Tuesday, October 27, 2015

Beast by BIG !!!

Tarikh Kejadian: 24 Oktober 2015


Dah lama tak cerita pasal makan-makan kan?
Sempena birthday Daddy Mika yang ke dotdotdot, kami sekeluarga keluar makan-makan di Beast by BIG.
Kat mana tu?
Kat dalam bangunan The Intermark, Tun Razak.

Ala..bangunan yang kalau dari jauh bleh nampak perkataan AKER besau2 tu.
Alaaa..ape susah.. zaman canggih-manggih ni pakai je la Waze.
Nah, amik alamat:
Lot G-01 Ground Floor
The Intermark
348 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Jangan lupe check Waktu Beroperasi.. kang tekelip2 depan pintu yang tak bukak2:
Operation Hours:
Monday - Thursday
 12:00pm - 3:00pm
 5:00pm - 11:30pm
Friday
 12:00pm - 3:00pm
5.00pm - 12.30am
Saturday
 5:00pm - 12:30am
Closed On Sundays

Actually, birthday Daddy Mika on 21 Oktober.
Weekdays maaa.. so kene postpone ke weekend baru kuar makan2.
Tu la, sape suruh birthday jatuh ke hari bekerja. hahaha..
Disebabkan celebration kene postpone, maka kite suruh birthday boy yang pilih tempat mana nak makan. Yeay!!!

Sebelum bagi korang lapar dengan gambar makanan, saya bagi korang stim tengok environment dalam kedai tu dulu.

 
Sesuai lah untuk yang nak beromantik-romantik kan.
Weolls yang bawak anak ni tak dan nak pikir romantik bagai dah, pikir layan anak supaya tak kacau program je :p

Starter, kami diberi 5-6 keping garlic bread + butter.
Tatau memang sebab lapar ke ape.. tapi memang sedap gile garlic bread tuh.
Dukacita dimaklumkan, gambar roti tu lupe nak snap. Kelahap nak makan, lupe nak seluk telipon. Ngeh3x.. Korang imagine je la ek.
Kat meja dah diletak siap2 botol perfume.
Jangan dok buat perangai  nak sembur kat baju ke, kat tengkuk ke..
Dalam botol tu ada minyak untuk korang spray2 atas makanan jika perlu.
Kitorg guna jugak untuk spray2 atas roti  :)

Ini makanan yang di order oleh birthday boy.
Striploin US Prime 200g.
Sedap, juicy.. Yummy!
Cuma sos tu iolls kurang berkenan. Macam tak masuk je sos masam2 dengan daging sodap tu.
Daku berharapkan birthday boy pilih chimmichuri sos, namun hampa.
Eh, sebok pulak si budak bukan birthday nak decide2 sos orang yang dijamu.
**oh rupenye kat sini ada terselit garlic bread sketol. ada jugak gambar minyak dalam botol perfume tapi kene celik mata ala2 mencari benda tersembunyi**

Makanan saya,  Salmon 104degrees bla..bla..bla..
Panjang sangat nama.
Bleh rujuk menu yang tampal kat bawah.
Tapi kene kecik besau kan ckit mata. Kecik ckit font nye..
Komen.. sedap.
Was2 jugak asalnya sebab salmon macam lembik semacam.
Ingatkan mentah tapi sebenarnye masak.
So, licin lah salmon itu.. Ngeh3x..

Nak order smoked salmon macam kat gambar bawah ni sebenarnya.
Agak femes disini.

Malangnya staff tu cakap dah tak available.
Menu tu diganti dengan salmon 104degrees. Sob3x..
Saya memang sengaja cari menu salmon so that anak saya bleh ngecek skali :p
 
 
Penutup, pavlova.
Pavlova kat sini, flavour buah nye ikut musim.
Ada macam2..cempedak la, rambutan la..
Time kitorg datang ni, rock melon.
Bila staff cakap skarang pavlova  rock melon, we oll macam "nak proceed order ke tak? Macam tak masuk je pavlova dengan rock melon ni".
Tapi birthday boy decide untuk proceed je order.
Rupe-rupenye..sodapp wehhh combination tu.
Brilliant betul chef diorang ni.
Walaupun time tu kitorang dah kenyang gegila macam nak meletup perut (ye la, daging 200g kot), tetap berjaya abiskan pavlova dengan laju.
Siap dengan bunga2 skali telan. Muahaha..

Overall conclusion:
*Makanan sedap.
*Layanan staf tip top.
*Environment kedai menarik.
*Presentation makanan cun.
*Harga.. ok la untuk makan sekali-sekala.  Boleh rujuk menu (tu pun part bawah terpotong ckit).

Nak datang, better buat reservation dulu.
Macam kitorang aritu men redah je.
Skali full booked.
Pastu staff tu cakap, kalau bleh makan cepat dan setelkan by jam 9malam, ada la kosong.
Tengok jam, dekat2 jam 8malam.
Just nice la kot. Bukan boleh pon nak lepak lama2. Nanti kang anakanda buat show pulak :p

K lah..sekian perkongsian cerita makan-makan.
Dah banyak cerita makan-makan yang tak terupdate. Kalau rajin korek balik gambar lama, nanti saya update ye.
Tak janji tau!
Hahaha..

No comments:

Post a Comment