Monday, August 19, 2013

Hong Kong - Day 4 - Tsim Sha Tsui & Hong Kong Disneyland

Tarikh Kejadian : 08/04/2013


Assalamualaikum.
Ingat saya lagi?
Sila salahkan Candy Crush sbb asal ada masa terluang je saya mesti nak men Candy Crush :p
Jom sambung citer hari ke-4 saya di Hong Kong.
Pagi pas breakfast roti sedap, kami amik MTR ke Tsim Sha Tsui (snap gambar sekitar Sheung Wan ckit).
Saja jalan2 tengok apa yang ada dan posing memana yang patut.
Ada kawasan ala-ala Pavilion disana.
Disini ada masjid ye wahai muslimin-muslimat sekalian :)
Oleh itu, sekitar Chung King Mansion memang banyak Indian food.
 So, kalau nak makan beriani mmg senang dapat.

Dari Tsim Sha Tsui, kami amik tram ke stesen Sunny Bay.
Dari situ, tukar tram ke Disneyland Resort..mmg ada sketol stop tu je.
Dan, tren nye sgt chommel giles tak tipu.

 Ni gambar kat stesen Disneyland Resort.
Memang beza tahap ke'cun'an nye berbanding stesen lain.


Ni plak pintu gerbang mercu tanda Disneyland.
Memang stendet orang amik gambar kat sini. Hehehe..
Tips: sila elakkan datang weekend untuk elakkan suasana sgt crowded.

Kepada anda yang nak curik2 bawak makanan, sila jaga2 sebab beg anda akan kene selongkar di pintu masuk.
Tapi, ntah camana saya terlepas lagi skali tanpa kantoi bawak beberapa paket biskot kecit!
Hahahaha.. bagus gak beg byk compartment kecik2 tersorok kat dalam ni. Hahahaa lagi.

Untuk harga tiket, sila google website Hong Kong Disneyland sbb takut rate dah berubah.
Time saya pergi tu harga around 399HKD.

Bila dah masuk sana, paling penting untuk amik pamplet.
Mark dan rancang tour anda kat dalam tu. Kalau boleh, jangan terlepas mana-mana show sebab semua best2!

Kat dalam Disneyland ni terbahagi kepada beberapa land.
Setiap land ada attraction tersendiri.
Senang citer, saya tempek ckit maklumat untuk anda ye..
Sila mark kepada yang bintang2 tu ye.

Kitorg kat sana lebih kejarkan show dan nak men game2 yang ada berbanding bazir masa beratur panjang untuk amik gambar dengan karaktor disney yang byk berkeliaran. Hehehe..
Snap ckit2 je yg mana kebetulan jumpe dan tak ramai orang.
Mickey & Minnie? Ramai gilakkk org maka sekian terima kasih je la..

Jom men tempek2 gambar dan saya describe ckit2.

Ini salah satu show kat sana "Festival of the Lion King".
Menarik, kat Adventure Land.


Ni plak Jungle River Cruise, kat Adventure Land jugak.
Untuk naik cruise ni, ada 2 lorong. 1 lorong untuk chinese language & 1 lorong untuk english language.
Sila pilih lorong yang benar supaya anda tak melopong dengar penerangan.
Cruise ni kitorg naik mlm sbb lebih adventure dan lebih terkejut2. Best!

Gambar-gambar sekitar Adventure Land.

Kat sini ada roller coaster, kat Grizzly Gulch.
Saya kene paksa rela oleh Encik Suami untuk naik. Huhuhu..
Makin lama beratur nak sampai turn, makin dup-dap dup-dap.
Punye la ngok ngek roller coaster ni, siap ada part reverse laju2 cam nak tecabut jantung beta. Huarghhh!!!

Gambar-gambar sekitar Grizzly Gulch.
**Join budak2 men air tembak2. Hahaha..


**sungguh gila kuasa letak byk2 gambar skali gus. muahaha..sudah malas nk cantum2**
Ini plak kat Toy Story Land.


Berehat sebentar bersama eskrem seblom meneruskan perjalanan :)

Di Fantasy Land.
Ini adalah "The Many Adventures of Winnie The Pooh".
Best! Naik boat then masuk kawasan untuk dibacakan buku cerita.
Soo comel!


Chup, shopping cenderamata ckit. Lalala..
2 ketol Minnie tu untuk 2 anak sedara saya :)

Ok, sambung!
"It's a Small World", juga di Fantasy Land.
Yang ni pada saya bosan ckit.
Mebi budak2 suke sebab naik boat pusing2 tengok miniature warna-warni kecik2 lambang negara.

Gambar sekitar Tomorrow Land.

Gambar feeling gedik di Main Street USA.

Gambar-gambar lain yang saya nak jugakkk share.
Tak kire! Tak kire!

Menjelang malam, kami masuk semula ke Adventure Land (again!).
Kat dalam ni ada 1 kedai makanan halal, Tahitian Terrace.
Saya makan nasi beriani :)
Oh, sungguh lapar ketika itu. Pekene beriani sepinggan.

Pas makan, cepat2 ke Main Street USA semula untuk amik tempat tengok show "Disney in the Stars Fireworks".
Gile-gile punye worth!
Rugi sangat2 kepada yang tak tunggu show ni.
Kitorg ada amik video tp berat sgt nak load kat sini.
Nanti last2 gambar tak cantik mcm video entry Ocean Park & Avenue of Stars lepas. Huhuhu..

Sebagai penutup citer Disneyland, saya tempek gambar train nye yang cute.
**Time nak balik baru sempat snap gambar ye. Hoho..

Tu je la citer hari ke-4.
Banyak snap gambar cantik2 kat dlm tu tp tak larat nak tempek semua kat sini. Huhu..
Balik je dari Disneyland, kami pengsan tros di bilik sampai ke pagi :)
Bye!

2 comments: