Monday, October 26, 2015

Mika Turns 1!

Tarikh Kejadian : 20 Mac 2015

 
Post ni ditujukan khas untuk baby manje saya. Harap dah besar2 nanti dier baca.. hehehe..
 
Dear Mika Sayang Manje Magnet Melekat Mummy Daddy,
Pejam celik, pejam celik.. dah setahun Mika membesar dengan Mummy Daddy.
Dah makin banyak akal, banyak bebel, banyak kelakar, banyak ajuk orang, banyak tak duduk diam, etc..
Setiap hari terhibur dengan gelagat Mika.
Dan setiap hari jugak excited tengok perkara baru yang Mika mampu buat.
Alhamdulillah, masih diberi peluang tengok Mika membesar depan mata setiap hari.
Sayang Mika banyak2 puluh ribu juta kali..
 
20 Mac 2015 aritu, genap la umur Mika 1 tahun.
Tapi that day hari Jumaat, Mummy Daddy keje.
Ayah Ngah & Mak Ngah Mika ada singgah bagi hadiah. Tq2..

Kitorg pon takde plan nak buat birthday party besar-besar kat Mika.
Mika kecik sangat lagi, nak potong kek pon tak boleh..
Tunggu dah besar ckit kita buat makan-makan panggil orang datang ye..
Dengan itu, kami makan-makan sesama family je la.

21 Mac 2015, makan-makan dengan family Serdang.
Tapi, Mika demam pulak hari tu. Muntah2 3-4 kali sepanjang siang hari dan asek tidur je penat.
Kesian dia..
Malam ckit baru ceria balik. Maybe sebab semua kuman-kuman dah keluar dari muntah.
So, malam tu kami makan2 birthday Mika kat umah Wan & Atuk (nenek & datuk Mika kat Serdang).
Mummy Daddy order nutella pie dengan EncikRabunJauh (sedap!), Daddy beli sate ckit, dan Wan Mika masak soto.
Mika potong pie je then orang lain makan2, Mika tengok saja.. ngeh3x..
Terima kasih Wan, Atuk, Auntie Syina, Uncle Faez, Kak Ayra sebab bagi hadiah kat Mika.
 
A week after(malam 27 Mac), Mika dan Mummy Daddy balik KB.
28 Mac (Sabtu), we olls kat sana celebrate birthday Mika lagi skali.
Kali ni combine skali dengan birthday Kak Hayfa, sepupu Mika.
Mummy order pavlova & creme brulee dari SugarySofeaNadine (sedap!) & family Kak Hayfa beli kek aiskrim Baskin Robbin (nyumm!).
Again, kami makan2 dan Mika tengok saja. Oh, Mika makan aiskrim je sikit pastu dier banyak main je. Hahaha..
Terima kasih Ateh, Ayah Pi, Kak Hayfa sebab bagi Mika hadiah..
**ada gambar makanan je sempat snap pakai phone Mummy. Sob3x**
 
Perkembangan Mika lepas dah masuk setahun:
-Belum boleh bejalan, tapi dah laju meniti2 dan super terror memanjat.
-Gigi 6 batang.
-Sebelum ni makan ok tapi dah masuk setahun jadi picky eater kadang2.
-Masih suke bubur di blend. Bagi makanan kasar2, dier reject kecuali fries.
-Sangat suke vitagen & yogurt especially perisa mangga.
-Sangat banyak membebel. Mummy happy layan anak Mummy pot pet pot pet :)
-Alhamdulillah eczema Mika tak seteruk macam masa Baby dulu. Cuma Mika still tak boleh tolerate dengan ayam (tunggu besar ckit cuba bagi lagi). Telur pon tak boleh, pernah try bagi ckit dier suke tapi pastu terus muntah..huhu.. Seafood dan daging tak try lagi, tunggu 2 tahun kot. Slamat ckit.
 
Dan yang paling penting, Mummy masih breastfeed Mika dan masih aktif mengepam kat opis. Yeayyy for that!
Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk Mika walaupun tak semeriah dulu.
Memang kene usahakan untuk Mummy ada susu since Mika dah reject berjenis-jenis susu formula.
Kadang-kadang memang pening kepala tapi bila fikirkan balik, rasa beruntung pun ada sebab masih mampu provide susu sendiri untuk anak.
Tang scary bila fikirkan susu Mummy akan habis then Mika still reject susu formula, then Mika stop terus dari pengambilan susu. Huhuhu..
Harapnye anak Mummy cukup bijak untuk terima susu formula & botol bila nak masuk 2 tahun nanti. Aminnn..
Mika saje je nak kasi chance Mummy susukan Mika sampai 2 tahun pastu baru Mika nak susu formula kan? kan?
 
Mika, doa Mummy Daddy sentiasa untuk Mika tau.
Sayangggggg sangat kat Mika. Muuuaaahh!!!
 
K la, entry kali ni macam a bit boring kot untuk korang.
Tapi still jugak nak post untuk dibaca oleh anakanda di kemudian hari. Hehehe..

Note: update ckit on 26 October 2015.
-Mika dah 1 tahun 7 bulan (lamer nau Mummy peram untuk publish entry nih.
-Mula berjalan time umur 1 tahun 4 bulan.
-Suke menyanyi, suke menari. Kalau pasang radio, kadang2 a few words dier akan menyampuk nyanyi sama timing dengan penyanyi sebut (this one Mummy sangat amazed dan rasa part ni Mika betul2 menurun Mummy dier).
-Dah banyak jugak words dier pandai sebut so tak susah sangat dah nak komunikasi dan pahamkan apa yang dier nak.
-Gigi dah masuk 10 batang.
-Makanan utama masih bubur ikan tapi Mika dah slowly terima nasi sikit2.
-Dah tanak orang suap makan, nak suap sendiri. So, pepaham je la :p
-Kuat merajuk sambil cakap "nanak..uhh!"
-Masih tanak botol susu kat rumah. Jenuh asek bancuh dan buang je susu :(
-Masih tak suke makan biskut dan roti.
-August lepas kami buat blood test untuk check allergic eczema Mika. Frust sebab darah ambik sampai 8ml tapi tak buat fully test. Ayam, seafood, habuk, etc tadek pun (hmmpphhh!!!)

Kbai!

No comments:

Post a Comment