current lock-in contract fee?
    We can help you with that!

    Who is Koskosan Australia?
    A company that assist both the landlord and tenants to find each other, and providing additional services that mediates the process to make it as simple as possible, and as convenience as possible.

    Our Services:
    - List your accomodations on our website
    - Promote your apartments on our social medias
    - Assist you in looking for short term accomodation in Australia
    - Assist you in looking for long term accomodation in Australia
    - Assist you in giving informations about living in Australia

    Contact Us:
    +61 401 319 839
    +62 812 9888 6702
    hello@koskosan.com.au

    Website: www.koskosan.com.au
    Instagram: www.instagram.com/koskosan_australia
    Facebook Page: https://www.facebook.com/pages/Kosko...80097145381344



    Kenny Yustana
    Marketing Officer
    Kenny.y@koskosan.com.au
    +62 812 9888 6702
    Koskosan Australia

    ReplyDelete