Friday, May 1, 2015

Bali Trip 2014 - Part 5

Tarikh Kejadian : 14 November 2014


Hai.. jumpe lagi.. kui3x..
Belanja pemandangan pagi dari serambi bilik..
Dah macam ngadap gaung hutan dah. Kalo ada hati nak bunuh diri, bleh tros terjun dari serambi bilik ye..
Hotel ni banyak patung. Kat serambi ni pon ada seketul, nampak tu ha?
Dalam bilik kat dinding ngadap katil kami tidur pon ada patung bertaring.
Gambar takdok plak. Nasib tak nightmare malam tu. hihi..

Sebab petang smalam nye dah gelap, so arini sambung bersiar sekitar hotel.

Boleh nampak sungai kat bawah hotel ni. Pencinta alam mesti suke nih.

Then gi breakfast la pulok. Lapar dan hauss lepas dah penat naik turun tangga dengan secupak peluh keluar.
Ni gambar sekitar cafe.

Agak2 dah dapat energy balik, sambung jalan2 sekitar hotel lagi.

Ni spa, boleh massage ngadap hutan n sungai. So kurang ckit la malu sebab takde orang lalu-lalang sangat.
Setakat malu kat pokok dan ikan berenang-renang je lah.

Sebelah spa ada 3rd swimming pool. 
Hah, swimming pool ni unik sikit sebab ada patung2 n tengkorak.
Konon nya siap ada tengkorak betul diorg campak dalam tu. Wallahua'lam..
Memang hotel ni femes sebab swimming pool tengkorak ni.
Memang ada yang mandi, tapi xde gamaknye aku nak join. Mau nye kene histeria balik Malaysia nanti. Hoho..


Ok dah penat semula.
Balik bilik kemas2 untuk check-out.

Oh, ada rupenye gambar patung dalam bilik.
Amik la tatap..ni lah setan gondol yg dok perati kami tido sepanjang malam. Hak3x..

Cam biasa lah, Mummy nye lenggang kangkong dengan anak & Daddy uruskan check-out sorang2. Hihi..

Ok..pas check-out, Pak Supir datang amik gi sambung jejalan.
1st destination. GWK- Garuda Wishnu Kencana
Sini ada banyak patung-patung.
Ada jugak persembahan Barong Dance kat sini. Tapi sebab kami dah penah tengok so, by pass je la part tuh.

Ni la garuda yg kita kena lawan bila datang ke Bali.
Takot tak? Takot tak?



Yang tu namanye Pak Joko.. blasah la, sbenanye taktau ape nama patong tu.



Sampai pulak kedestinasi seterusnya, Pendawa beach. 
Katanye pantai baru jelajah. Sebelum ni takleh akses until diorang buat jalan tembus bukit kat situ.
Jangan ingat bleh masuk macam tu saja.. pantai sini nak masuk pon kene bayar u know.. 
Sila sediakan 10k rupiah.
Pantai cantik baq hang..



Semua payong Airasia. 

Pastu sambung jalan ke Padang-padang beach.
Lawa.. pantai between two cliff.
Tapi tak turun sebab mika tdo, tengok dari atas je.. so tatau kene bayar ke tak kalau turun bawah.


Next, sampai plak kami ke Uluwatu Temple.
Asalnya nak kenalkan Mika dengan monyet2 yang bekeliaran kat sini.
Tapi mana ntah pegi nyorok semua makhluk tu. Selalu nye orang kata ada banyak. Siap soh simpan spek mata sebab takut kene rembat ngan monyet.

Kat sini, plan kitorang adalah untuk tengok Kecak Dance.
Sementara tu, tunggu sunset jugak.
Datang awal ckit, pilih port cun-cun untuk standby tunggu sunset dan menyusu Mika.. muahaha..

Ooo..Mika merenung ni rupenye...
Sunset...

Tarian kecak nak start dah..


Since kat Malaysia, memang saya nervous nak bawak Mika gi Kecak Dance ni.
Dah le mende tu timing tak cantik sangat, waktu Maghrib.
Kot la mengamok ke, kene sampok ke kan..
Tapi Alhamdulillah, sepanjang upacara tu Mika ok sangat dan dier tengok tarian tu sampai abis.. Tak tidur pon.

Next, balik ke Kuta & check-in hotel Ida-Hotel.
Hotel ni betul2 dekat town Kuta, seblah Hotel Tune je. 
Walking distance to Hard Rock Hotel, Kuta square, Kuta beach.. nice!



Hari ke 8****************

Tempek ckit gambar sekitar Ida hotel. 
Not bad sebab dapat harga sgt murah.

Ni bilik kitorang, bebetul depan swimming pool, tegedik2 la si Mika nak main air.

Sepanjang dua hari terakhir ni, aktiviti kami hanya pusing2 Kuta town and Kuta beach je. 
Dan, time ni la baru sebok nak shopping ckit2 sebab dah tak perlu angkut transit hotel lain lagi.
So, enjoy the photo.

Beachwalk Shopping Mall, Kuta Bali

 Discovery Shopping Mall, Kuta Bali

Kuta Square

Sepanjang the last 2 days tu, kitorang sewa motor untuk jalan-jalan.
Pusing merata sampai ke Seminyak jugak la eceli.. hoho..
Time nak pulangkan motor dan nak balik airport, kitorg amik service penghantaran kat kedai motor tu jugak.
Tapi takde la brader tu hantar kitorg ke airport naik motor. Ngeh3x.. 
Stendet lah kat sana, di hantar naik MPV. Almaklumla, barang banyak, dengan barang shopping lagi.. Duduk 10 hari kat Bali la katekan.. Over kan? Hahaha..

Ok lah, finally abis jugak cerita Bali.
Pasni bleh sambung citer lain pulak :)

**Jangan perabis duit tau, asingkan siap2 duit untuk bayar airport tax 200k rupiah..

No comments:

Post a Comment