Tarikh Kejadian : 25/12/2015
***DAY 3-4-5***
Sambung sini..
Macam diceritakan kat entry sebelum ni, hari ni kami ke Phi Phi Island pulak.
Tadek la awal2 pagi lagi dah kene keluar.
Tour agent patut datang pick-up kitorang kat hotel jam 12PM.
Pagi tu sempat bangun lambat ckittt, breakfast, snap gambar sekitar hotel, bawak Mika main swimming pool.
Patutnya kitorg kene bayar dan attend, tapi berjaya escape untuk tidak bayar dan tidak attend.
Encik Asben kawtim cakap kitorg Muslim tak celebrate Krismas ni.
Malam kejadian, nampak sambutan kat hotel kitorg meriah.. Ada konsert, dinner, pertunjukan silap mata, etc..
Kitorang jenguk2 gitu je pastu keluar lepak2 town.
Dalam jam 10AM, Encik Asben keluar pegi drop 1 bag kat Hotel ke-3 yang kami akan menginap lepas balik dari Phi Phi Island then pegi hantar motor plak.
Kalau tak anta motor, kang tak dapat balik passport.
Kat sana kalo nk sewa motor kene cagar passport hokeh!
Tunggu punya tunggu dekat jam 12:30PM tadek plak sampai si agen tuh.
Lepas call pihak Andaman, katanya nama kitorang tadek dalam list. Eh!
Pastu dier tanya aritu purchase trip daripada agent kat mana? Kitorang cakap kat airport.
Sudahnya dier mintak transport dari hotel hantarkan sebab takut tak sempat, nanti claim balik.
Transport hotel plak tengah tak available, kene tunggu 15 minit.
Mana sempat, nak kejar feri jam 1:30PM jalan.
Encik Asben decide, carik je taxi kat luar.
Kitorang jalan ckit luar hotel, dah dapat taxi.
Nasib driver tu cekap, 1:10PM kitorang dah sampai terminal feri.
Feri ke Phi Phi Island amik masa dalam plus minus 2jam.
Perjalanan ke Phi Phi Island kali ni ok.
Feri pun tak beralun sangat, Mika plak tidur.
Time dekat2 nak sampai je la dier terjaga dan cranky ckit nak jalan2.
Kene nak angkut dier bawak jalan2 dengan sangat careful sebab sesekali feri akan terumbang-ambing dipukul ombak..gitteww..
Sampai je di jeti Phi Phi Island, sila sediakan 20baht each untuk entrance.
Mika je takyah bayar.
Melepasi je entrance dah ada ramai orang hotel tunggu.
Kami carik je la signboard yang staff yang situ pegang yang tulis Phi Phi Villa Resort.
Nanti staff hotel akan tolong bawakkan bag dan follow dier pegi hotel.
Mungkin sebab baru sampai dan dalam feri dok ngangkut Mika, terasa macam jauhnyeeee lahai nak sampai hotel.
Eceli, memang hotel kami amik jauh ckit daripada jetty dan kat sana takde motor/kereta bekeliaran ya. Jalan raya pun takde..
Nak gi memana, korang jalan kaki lah.
That's why i'm sooo in love with Phi Phi Island.
1st time datang sini dulu time honeymoon.
Tros jatuh chenta dengan pulau ni.
Environment sangat relaxing.
Laluan pejalan kaki pon seblah2 je dengan laut membiru.
Tadek hiruk pikuk transportation.
Lepas datang sekali dulu, memang dah tanam cita2 bebila ada rezeki nak datang lagi.
Alhamdulillah, ada rezeki datang lagi.
Even dah gi bercuti kat pulau lain2, saya tetap rasakan environment Phi Phi Island paling win!
Ok sambung cerita.
Dah sampai hotel, sementara tunggu Encik Asben check-in, anak dara saya dah meniarap tepi swimming pool.
Dier memang pantang tengok air.
Setel check-in dan masuk bilik, anak saya dah lencun.
LOL!
Ni sekitar dalam hotel kami duduk.
Konsep sangat best & hotel ni betul2 depan laut.
Apa lagi yang best tentang hotel ni?
Provide halal food. Selalu kat hotel sebelum ni breakfast mkn roti, sayur, cereal, buah je. Kat hotel ni bleh makan puas2 semua makanan dan masakannya pon sedap!
Depan hotel ada stall banana pancake yang sedap.
Tepi hotel ada mini-mart untuk beli pa pe yang nak.
Design hotel lawa.
Swimming pool pon cantik.
Pantai depan hotel kitorang quite nice, tak busy sangat.
Dan kalo agak2 malas nak jalan kaki pegi sampai ke jetty, bleh naik longtail boat area depan hotel ni je. Diorang cas around 200-400baht (depends pada keadaan laut).
Kami tak amik pa pe trip pon kat Phi Phi Island ni.
Dan kalo agak2 malas nak jalan kaki pegi sampai ke jetty, bleh naik longtail boat area depan hotel ni je. Diorang cas around 200-400baht (depends pada keadaan laut).
Kami tak amik pa pe trip pon kat Phi Phi Island ni.
Memang datang sini semata-mata nak rilex.
Lepak jalan-jalan dalam pulau because i love the environment.
Makan2 since kat sini pun ada banyak kedai makanan halal.
Last but not least, main air.. Hoho..
Ni plak mandi pantai tetengah hari buta. Ish2.. Memang itam la kami 3 branak.
sambung balik terjun kolam ~~
Mika dengan kawan baru mata biru.. wow~~
sambung balik terjun kolam ~~
Mika dengan kawan baru mata biru.. wow~~
Selesai 3 hari 2 malam,
Banyak benda bleh beraktiviti kat pulau ni like hiking to viewpoint, snorkeling, diving, besiar2..
tapi kitorang tak banyak beraktiviti sebab bawak infant, so lepak2 bersiar, berehat and enjoy pantai,..
so korang enjoy la gambar2 di phi phi ni:-
breakfast at the cafe..
Mika infront of "Tree House" depan hotel ...
picture taken infront of the hotel, taken via phone...no kidding..
kami dah kene balik ke Krabi town.
Banyak benda bleh beraktiviti kat pulau ni like hiking to viewpoint, snorkeling, diving, besiar2..
tapi kitorang tak banyak beraktiviti sebab bawak infant, so lepak2 bersiar, berehat and enjoy pantai,..
so korang enjoy la gambar2 di phi phi ni:-
breakfast at the cafe..
Mika infront of "Tree House" depan hotel ...
picture taken infront of the hotel, taken via phone...no kidding..
kami dah kene balik ke Krabi town.
Naik feri jugak jam 1:30PM panas terik..
Bag, orang hotel tolong angkut sampai ke jeti.. Ngeh3x..
Kali ni mencabar sikit sebab ombak cam kuat so feri memang beralun.
Mika yang asalnya tengah tidur, tejaga dan nangis2 mungkin sebab rasa loya/tak selesa kot beralun macam tu.
Dah mak nye pon bleh rasa nak uwek2, apatah lagi budak kecik.
Kesian..
Next time, kene purchase feri awal pagi atau lewat petang so that takyah duduk dalam perut feri.. Meaning, bleh naik duduk kat atas open air tuh.
Kalau duduk atas Insyaallah tak rasa bekuap dan loya sangat.
Timing kami amik 1:30PM memang panas terik x mampu nak join bejemur kat atas.. Sob3x..
Pulak tu, feri time balik ke Krabi ni cam slow ckit.. Almost 2jam30minit baru sampai Krabi town.. Huhu..
Sampai je ke pengkalan rasa cam lega gile2..
Mika pon senyap dah tak nangis sbb rasa beralun dah ilang.. Heee..
Kami amik cab balik untuk ke hotel, cas 400baht.
k..bye..nanti sambung next entry..
k..bye..nanti sambung next entry..
No comments:
Post a Comment