Sunday, September 8, 2013

Day 5 - MACAU The Venetian & Fisherman's Wharf & City of Dreams & Senado Square

Tarikh Kejadian : 09/04/2013


Assalamualaikum..
Sambung cerita, JOM!

Pada 9 April 2013, dah dikira last day untuk kami makan croissant sedap (ok rindu lagi!).
Selesai check-out, kami jalan kaki je untuk ke stesen feri sbb kami dah dekat Sheung Wan @ sudah senang lagi dekat.

Kenapa nak ke feri?
Haaa..harini kami akan ke Macau plak!
Bagi sesiapa yang nak ke stesen feri dari MTR Sheung Wan, saya paste ckit maklumat yang saya dapat seblom ni (kami ikut jalan dari hotel, kot tak valid nak share sini).

Dari MTR Sheung Wan, amik exit D. Hong Kong-Macau Terminal tu bertempat di Shun Tak Centre. Tempat tu ala2 shopping complex. Untuk ke shopping complex tu, ada kene naik jejantas untuk ke seberang jalan (ni lepas dah jalan kaki dari MTR Seung Wan la ek).
Untuk ke tempat beli tiket, kene panjat beberapa eskulator.
Saya lupe dah level brape, xpe..kat sana nanti ada signboard.

Untuk ke Macau, ada 2 feri untuk dipilih iaitu CotaiJet & TurboJet.
Time pegi, kitorg pilih TurboJet sebab tu adalah next feri yang akan berlepas.
Kitorg tak kisah naik feri memana, asal cepat sampai je.
Yang mana sampai dulu, yang tu la kitorg rembat.

Untuk naik feri ni, bukan senang2 bleh masuk terjah je.
1st, tengok jadual pada signboard sbb nak tau yang mana satu next feri yang akan ke Macau.
Pas dah kenalpasti, gi la ke kaunter feri yang anda dah pilih tu untuk beli tiket.
Contoh tiket TurboJet kami adalah mcm ni :)

Disebabkan Macau ni bukan senegara dengan Hong Kong, maka still kene lalu proses imigresen isi borang apa segala bagai.
Semasa menunggu, sila jumpa staf feri yang jaga bahagian pintu nak berlepas naik feri untuk dapatkan nombor seat deh?

Perjalanan ke Macau adalah dalam sejam gitu.
Feri ni bertingket-tingket so kene alert nombor seat anda.
Dont worry, feri nye sangat la selesa.
Pas dah sampai Macau, tunggu org berpusu-pusu keluar dulu sbb nak snap gambar. Kui3x..

Sesampainya di terminal Macau & pas lalu imigresen, kami tros jalan kaki ke Fisherman's Wharf.
Dalam 5 minit je jalan kaki (clue, kuar je dari bangunan terminal, belok kiri).
Walaupun dekat, disebabkan beg digalas gile berat, maka siksa juga la nak menapak. Huhu..
Tapi dgr citer, cab xmo amik sbb dkt sgt. Wallahua'lam..

Tempat ni sgt cantik untuk bergambar.
Dan, FREE!!!

Dah ke?
Sabar2..ada lagi. Hehehe. Dah abis filter dah tuuu..

Ok, dah btol2 abis.
Setel bergambar, kami patah balik ke terminal feri Macau.
Kat sana, kami cari bas The Venetian untuk pergi check-in.
Bus ni free je.

 Snap gambar Encik Suami setelkan bilik :)
 Bismillahirrahmanirrahim...

Tadaa!!!
Sangat2 berpuas hati.


Gambar toilet nak? Kui3x..
Disebalik pintu(gambar nombor 2) tu kalo nak berhajat besar..wawawawa..

Ok setel citer pasal hotel.
Kitorg rehat, solat, mkn megi + minum milo then kuar semula pegi the City of Dreams.
Untuk kesana, bleh keluar ikut pintu The Venetian ni je.
Takyah nak tahan teksi or bas sbb bleh jalan kaki saja tau.
Nak short cut, kene lalu kat tempat judi :p
 **Ini hanya lakonan. Tak letak duit pon. Pas snap gambar je dah kene sound ngan guard. Patutnya mmg tak bleh bwk masuk kamera langsung dalam ni. Semua kamera kene masuk dalam bag.
 
 So kene curik2 je amik gambar. Klik butang kamera dr dalam bag. Hahaha..

Seblom ke City of Dreams, kitorg singgah shopping kat Hard Rock Hotel sbb ia seblah2 je dgn City of Dream. Connection dlm same building.

Ni saya bila dah keluar dari pintu The Venetian.
Nampak tak Hard Rock Hotel & City of Dreams tu seblah2?

Di Hard Rock ni saya berjaya merembat 1 tshirt sama sebijik macam kat bwh ni.
My 4th Hard Rock shirt!
Encik Suami pon shopping gak kemeja Hard Rock sketol.

Pas kuar daripada Hard Rock bersama hasil tangkapan masing2, kitorg redah je ke City of Dreams ikut signboard.
Ada pe kat sana?
Haa..kitorg nak tengok pertunjukan naga yang sgt best dikata org.

Otw ke sana, kitorg jumpa pertunjukan ikan duyung seksi. 
Muahaha..gambar gegar ckit sbb duyung asek gerak2.
Free je pon.

Alamatnya : The Bubble on Level 1, The Shops at The Boulevard, City of Dreams.
Nak tau dah sampai ke tak dekat dragon show, senang je.
Korang akan perasan ada patung naga disitu dan sgt ramai org nak bergambar dengan patung naga tu.
Ok, saya pon nak :)

Untuk tengok show ni, ada timing nye bila start and bile last tayangan.
So, kene double check jadual dulu kat website sini : http://www.cityofdreamsmacau.com/entertainment/dragon-treasures
Seblom masuk, beli tiket kat kaunter dulu ye.. Haa, gitu.

Gile best show nye walaupun sekejap.
Sila tengok jika anda ke sana!

Setel.. Menapak pulang ke The Venetian.
Saya dah kebulur lapar sbb pagi hanya mcm croissont, tgh ari mkn megi dan minum milo.
Seblom datang Macau mmg dah dapat info dalam The Venetian ada food court. 
Dan, yang bestnye kat dlm tu ada 1 Indian Halal food!
Harus la order nasi kan..hihi. Beriani 1!
Oh ya..food court nya kat 2nd Floor.
 **Suasana dlm food court.
 **Ini lah kedai yang dicari-cari!

Malas nak berasak-asak dlm food court, kami tapau mkn kat bilik.

Next, bersiap cepat-cepat sebab nak pergi Senado Square.
Nak jimat masa, kitorg amik cab dari hotel.

Sampai sana, ujan renyai2. Huhu.. So x dpt nak snap gambar sgt.
Lari kejap2 je utk snap gambar tgh ujan (LOL!).

Egg tart dan Macau cam sinonim gitu.
Selalu baca blog org, kalo g Senado Square je akan makan egg tart.
Oleh, itu..jangan ketinggalan untuk join. Weehuu!!!

Meh ke Grand Lisboa plak kite.
Mende alah tu adalah hotel sbenanye. Atau lebih tepat, hotel tempat org lepak berjudi ala2 The Venetian jugak cuma ia tak sebesar The Venetian la.
Gamble je jalan kaki dari Senado Square. Keh3x..

Cantik la gak deko dalam hotel ni.
Meh tempek gambar ckit..

Agak2 tenaga pon dah layu, kitorg tercari-cari la shuttle bas Grand Lisboa sebab The Venetian ada free shuttle.
Pas tanya2, shuttle bus ada tapi kene men judi dulu then baru dpt token/tiket something like that la..
What???
Timekasih je la.
Solution nye, kitorg amik cab ke terminal feri then dari situ amik The Venetian punye shuttle.
Ahaha..cut cost!

K la, itu saja kali ni.
Tinggal nak post pasal last entry je lagi :)
Tata!

5 comments:

  1. Salam sis, boleh recommend mana2 kedai makan yg sis pernah pegi tak? & portuguese egg tart tu sis beli katmana eh? Thanks in advance!

    ReplyDelete
  2. Salam.. kedai makan kat Macau ek. Saya penah beli makanan kat dalam The Venetian food court je. Kat dlm tu ada kedai makan India Halal. Selain tu, kitorg makan makanan dlm tin bawak dari Malaysia je. Hehe.. Portugese edd tart plak kitorg beli kat salah satu kedai time jalan2 Senado Square.. X capture plak nama kedai tu ape :)

    ReplyDelete
  3. Salam sis,
    Nak tanye apa requirement immigration kat Macao dari Hong Kong kalau kita pergi for day trip?

    ReplyDelete
  4. Hi... portugese egg tart ni kt senado square je ke hala?? Kat tempat lain ada yg halal x?? Tq

    ReplyDelete
  5. norahsikin saraj mohamad :
    proses sama macam kita masuk ke negara luar..isi borang dan kene ada passport :)

    Nurul Hidayah :
    tempat lain tak pasti pulak. selalu dengar kat senado square banyak org g beli tart tu :)

    ReplyDelete