Tuesday, January 26, 2016

Big Bad Wolf MAEPS Serdang 2016

Sawadikap..

Smalam dah share kat FB dengan Instagram.
Arini rasa macam nak share dekat blog pulak.

U'olls, tau tak skarang tengah ada Big Bad Wolf?
Kat mana?
Hah tu dia.. besar2 kat title kite letak.. kat MAEPS Serdang.

Alkisahnya saya sempat la terjah gi sana dengan adik-adik saya smalam sebab kebetulan diorg ada kat KL ni.
Umah pulak dekat je dengan MAEPS, memang rugi sangat kalau tak singgah.

Mika kene tinggal kejap kat umah.
Mummy ber feeling2 single anak dara keluar ronggeng cuci wallet dengan makcik2 Mika yang ni.

Kitorg pegi tengah hari dalam jam 1:30PM..
Masa tu tak crowded sangat orang. Bahagia je aku belek buku sana sini.

Walaupun kat luar panas berdenting El Nino, jangan risau sebab expo tu berlangsung kat dalam dewan.
Dalam dewan ada ekon.. legaaa banyak di situ.
Ruang luas.. so far smalam takde la adegan dari bahu ke bahu sebab maslaah sempit time pilih2 buku.
Parking pun senang sebab ada beberapa kawasan lapang disediakan untuk park kereta.. dan, ia FREE!!!
Kalau seblom pegi sana tak sempat makan, uolls bleh shopping2 kat food truck di luar dewan. Ada a few food truck amik bahagian tapi aku lupe nama apa diorg tu. hahaha.. 
Yang pasti, salah satu nye ada air Chatime.  dan ada jugak mini cafe kalo tak silap.

Ni di antara hasil shoppingan (hahaha marah cikgu BM aku).
Takde untuk Mummy, semua untuk anakanda tersayang je. 
Dah memang nawaitu gi sana untuk topup buku2 Mika.

Cam biasa lah, kalau beli reach certain amount, dapat diskaun.
Contohnya saya smalam beli lebih dari RM100, terus diberi diskaun RM5 deduct terus dari bil tu.
Tak payah nak susah2 redeem di lain masa dah.

So, amacam?
Sempat lagi kalau nak pegi weekend ni sebab mende ni last 1 Feb 2016.
Ala..wiken ni kan cuti panjang untuk orang KL, bleh la plan serbu ke sana ye dok?
Tak rugi beli buku (eh..aku ni ada share dengan BBW ni ke? hohoho).

Ada yang tanya, BBW kali ni 24 hours macam kat The Mines ke?
Jawapan nye..TIDAK.
Mende ni start jam 9pagi - 12malam saje.
Kalau malas pegi siang, bleh pegi malam tapi pepandai la bajet supaya sempat sampai dan pilih2 buku sebelum diorang tutup pintu. Hehehe..

Camana nak pergi MAEPS?
Boleh tengok website diorang kat sini.

Ok lah, selamat shopping buku untuk penuhkan ilmu di dada. Ecece..

Anak aku punye excited dapat buku baru, dah gaya macam terus buat kerja skolah kekdahnye  :p

Rajin pulak aku mengarang 2 entry terus malam ni  :p
Bye!

Ronggeng Jom ~ Koh Tao Part 1

Tarikh Kejadian : 23 April 2015


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Alhamdulillah, arini mood rajin sudah mari.
Nak kongsi cerita basi time pegi Koh Tao dan Koh Samui April last year.
Jom baca untuk sesapa yang sudi  :)

Flight kami pada 23 April 2015 tu jam 12 tengah hari.
Keter park kat Putrajaya Sentral macam biasa then amik KLIA transit pegi KL Sentral.

Oh.. trip kali ni bukan hanya saya, Encik Asben dan Mika.. tapi adik lelaki saya dan adik ipar pon join skali.
Meriah gituu..

Asalnya memang dah bajet nak gerak awal dari rumah.
Biasa lah, ada itu ini sikit, so lewat ckit gerak dari plan asal.
So, sampai kat KLIA2 pon ngam2 je.
Nasibbb dah online check-in sesiap dan memang kami jenis bangsa yang tak purchase luggage.
So dah bleh exclude kaunter, terus terburu-buru gi scan bag, imigresen segala bagai.
Pepaham je la, gate untuk international departure jauh mana kan?
Dah la sebab ada Mika tak bleh nak auto gate passport, kene buat manually kat kaunter.
Nasib la tak ramai.
Pendek kata, ,emang kitorang berlari anak nak menyampai ke gate.

Nasib baik in between tu ada buggy KLIA2 jemput kami naik. Mebi sebab nampak seksa benar belari2 sambil dukung budak kecik kan. Dengan bag nye lagi memasing.
Tapi buggy tu mampu anta sampai eskulator je.
Pas pada tu, sambung lari lagi.
Macam nak kioxx napas rasanya tapi si Mika bleh gelak2 time kitorang lari tu.
Seronok gamaknya rasa melantun2 di atas dukungan Mummy. Ewahhh..

Time sampai departure gate, ngam2 je dengan orang last yang tengah beratur.
Fiuhhh lega disitu..
Time2 tu la jugak rasa macam "nak air pleasee...letak ais ketul2 ye". Hahaha, tapi berangan je lah!
Kitorang tak beli pa pe pon kat dalam flight tu.

Alhamdulillah, sepanjang dalam flight Mika tido.
Penat acah2 berlari kat atas dukung Mummy kekdahnya.
Untung la bleh tdo.. Mummy tak bleh nak tido sebab nak kene pangku awak  :p
Kalau mak nye join tdo skali, kang tetiba flight break emergency, terpelanting anak haku yang spesis tak suke kene ikat2 seatbelt ni (pakaikan kejap je time naik dan turun).
Kami sampai di Samui International Airport jam 12:30 tengah hari.
Eh! Setengah jam je naik fligth?
Ko biar betik nox!
Kuang3x.. kat Thailand lewat sejam dari time kite kat Malaysia. Tau?
Eceli, jarak perjalanan dalam flight around 1jam 30minit lah lebih kurang nye.
Mummy punye la bermuka batak excited, Mika pulak muka masam sebab celik2 mata je dah kene jadi foreigner. Wakakaka..

Sesampainya kat situ, kami lepak Cafe Augusto kat dalam airport tu jugak.
Kan tadi ada citer dahaga kan?
Order la iced lemon tea yang manis giler macam nak kene potong kaki, sesambil suap Mika makan bekalan dia.
Saya bekalkan Mika pumpkin oat, simpan dalam termos yang kaler biru tuh.
Maintain suam, sedap je Mika makan..

Dari airport ni, kalau nak pergi Koh Samui/Koh Tao/Koh Phangan(atau mungkin ada "Koh" lelain lagi yang aku tak sempat nak capture), kene naik bas then naik feri.
Semua tiket tu Encik Asben dah setelkan.
By the way, boleh beli je dekat airport tu, ada banyak booth yg provide service transport ke pulau-pulau.

Bas ni kiranya transit untuk ke boat lah.
Lama gak nak kene kematu dalam bas tu, dalam 1jam lebih jugak.
Bas yang kami naik bertolak around jam 1:45 tengah ari.
Memang takde harapan nak suruh Mika tdo lagi sebab dier baru je bangun.
Layan je la dier kat atas bas tu sesambil gilir2 dengan adik&adik ipar kat seat seblah.
Nasib baik Mika tadek nangis2 dalam bas.

Kami sampai Donsak Pier iaitu pengkalan boat jam 3:00 petang.,
Nampak tu boat kat blakang?
Itu la yang kami naik.
Ada memacam brand yang korang bleh pilih. Kami amik Lomprayah boat.
Around jam 4 petang, boat jalan merempuh arus lautan.. Pergh!!
Harga? RM90 from airport to Koh Tao. Ni include dengan bus tadi skali ye..
Disebabkan jam 4 petang dah tak panas sangat, kami lepak duduk bahagian paling atas.
Syok oo, open air.
Info: nak ke Koh Tao uolls kene mereput dalam boat selama 3 jam lebih kurang.
Yang bawak anak kecik, sila banyak2 besabar.
Nasib baik anak kecik saya mood sangat baik aritu.
Bila duduk kat side atas, dier excited tengok ombak, kene tiupan angin..
Tengok, siap bleh tdo lena gitu..

Lepas dah around 7malam, sampai jugak lah kami ke Koh Tao.
Boat benti kat Mea Haad.



Disini, kami nak amik taxi ke Sairee Beach.
Kene cas 100 baht sorang. 
 Kitorang ada 4 orang, so total 400baht la kan.
Lepas pikir2, tak jadi amik taxi.
Kami sewa 2 bijik moto = 400baht.
Lagi jimat kan?
At least motor tu bleh guna buat jalan2 dalam Koh Tao instead of bayar taxi yang bleh pakai 1x tu je.

Sebelum pegi check-in hotel, kami beli siap2 snorkeling trip harga sorang rm70.

Lepas setel semua tu, kami naik motor ke Sairee Beach.
Agak jauh dari pekan Koh Tao tempat boat berlabuh.
Ada la dalam 5-10 minit naik motor.
Kawasan sini lagi happening, lagi banyak hotel, lagi banyak kedai2.


Siap check-in, kasi chance budak kecik golek2 atas katil jap.
Sian dier mesti lenguh badan kan..


Takleh kasi chance lelama, kang tdo plak. Hahaha..
Kitorang mula keluar ronda-ronda sekitar kawasan.
Kat bawah ni gambar orang tengah chillex amik angin pantai memalam buta, bebetul belakang hotel kitorang je pantai ni.


Ni pun sama.
Memang cool gile pokok kelapa bengkok lilit2 lampu lip lap lip lap tu weh.
Nak komen sikit, pantai sini bersih je. Bagus betul.

Ada club eceli kat belakang hotel kitorang ni.
Ni pulak acara/pertunjukan main api.
Ntah ape nama exclusive nye ahkak pon tatau.
Haaa..happening kan?

Oh, ini Mika yang dah mandi dan tukar baju tidur :)
Kitorang keluar cari makanan halal untuk dinner.
Ternyata sukar.. Ngeh3x..
Sepanjang jalan tu, ada la jumpe 1 gerai kecik jual halal kebab.
Melantak tu je la kami, dah lapor sangat. Huuu..
Dah penat jalan, balik tdo la ape lagi.
Esok ada aktiviti menunggu.
Jeng3x..



***DAY 2***

Saya ada cerita beli trip snorkelling kan?
Haaa..trip tu akan bertolak jam 9pagi.
Balik pulak jam 4 ptg.
So, kene la kitorg bajet2 masa keluar bilik -> naik motor -> pegi ke kedai yang arrange trip.
Kedai tu kat area boat berlabuh.

Ada makan-makan disediakan.
Untuk meals, kami request nak seafood only.

Ni gambar sekitar pantai sementara menunggu boat untuk snorkelling sampai.
Bergambar dengan replika kura-kura adalah wajib.
Sebab meaning of Koh Tao = Turtle Island.


Ni kasi tempek skit aktiviti untuk trip kami amik.
Pakcik yang in charge trip kami pegi snorkelling ni mat salleh, garang wehh.. Hoho.. 
Tadek la suke marah2 tak tentu pasal, cuma perwatakan dier serius la.
Selalu sebelum ni dapat trip orang lawak2 je..
Lek lek la pakcik, have fun la. Ish2..

Boat yang bawak kami tu ala-ala long tail boat tapi 2 tingkat.
Sebab kitorang bawak budak kecik yang aktif merangkak, kami conquer bahagian atas. Muahaha..
Bahagian atas ni kecik je.
Nak naik kene hati-hati sebab tangga dier kayu kurus je. Hahaha..




Nampak tak langit gelap nak hujan?
Memang masa sampai kat Shark Bay, ujan lebat turun. Sob3x..
Sempat jugak la Mika nap skejap sebelum hujan tu.



Ini adik dan adik ipar saya.

Nampak tak ikan yang tak takut orang kat belakang Encik Asben tu?
Kemain diorg ye?
Ini kitorang punye lunch.
Nasi tomyam seafood.
Makan kat atas boat je..
Mika makan ape?
Haa kali ni kami bercuti bawak travel cooker.
Bawak jugak siap-siap beras blend dan bahan kering.
Sebelum keluar bilik, masak dulu bubur untuk Mika pastu isi dalam termos.
Hehehe..
Tu pasal dier boleh sengih2 tu.. Kalau tak, mau nye melalak lapar. LOL!







Mika paling kesian sebab tak boleh join laut dalam.
Kami gilir-gilir jaga dia kat atas boat.
Tu pun Mika bising nak main air.. Sob3x.. Tadek life jacket untuk saiz awak, anak :(

Last stop, Nang Yuan Island.
Sini je la tempat Mika boleh lepas gian main air.


Pulau ni tempat pertembungan 2 laut.
Bersih je air.
Cuma pasir diar kasar sikit.
Sakit kaki aku! hahaha..
Time ni panas bedering!

Opps, sorry sexy!

Sebelum trip ke Koh Tao ni, punye la Encik Asben hunting memacam jenis pelampung untuk anak dara dia.
Sampai je Nang Yuan Island, baru tiup nak kasi kembung.. 
Kalau tiup siap2 kang makan space pulak.
Pastu kan, Mika duduk tak sampai 5 minit dah bising nak keluar.
Dier tak suke pelampung!
Dier nak acara bebas main air gaya macam dah pro tanpa sokongan.
Kesian Encik Asben, sampai kempis perut kejap sebab nak anginkan pelampung. Last2 anak tak sudi :p

Finally, tidur kepenatan lepas main air.
Sebab panas, saya berlindung bawah batu-batu untuk berteduh sambil riba Mika tidur.
Auww.. mithali sangat. Phhuuii! hahaha..

Sesape yg rajin nak panjat boleh la naik ke Koh Nang Yuan viewpoint, bleh snap gambor pulau ni dari atas viewpoint 

 Setel sejam stengah kat sini.
Kami naik boat semula untuk balik ke Koh Tao.

Aktiviti malam kat sana, pusing-pusing Koh Tao sambil naik motor.
Memang susah sikit cari makanan halal kat sana.
Pepandai lah korang filter2 contohnya order vegitarian phad thai ke sedap jugak.
Kalau halal banana pancake ada banyak. Kalau nak kenyang dan malas cari lain, order lah sampai 4-5 keping. Ngeh3x..

Lepas makan apa yang mampu, saya dengan Encik Asben pegi Thai Massage.
250baht sejam. Murah tu.. Dan puas ati.
Mika?
Ayah Ngah dan Mak Ngah dia tolong jaga kan kejap.
Umpan air betagen.. Kih3x..

K lah, tu je serba sedikit cerita 2 hari pertama kitorg.
Rasanya Koh Tao ni tak ramai orang kita pegi.
Pulau nye aman damai, tak besar sangat tapi cantik dan bleh kata ala2 virgin la jugak. Gitteww!
Tapi tu lah, semoga nanti2 akan ada banyak skit choice makanan halal.
Or else, uolls bawak la siap2 makanan instant dalam tin  :p
Sekian..