Thursday, April 11, 2013

Hong Kong - Day 1

Tarikh Kejadian : 05/04/2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers!
Weehhooo, ramai ke readers? (skali-skala feeling sesorang).
Sebelum jauh saya melalut, saya nak citer ckit persiapan untuk ke Hong Kong:
1) Makanan pengisi perut (makanan halal kat sana bukan bersepah macam kat tempat kita ni). Dont worry, imigresen Hong Kong tak strict pasal pembawakan makanan ni.
2) Dokumen2 semua kumpul setempat dlm 1 beg (Boarding pass pegi & balik + voucher hotel + passport + printed itenary jika wat pangai tak pakai tour guide macam kami + jgn lupe bwk pen, sng nak isi borang kat atas flight nanti).
3) Pakaian secukupnya. Time nak packing tu, sila check skarang ni tgh musim apa. Contoh kalau musim summer, xyah la bawak sweater..bazir ruang dan buat berat beg je.

Soalan: Perlu Visa ke nak g Hong Kong?
Jawapan: Tak perlu, dek non..

**Aktiviti semasa menunggu flight. Mari mengarut!

Kami naik Air Asia (jimat kos..lalala). 
Harga tiket untuk pergi-balik, xde la murah sesangat.. Dalam RM650 sorang.
Selepas di re-time, maka kol 2PM kitorg selamat masuk ke dalam perut flight.
Nasib dapat seat seblah2 dgn Encik Suami. Maklumle, xmo bli seat. So tawakkal je la kene campak memana.

Ni gambar kami gedik2 dalam flight. Hadap je la ye korang.
 
Lama gak saya perhatikan hujung sayap kapal ni, tahap bengkoknye cam x berapa nk cantik. Ahaha..

Kami dah pilih siap2 makanan utk dlm flight.
Tadaaa!!!
Bukhara Chicken Beriani & Spageti Chicken Bolognese.
Beriani sedappp sgt(itu pendapat saya).
Spageti plak, biasa2 je..lalala..
Untuk air kan, dpt la Spritzer cinonet besar tapak tgn dan setinggi penumbuk je.
Mana cukup! Ish2..

Nak dijadikan cerita, 2x pilot announce xleh mendarat sbb traffic kat Hong Kong airport.
Giler ramai org g Hong Kong time musim Spring ek.
So, dok men pusing2 atas langit je la.
Akhirnya, dalam kol 7:15PM, berjaya gak kami mendarat dengan selamat.
5 jam lebih ok! Orang lain datang Hong Kong less than 4 hours je.
Sedikit tragis disitu.

Time kat imigresen, berlaku acara blocking barisan sbb pakcik Korea blakang kitorg asek nak wat cubaan potong barisan je.
Tak reti bratur ke wei? Dah le suara kuat.
Asal dier nak kedepan je, kitorg block ruang! 
Ahahaha, rasakan! Duduk diam2 kat blakang tu tunggu turn!
Agaknye time skolah dulu dier x blajo fizik, sbb tu xde sivik (melalut! abaikan..).

Setel imigresen, kami ke Terminal 1 untuk cari Airport Express Customer Service Desk kat Arrival Hall.
Tempatnye sebijik camni.
Kat sini, korang bleh bli tiket transport untuk ke town.
Pilih la samada nak tiket: 
1)Airport Express (kalau kat tempat kite, ia ala2 KLIA Express). 
 Harga berbeza ikut tempat mana nak benti. Range 80HKD - 100HKD).
Yang ni laju, x sampai stengah jam dah bleh sampai town.
Dier punye stop ada kat Kowloon, Hong Kong Central, err..err..lupe dah yg lain.
2)Public bus (yang ni bleh jimat banyak tapi awas! Satgi saya citer). 
Nak naik bas, sila beli Octopus kad kat kaunter sini juga. 
Ada macam2 harga. Kami beli kad harga 150HKD (nilai kat dalam ada 100HKD-50HKD lagi cam ala2 deposit kad. Bila korang pulang balik kad ni time nak balik Malaysia, dier bagi semula tp xdpt penuh 50HKD sbb tolak diorg punye government charge ckit).
Berdasarkan itenary yang saya dah buat dan calculate, kami topup tros di kaunter itu sebanyak 150HKD lagi.
Yang bagusnye Octopus kad ni, korang topup je bebanyak xpe. Time nak return kad nanti, dier bayar balik duit balance korang yang xsempat guna tu. Best kan?
Tadek la besusah payah nak carik 7Eleven nak topup bagai dah..

Panjang btol bebelan pasal penggunaan public transport disana.
Meh citer pasal makan plak.
Kat airport Hong Kong ni ada 1 kedai makanan halal.
Popeyes! 
Ini alamat : 7T 103, Level 7, Terminal 1.
 **Saya, Popeyes & Octopus card! (Yang berkilau putih lagi bulat tu logo halal. Xnampak plak sini).

Next, follow signboard untuk ke tempat bus.
Senang je nak cari.
(kertas itenary sentiasa di tgn ye. Tebal gile kot. Bukan takat what to do & how to go, gambar landmark + peta pon ada skali dlm tu. Kui3x).
Kalau agak2 payah nak jumpe gak, korang pegi level 3 then gi plak ke Hall B.
Airport Express pon kat level 3 gak.
Tipu lah kalo cakap payah nak nampak signboard. Hahahaha..

Now saya dah kat tempat menunggu bas.
Kalo korang blur tatau nak amik bas mana @ lupe nak google siap2, jangan risau...
Kat area tempat tunggu bas tu ada papan kenyataan besau2 bitau:
1) Nombor bas
2) Bas tersebut lalu kat senarai stop mana.

Kami booked hotel kat Sheung Wan, Hong Kong Island so kami amik bas nombor A11.
Bas nye 2 tingkat warna kuning.
Contoh:
 Korang masuk je dlm bas, swipe kad Octopus (kalau bas A11 ni dier deduct 40HKD).
Dgr citer kalau bayar cash kene bagi duit cukup2, sbb kalo bagi lebih, nescaya anda tidak akan mendapat balance. Hahahaha..gelak jahat!
Dlm bas ni sgt selesa. Ada bahagian simpan luggage kat dlm, ada free wifi juga!
Dan, saya dapat maklumat bahawa bile bas benti kat sesebuah pit-stop, ia akan announce & akan kuar display kat dlm bas.
Maka saya mmg la dok bergantung kat announce tu sesambil feeling2 gune wifi utk tenet maklumat pasal Hong Kong.
Alih2, pandang kiri-kanan, dah cam masuk bandar je. Tapi xde sebarang display @ announce!
Hampehdotnet.
Apelagi, mula la saya mencari mangsa.
Usha kiri kanan depan belakang kot ada mamat encem lagi bergaya untuk ditanya.
Nampak la sorang mamat cina agak good look pakai suit umpama bekerjaya bagus.
Saya tanya dah telepas ke Sheung Wan? Dier tanya saya nak kemana? Saya tunjuk alamat hotel.
Katanya saya dah terlepas. OMG! Ini semua gara2 announcement dlm bas yg bisu. Ish!
(so korang, next time sila google katne patut stop beserta landmark utk senang cam. ok!)
Nasib la mamat cina ni baik dan bleh speaking London :)
Dier suggest soh turun ke next stop, then amik MTR untuk ke stesen Sheung Wan.

Sampai ke Sheung Wan MTR, kami singgah 7Eleven sebab saya nak tanya camne nak ke Sohotel plak.
Actually, saya mmg dah print siap2 google map dari MTR Sheung Wan -> Sohotel tapi pas print cam kureng zoom so payah la nak cam landmark bangunan2 berdekatan.
Pas dah dapat direction, sampai la kami ke hotel.
Alhamdulillah, hotel tu tak jauh dari MTR.

Di kaunter check-in, kami diminta pilih menu untuk breakfast sbb dah include dalam pakej bilik.
Breakfast ala-carte rupenye. Baru nak feeling2 buffet. Kui3x!

Ini rupe bilik kami di Sohotel (beserta toilet skali saya tempek bcoz certain org agak concern pasal toilet).
Jenis bilik, Superior Double.
Walaupun bayar 4 ratus utk 1 malam, sila jgn menaruh harapan bilik hotel di Hong Kong ni besar ek.
Certain bilik, nak solat pon xde ruang. Terpaksa solat atas katil.
Umat manusia kat sana ramai sgt dah gamaknye. So, ruang tak brapa nak ada tp harga tetap kene UP.
Hoho..

Plan asal hari 1st kami adalah nak g Avenue Of Stars tp brother yang uruskan check-in ckp dah lewat untuk kesana dan laser punye show dah abis.
So, kami mlm tu lepak rehat hotel je la dan rearrange balik itenary.
Sekian untuk Hong Kong hari pertama :)


**Kepada sesapa yang nak menginap kat Sohotel: Dari MTR Sheung Wan, korang kuar exit A2. 
Nanti korang nampak 7Eleven kat seblah kanan. 
Then, lalu kat lorong blakang 7Eleven(which is kat awal lorong ada kedai buah belah kiri).
 Jalan je straight jgn belok2 until korang jumpe Sheung Wan punye pasar yang mana kat situ ada kedai kecik jual majalah.
Kat corner situ, korang belok kiri.
Actually dari pasar tu korang dah bleh nampak lampu tulisan nama SOHOTEL sayup2 gitu.

**Lupe plak nak citer. Time dah lepas Imigresen HK, saya kene scan dahi. Almaklumla, skrang kat sana tgh femes Bird Flu. Kat sana sgt sejuk so idung saya berair ckit malam tu so mmg kene spot utk di scan. Alhamdulillah, hasil nya memberansangkan. Lalala..

2 comments:

  1. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...we want more!we want more!more Hong Kong updates please... :)

    ReplyDelete
  2. ohho..tgh kumpul tenaga nak mengarang day 2. harapnye tenaga x terbantut sbb mlm sudah larut :)

    ReplyDelete