Tuesday, September 10, 2013

Day 6 - The Venetian lagi & Hong Kong Dim Sum Sedap & Ladies Market

Tarikh Kejadian : 10/04/2013


Holla!
Kite bertemu lagi.
Harini hari last kami di Macau.
Tadek nak jalan kemana-mana dah selain beli fridge magnet(tu pun sambar ckit2 je yg mana sempat jumpa).

Dengan itu, saya nak amik kesempatan tempek gambar sekitar The Venetian banyak2. 
Bleh la ek..
Sila tengok gambar sampai muntah. Nanti2 ada rezeki, dtg jalan2 sini k. Jgn berjudi pulak :)

Ini tempat tunggu lif nak naik bilik. Hahaha, tu pon nak letak.

Ni sekitar lobi dan pintu masuk.

Kawasan dalaman.
Memang ada shopping mall, foodcourt, sungai, bangunan2.
Langit cam real je kan? Padahal sebenarnya bumbung yang dicat.

Oh ya..kat dlm The Venetian ni bleh naik mende ni- Gondola Ride.
Kite akan dibawa pusing2 sungai dlm bangunan ni sambil tukang dayung nyanyi2. Macam ala-ala kat venice gitu..
Tapi kitorg tak naik pon :p
Harga..sila convert sendiri. Hehehe..
MOP118(PER RIDE)
FOR ADULTS

MOP88(PER RIDE)
FOR KIDS

MOP472(PER RIDE)
PRIVATE GONDOLA
 
Kat taman dan tempat men golf which is dlm bangunan itu juga.

**Encik Suami paksa upload gak yg ni ..LOL!
Swimming pool juga sgt nice tp x sesuai untuk tontotan ramai kot sbb ramai yg seksi-meksi.

Pas dah check-out, kami amik shuttle ke terminal feri.
Kali ni kami amik feri CotaiJet plak untuk balik ke Hong Kong.

Sesampai di Hong Kong, kami menapak dari terminal ke stesen MTR.
Sebab?
Nak gi terjah makan dim sum halal lagi tersohor kat Causeway Bay.

Caranya:
“Naik MRT dan berhenti di station Causeway Bay. Keluar Exit Time Square. Sebaik keluar dari escalator terus belok ke kanan (exit entrance Time Square) dan terus menghala ke kiri. Jalan terus sehingga jumpa flyover cum jambatan kecik. Sebelum jumpa flyover kecil ni kena lalu shoplot. Seberang ikut bawah flyover dan jumpa pasar jual seafood. Redah pasar ni jalan terus lagi lebih kurang 200 - 300 meter sampai nampak traffic light (kat sini boleh tengok banyak bas 2 tingkat lalu). Kat traffic light seberang jalan dan menghala terus. Jalan ni bercerun. Jalan terus sikit sebelah kiri boleh nampak hotel Charterhouse kat seberang jalan. Pergi kat Charterhouse hotel tu dan boleh nampak tempat parking dia kat sebelah. Masuk ke dalam kawasan parking dan tembus ke belakang hotel. Masjid ammar & osman ramju sadick islamic centreni betul-betul belakang hotel sebelah kanan. Amik lif ke tingkat 5 untuk pegi kantin”.

Dapat?

Tapi sebab dah tak larat galas beg yang makin berat cam nak nanges(maklumlah dah hari last), so kitorg decide takmo jalan.
Amik cab je tros pas dah sampai Times Square.
Dah le perut lapa, lagii la kurang tenaga.

Saya x suke driver cab that time.
Tak friendly dan cam garang2.
Pffttt!!!

Tempat jual dim sum ni adalah kat dlm Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre.
Rupe parasnye cenggini.
Amik lif, pegi tingkat 5.
Dimaklumkan bahawa, dim sum hanya di server pada jam 12PM hingga 3PM saja.
Start kol 5PM sampai 9PM diorg serve makanan ala carte plak.
So, sila plan masa anda.

Sumpah sedap dim sum sini.
Sedap! Sedap! Sedap!
Sambal cicah dier yg plg terngiang2.
Walaupun pedas tapi superb!
Next time kalo ada rezeki datang Hong Kong, saya pasti akan pegi makan dim sum kat sana lagi.

Next, kitorg nak amik teksi lagi skali untuk ke Mongkok.
Punye la payah nak dapat cab.
Rata-rata cab takmo amik sbb dah menjelang petang, diorg cakap jem nak ke Mongkok.
Bila cakap at least tolong anta ke MTR terdekat je, tamo amik gak dengan alasan bleh jalan kaki sendiri.
Pffttt lagi!

Terpaksa la tabahkan hati dan tenaga menapak slow2 ke MTR ikut laluan yang saya citer kat atas.
Nasib baik dah lepas makan sedap.

Sampai di Mongkok, ujan renyai2.
Sambung menapak ke Ladies Market.
Kitorg shopping ckit je..Tshirt 'I Love Hong Kong' & fridge magnet.
Ada 3 sebab:
1-Ladies Market ni cam tak ubah kite punye Petaling Street dari segi environment dan barang2.
2-Tak ada la murah sgt pon.
3-Space bag dah tak berapa ada nk sumbat brg2 belian dan xsanggup dah nak carry bag yang lagi berat banyak berbanding yang tengah carry time tu. Huhuhu..
(xde gambar sbb cam copy paste Petaling Street je..lalala).

Abis beli brg ckit2, kami kembali ke MTR.
Kali ni dah nak balik ke airport.
Takmo berpindah randah tukar transport lagi maka kami decide untuk amik Airport Express.
Kalo kat tempat kite, ia adalah KLIA Express.
Harga, around 100HKD sebab kitorg naik cari Central Station.
Cepat dan tak penat, dlm stengah jam je sampai airport.

Aktiviti pertama pas sampai airport adalah pegi Airport Express Customer Service untuk pulangkan Octopus card dan dapatkan deposit beserta baki. Muahaha..
Pastu baru pegi check-in dan dinner di Popeye.

K la, sampai situ saja citer jalan-jalan saya kali ni.
Esok pagi nak fly lagi. Bye2 :D

No comments:

Post a Comment