Friday, February 27, 2015

Bali Trip 2014 - Part 1



Tarikh Kejadian: 7 November 2014


jeng..jeng..jeng..
akhirnya berjaya update cerita jalan-jalan lagi.
lama dah tak share cerita ushar negara orang kan?

cam biasa, kami penunggu tegar Air Asia promo so sempat la grab Bali punye trip.
credit to encik husband actually.

pemergian kami dihantar oleh bapa mertua ke ERL Putrajaya then amik tren ke KLIA 2.
senang.

sebenarnya agak nervous.
Mika dah 7 bulan lebih, dah makin banyak akal.
flight ke Bali plak around 3 hours. takut dia kebosanan. sob3x.
slalu stakat 1 jam balik KB, kitorg survive lagi la.

luckily, husband beli flight malam.
usually jam 8 lebih Mika dah start nak tidur. so sebelum masuk perut kapalterbang, kami memang cuba tahan Mika daripada tidur. ada la stakat bunyi "okk ekk okk ekk" ckit hint nak tidur.
manageable lagi la.
oh..sila tukar pampers siap2 seblom naik flight supaya tak kacau anak nak tidur nanti.

masuk je flight, terus bagi susu then zzzz dier tidur sampai ke sudah.
dah sampai Bali, setelkan imigresen pon dier maintain tidur lagi.
fiuhhh..
dier hanya start jaga bila Pak Supir datang jemput. ye la, bising gamaknya dengar mummy daddy dok pot pet pot pet dengan pak supir.

sebab sampai pon dah lewat malam, kami check-in Tune Hotel,Kuta saje la malam tu.
takde aktiviti apa pon malam tu melainkan tidur. Mika pon sambung tidur.

aktiviti kami kat Bali bermula pada hari ke-2****************
bangun pagi, pak supir dah tunggu.
kami check-out hotel.

1st aktiviti kami pagi tu adalah tengok Barong Dance.
awal-awal, Mika tengok la jugak performance.. tak berapa lama pastu dier dah bosan sampai last2 tetengah bising orang berlakon kat depan tu, si Mika dah terlentok tidur kat atas Mummy. hihi..
**lepas je amik gambar kat atas ni kan, Mika secara sengaja nye gi tarik rambut penari ni. geram gamaknya. abis semua orang menjerit. tak pepasal Mummy glamour. hakhakhak
 
Dah abis tengok orang dancing2, kitorg pegi mengkopi-kopi pulak.
Here you go..Kopi Luwak di Ubud!
Kat sini husband kite bli sebalang kopi luwak 😛
Kite pon beli jugak tau tapi kite beli teh je..teh manggis.
Haa tengok kat atas tu,sampai 14 jenis teh di hidang for free.
Minum lah sampai kembong.
Sedap-sedap pulak tu. Sampai konpius nak sambar teh mana 1 bawak balik Malaysia.
Tu yang last-last cekup teh manggis (dan hampir2 nak cekup teh safron namun gagal)

Next, patut ke Tegallalang (rice terrace) tapi mika tdo. So tengok dari dlm keter je
Best betul pakai supir ni.
Men request je nak gi memana, tak payah nak study jalan bagai dah.
Agak2 tak boleh commit, kite skip saja certain aktiviti. Muahaha..

Perot dah keroncong..lunch ke tempat sejuk ala-ala Cameron Highland pulak kite..
Kintamani namanya.

last sekali,kami ke Temple yang ada air suci. 
Tirtha empul tample

Abis dah sesi lawat-melawat untuk hari ni.. Sambung esok-esok pulak.

then pak supir hantar kami check-in di Hard Rock Hotel, Kuta.
mungkin rezeki baby, bilik kami di upgrade ke premium deluxe. 
Oh yeah,dpt coffee machine kat dalam bilik (boleh minum kopi sampai pengsan) & access ke private chill-out pool. Alhamdulillah..


masuk bilik, lepak2 dan uruskan Mika kejap sebab dier berak time tengah check-in. Tu yang muke dia ala-ala tak rela bergambar..Kui3x..

pastu kuar balik, jalan ckit sekitar Hard Rock Hotel dan tapau makan.
Sampai ke Beachwalk jugak la kami jalan.

Sudah tu..
tak boleh lama-lama, kang kesian tuan puteri kecik nak tidur. hehe..
Tu je lah untuk entry kali ni.
Nanti sambung babak seterusnya plak ehh..
Kbai!

No comments:

Post a Comment