Tarikh Kejadian : 11/09/2013
Assalamualaikum & Selamat malam :)
Tengah bergolek2 atas katil sambil tgk konsert AF & ngap2 anggur itam, cam rajin plak nak tarik laptop update citer pasal latest punye jalan2.
Mari bermula!
2 minggu lepas, ari Rabu, kami berangkat ke Filipina.
Kapalterbang yang kami naik adalah Zest Air.
Nawaitu utama adalah nak ke Boracay Island.
Tapi tak ada direct flight dari sini untuk ke sana, maka kite men transit2 deh.
Kami berlepas dari LCCT jam 11:20AM dan sampai ke airport Manila pada jam 3:40PM.
Turun je flight, dah ada bas tunggu untuk bawa ke terminal.
Ingatkan jauh, rupenye dekat je. Jalan kaki pon boleh.
Maybe sebab time tu ujan rintik2 so mereka provide bas.
Masa turun tangga flight nak ke bas pon orang payungkan (feeling2 VIP kejap.hehehe).
Oh ya, Zest Air turunkan kami kat Manila Domestic Airport.
Untuk ke Boracay, kene amik flight ke Kalibo plak.
Tapi disebabkan takmo terlalu penat badan dan perut, maka Encik Suami awal2 lagi dah arrange flight ke Kalibo esok hari.
Dgn itu, diisytiharkan kami tdo 1 malam di Manila.
Dgn itu, diisytiharkan kami tdo 1 malam di Manila.
Sgt senang sebab depan airport ada byk hotel bajet.
Kuar je airport, lintas jalan dan pilih nak hotel mana satu. Easy!
Nama kawasan tu Salem Complex.
Harga the cheapest setakat kitorg survey adalah 1300Peso dan toilet bukan dlm bilik, kene share dgn org luar :p.
Accomodation kat Manila kitorg main walk-in je, x booked awal2.
Tak kisah sgt sbb 1 malam je dan tak plan nak berjalan di Manila. Just pk transit kejap utk rehat dan tdo. Thats it!
Oh, 1 petua.
Akan ada org kat airport tawar diri nak tolong bawak cari hotel, jangan terima sebab pertolongan tu bermakna anda kene bagi tips(duit) pas dier dah tolong.
Pegi sendiri je, lintas jalan. Sangat senang dan dekat.
Disebabkan hari masih muda, awek cun yang jaga hotel suggest soh pegi SM Mall.
Katanya "The biggest mall in Asia".
Oleh itu, besiap2 la nak kuar.
Time masuk toilet, bala datang.
Pintu rosak pas i dah masuk so tak boleh nak kuar. Huarghhh..
Dah le toilet ngan bilik jauh. Tatau nak jerit ke camana.
So apa yang saya buat sbb dah panik adalah keep on pulas2 tombol dan ketuk2 pintu toilet.
Nasibbb baik, orang bilik depan toilet perasan so dier tanya kenapa.
I cakap i stuck dalam toilet.
Then dier turun inform orang hotel.
Diorg bukak pakai kunci pon x jalan.
Last2 diorg soh saya ke tepi supaya jauh dari pintu sebab diorg nak rempuh pintu tu.
Pas pintu terbukak, diorg mintak maaf dan bitau akan panggil org maintenance untuk repair.
Haihh!
Dalam kol 5.30PM, kitorg mula kuar cari cab nak ke SM Mall yang konon terbesar di Asia itu. Hihi..
Masa ni, langit dah muka gelap macam nk dkt kol 7mlm dah.
Harga cab dari Salem Complex ke SM Mall adalah 100Peso.
Aktiviti kat sana adalah cari makan(kene jadi vegetarian jap) dan jalan2 saja.
Besar la jugak SM Mall tu tp nak kata paling besar, rasanya ada mall lain kat Asia lagi besar kot :p
Oh ya, leceh ok nak masuk.
Setiap org kene di spot check dan beg kene selongkar oleh guard disana.
Tatau mmg rutin kat sana mcm tu or sebab baru pas ada kes pa pe.
Dalam kol 8PM, kitorg dah chow balik hotel dan blom kol 10PM dah tdo sebab bosan xde tv.
Hahaha..
Sorry la, lupe apa nama hotel tu sebab signboard nye penuh dgn iklan agensi2 je. Lalala..
Again sorry sebab xde gambar kat Manila untuk di share. Matlamat kami bukan di Manila :)
**************************END OF DAY 1***************************
Tarikh Kejadian : 12/09/2013
Hari kedua, seawal jam 7AM kami dah check-out.
Disebabkan Domestic airport hanya lintas jalan dari Salem Complex so xyah susah payah nak amik cab segala.
**cuma nak lintas jalan kat sana agak mencabar. Watch out! hahaha..
Kami jalani proses check-in mcm biasa cuma time scan bag, Encik Suami punye bag kene tahan sebab bawak makanan dalam tin.
Pas di explain bahawa kami muslim dan perlu halal food, so semua makanan tu diorg kasi lepas je sbb x byk pon bawak.
Kami diterbangkan dari Manila ke Kalibo oleh Zest Air pada jam 9:40AM.
Dalam sejam je dah sampai.
Kecik comel je airport nye.
Time landing saya agak excited sebab airport Kalibo btol2 seblah sawah padi.
1st time kot saye jumpe airport yang kiri kanan nye sawah padi menghijau. Soo klasik dan damai :)
Kat airport, dah ada staf Island Star Express bawak signboard nama Encik Suami.
Kami dibawa ke bas cam kat bawah.
Tempek ckit gambar backpackers tegar berlatarbelakang kan tricycle.
Island Star Express ni sgt recommended dari segi masa dan service bagus.
Encik Suami amik servis mereka untuk hotel/penginapan + transport dari airport Kalibo ke jeti Caticlan (pergi balik) + transport dari jetty di Boracay ke hotel (pergi balik) + flight dari Manila ke Kalibo (pergi balik).
Sekali ngan beberapa voucher yang bleh diguna kat Boracay (banana split, pizza, massage, etc..).
Harga untuk semua yang mention kat atas adalah 10,000Peso sorang.
Percutian kali ni cuci kaki je, semua ditaja Encik Suami. Muahaha..
Adiah katanya :)
Untuk reference korang incase berminat:
Untuk reference korang incase berminat:
Perjalanan ke jetty Caticlan lebih kurang 1 jam 30 minit.
Dalam perjalanan kat sana, kami yang keje tenaga ni agak terpegun tengok kabel2 letrik.
Berserabut.
Nak tengok?
Jam 12:30PM, kami sampai ke Caticlan jetty.
Seblom naik bot, kene bayar jetty fees 175peso ok?
**Menunggu bot sambil tulis catatan perjalanan(poyo je) dan menguap. hahaha..
Then..bot dah sampai!
Panorama time kat atas bot.
**bot pakai stail manual je :p
Kejap je naik bot ni, dalam 10 minit, dahhh sampai Boracay Island.
Hoorayy!!!
Dari sini, kami dibawa oleh staf Island Star Express ke The Red Coconut hotel!
Check-in jam 2PM.
Sangat best sebab hotel ni betol2 depan pantai di Station 2 (Boracay terbahagi kepada Station 1, Station 2 & Station 3).
Encik Suami mmg request nak bilik ngadap swimming pool.
Skali mmg dpt btol2 dpn swimming pool.
Bawah beranda bilik kitorg je dah air swimming pool tu..Hambek ko! Hahahaha..
Aktiviti adalah rehat jap, solat, then kuar jalan-jalan tepi pantai yang super marvelous!
Bila perut lapar, kami jalan-jalan ke D'Mall beli sandwich tuna dan Encik Suami beli simkad Globe.
Harga simkad 40peso. Then topup- another 200peso untuk dapatkan 5 hari unlimited internet.
Hotel ni sgt best selain btol2 depan pantai adalah sebab ia kat station 2. So, tengah2. Senang nak gerak pegi jalan2 ke station 1 dan station 3.
Lagi pulak, hotel ni sangat dekat dengan D'Mall.
Agak2 dah penat berjalan, kami balik rehat hotel.
Dalam kol 7PM, kami kuar lagi berjalan ke D'Talipapa untuk dinner.
Gambar sekitar on the way ke D'Talipapa :)
Konsep makan kat D'Talipapa ni, korang kene beli bahan mentah kat pasar sini.
Sekitar pasar ni ada kedai2 makan yang akan masakkan lauk yang korang beli.
Kat pasar ni kami beli udang harimau stengah kilo harga 200peso dan sotong stengah kilo harga 150peso.
Bila kat kedai makan, kami mintak diorg masakkan sparuh je daripada udang dan sotong tu. Banyak2 kang takut x abis.
Balance kami bawak balik simpan kat fridge hotel, esok-luse bleh guna dan tak payah bli lain.
Kitorg order udang cili dan sotong celup tepung.
Nak order sayur, skali dier cakap sayur pon kene gi beli kat pasar dulu.
Malas dah nak turun gi pasar maka makan xde sayur (sorry baby..huhu).
Upah kedai tu masakkan 2 lauk ni + 2 nasi putih + air sprite Encik Suami + Iced lemon tea saya yang manis gile2 maka terpaksa order air mineral juga = 210peso.
Setel makan, kami dah malas nak menapak balik hotel so kami amik tricycle yang banyak berkeliaran di luar D'Talipapa.
Kami soh anta kat D'Mall.
Harga 60peso.
Ni lah rupe D'Mall waktu malam.
Ia bukan lah sebuah shopping complex.
Tapi best chill dan jalan2 kat sini.
Ada banyak kedai makan, kedai sourvenir, pakaian, dll..
Ingat nak balik hotel dah.
Skali tak jadi, sambung jalan2 sekitar pantai.
Best station 2 ni sebab happening.
Oh ya..kat tepi pantai memalam ada bebudak tempatan bina istana pasir cantik2.
Kitorg nampak ada tourist cam kami dok snap gambar kat situ dan budak tempatan tu siap tolong snap kan gambar tourist tu gak.
Nampak cam comel je istana pasir tu, so kami snap la dari jauh.
Skali bebudak tu kejar mintak tips gak. Pffttt!
Berhati-hati lah..
Dah agak2 energy makin kurang, kami balik hotel.
Blom tdo lagi..saje lepak2 tengok hasil gambar harini kat beranda depan pool. Lalala..
Lagipun depan swimming pool tu bleh sesambil layan lagu yang berkumandang dari club hotel ni :p
K lah, tu je cerita hari kedua.
Tata!!!