Sunday, April 14, 2013

Hong Kong - Day 2 (Part 1 - Ngong Ping 360 & Citygate Outlet)

Tarikh Kejadian : 06/04/2013


Selamat Pagi!
Ada yang tak sabar nak tau pe jadi harike-2 kat Hong Kong?
Jom kite citer2..

Seblom ni saya ada citer kitorg kene pilih menu untuk breakfast kan?
Untuk makluman, kami amik mende yang sama je selama 4 hari.
Dan, asal kol 8pagi je loceng bilik bebunyi ting-tong ting-tong sbb staf diorg dtg anta makanan.
Tada!!!

Hoho, xde la banyak makanannye. 
Roti2 dan air teh beserta susu.
Nak bitau ni.. roti2 tu sumpah sedap dan lembut giler!
The best croissant yg saya pernah mkn dlm hidup (walaupun perumpamaan tu bunyik cam melampau, tp btol tak tipu mmg sedap).
First time masuk mulut, rasa cam nak kunyah sambil pejam mata.
Then, every morning mmg tertunggu2 diorg anta roti sedap tu lg.
Huarghhhh, dah rindu croissant sana! (Tadi ptg mkn croissant kat The Loaf tp still xleh lawan. huhu).

Pas makan dan bersiap, kami jalan kaki ke MTR Shueng Wan untuk ke station Tung Chung.
Ada apa kat sana?
Sila teruskan pembacaan anda :)

Sampai je stesen Tung Chung, korang kuar ikut exit B.
Kat situ korang bleh nampak Citygate Outlet tersergam indah nian lagi mempersonakan.
Sila jalan sambil alert bahagian kiri.
Nanti korang akan nampak eskulator untuk ke Ngong Ping 360! Weehuu!
Apalagi, naik le itu eskulator. Time ni korang dah bleh nampak cable car lalu lalang.

Diingatkan, sila datang awal k.
Kalo lewat, slamat bratur pepanjang giler untuk bli tiket.
Kitorg mmg bajet sampai around jam 10pagi maka mmg agak lengang kaunter tiket.
Cable car sini ada 2 jenis. Ada yang standard & crystal.
Kami amik pakej pegi naik crystal then balik naik standard cable car = 190HKD.
Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.np360.com.hk/en/.

Time pegi, kami kene kongsi cable car dgn org jepun yang riuh.
So nak posing melebih2 pon segan.
Saksikan lah apa yang ada ni.
Angin sangat kuat menerobos masuk(mmg ada byk lubang so angin berlumba2 nak masuk).
Begoyang gak la cable car tu kadangkala.
Cable car ni akan bawa kite ke Ngong Ping Village dan melalui tepi patung Buddha besar.
Tempoh perjalanan, dalam 20 minit gitu ah..

Apa beza crystal cabin dan standard cabin?
Haaa..see! Tempat pijak bercermin!
Bleh nampak bawah umpama terbang atas angin. Hahaha.. syok!

Bila dah sampai Ngong Ping Village, aktiviti yang berlaku hanyalah snap gambar.
Dimaklumkan, ada kedai makanan Halal kat situ, Ebeneezer. 
Cantik gak tempatnye dan sgtttt sejuk angin bertiup kencang-mencang(tudung senget-benget jd nye).
Kami plak spesis x bawak baju sejuk, ingatkan xde la sejuk sgt g Hong Kong musim skarang.
Rupenye time siang nye macam duduk dalam ekon opis. Mendunggggg je & sometimes ujan ckit.
Malam plak lagi saddis, rasa cam dah nak kene sumpah jadi ais.
Even org2 local sana kuar umah pakai jaket/sweater, kitorg je menten lg gagah pakai tshirt. Ish2..

Ahahaa..amacam? Mabuk x tgk gambo byk sgt?
Tu pon dah abis filter dan terpaksa combine kecik2 untuk gambar2 yang terpilih.
Saborrr..
Ada lagi..
Tak lengkap kalo x bergambar depan Buddha.
Kitorg snap dari bawah je, tak naik atas.
Kalo nak naik atas, kene bayar(harga x sure, sila semak sendiri..hehe).
Sejuk!

Oh ya, sini ada byk gak kedai jualan.
Nak beli cenderamata pon bulehhh..tp kan, nak bitau siap2 bahawasanya harga mahal ckit.
Kitorg pejam mata je bli 1 fridge magnet Ngong Ping ni (65HKD = RM26).

Oh ya, toilet kat Hong Kong ni xdak ayaq kat dlm jamban untuk kerja2 pencucian.
So, pepandai la prepare botol mineral kosong + wet tissue jika perlu :)

Menjelang tengah hari, kami mula angkat kaki untuk chow chin chow.
Spt yang dah dibitau seblom ni, time pulang kami amik kabin stendet je.
Nak dijadikan citer, xde org sgt time tunggu cable car pulang(sgt ramai org yg baru nk dtg).
Dengan itu, kami dapat kabin yg xyah kongsi ngan org lain.
Best! Alangkah bestnye kalo time kabin crystal pon xde org. Bleh tegolek2 sukehati posing.

Time kitorg balik tu ujan dah start, so lagi banyak goyang sbb angin lagi kuat.

Cik Adik ini sungguh gigih menyelenggarakan itenary :)

Komen keseluruhan : SGT BEST!

Next, alang2 td dah lalu kat Citygate, so kami pun singgah la.
Posing jap kat air pancut dpn Citygate.
Logo merah putih tersergam indah blakang saya tu adalah lambang MTR ye.
Mmg Citygate sgt dkt dgn MTR. Meloncat je pon dah bleh sampai (ahha..itu tipu sgt!).
Seblom ni, saya dpt maklumat daripada beberapa blog, kat Food Republic Citygate ada 1 Indian Halal food.
2-3 kali kami tawaf. X jumpe!
Dah le lapor gile.
Kpd anda2 semua, kalo x bwk bekalan makanan, sila mkn siap2 kat Ebeneezer Ngong Ping Village ok!

Disebabkan x jumpe halal food, maka kami makan roti saja bersama air teh.
Muke sedih, kuciwa dan lapar :(
Pastu happy semula sbb dpt roti :)

Bila tengok orang kiri kanan makan mee, nasi..jeles tau!
Tambahan lagi chinese guy seblah mkn kotiaw goreng nampak cam sedap gile.
Time2 tu gak saya berazam nak mkn kotiaw goreng bila hari 1st sampai M'sia nanti. Ngeh3x.
My rate sbb xjumpe kedai makanan halal spt yang digembar-gemburkan oleh beberapa bloggers.
Ke kedai tu dah tutup ek?
To those yang nak shopping branded items, sila la ke Citygate ni.
Situ ala2 kite punye JPO la bleh dikata.
Ada mcm..Levi's, Esprit, Giordano, bla..bla..bla..
Kitorg tak shopping pon mende2 tu.
Sambar perfume kat SASA sekotak dua je :p
Murah! Sebab saya dah take note harga perfume tu time kat Malaysia dan time kat airport duty free. Mmg byk gak la beza.

Alamak, dah panjang byk dah entri ni.
Baru sempat cover citer sparuh hari.
Byk sgt tempek gambo gamaknye.
Oleh itu, saya sambung citer apa yg jadi ptg hari ke-2 kami di Hong Kong pada entry lain la ek?
Dah nk dkt kol 3 pagi dah ni (mamai oh mamai sudah..)
Nite!

4 comments:

  1. pg china time skrg ni tak bahaya ke?
    kene amik suntikan selesema burung H7N9 tak?


    hoi! aku jeles yang cabel car lutsinar tu!!!!!
    hehehe!

    ReplyDelete
  2. xde plak kene cucuk2 time aku nak g aritu. Dan, Alhamdulillah sampai skarang xde flu lg..

    mmg best cable car tu. sila masukkan dlm list vacation ko serta-merta!

    ReplyDelete
  3. best nya..nak naik crystal cable car gak... ;)

    ReplyDelete
  4. sila2..kalo xyah share ngan org lain lg best. bleh amik gambar sambil bersila atas lantai

    ReplyDelete