:) Dimulakan dengan senyuman gitu :)
Walaupun bag Mika dah terluka sikit, kita senyum jugak..
Para supermom sekalian mesti ada pengalaman hunting bag untuk baby kan?
Samada untuk kegunaan isi barang anak hantar ke taska/rumah pengasuh/keluar jalan2 ke..
Kalau jenis yang tak kisah, mungkin asal jumpe men rembat je memana.
Tapi kalau saya, alang2 beli tu kalau boleh nak yang cantik la sikit kan. Kikiki..
Dah lama tangguh nak cari bag baru untuk Mika sebenarnya. Bag lama dia tu aku beli time dier dalam perut lagi. Now dah koyak..
Nak buat camana, anak tengah aktif.
Kalau gi kedai memang tak dapat la nak pilih barang lelama apatah lagi nak fitting2 baju.
Kirim salam je lah.. hahaha..
Nanti lebih kepada aktiviti dok kejar dier dalam kedai je.
Pastu pulak skarang dah pandai punggah barang.
Tudiaaa, memana barang yang dier bejaya capai dia akan amik dan pegang.
Suke tiru apa orang buat pon ye jugak.
Time pegi kedai kasut aritu, sibuk dengan dier memilih dan try kasut sama.
Habes berpasang-pasang kasut dier test sambil jalan tekedek2 pusing kedai. Kasut orang besar pulak tu. LOL!
So, nak senang, beli online je lah.
Pakai jari pon boleh… gituu..
Saya memang suka beli online walaupun ramai cakap berisiko.
Alhamdulillah, setakat ni tak pernah kena tipu lagi.
Hunting punye hunting..
Jeng2.. saya jumpa page ni.
Scroll bawah2, ternampak pulak bag cantik.
BITBOP
Terus jatuh chenta pandang pertama.
Saya watsap owner IG, Alhamdulillah rezeki..bag untuk design dan warna tu masih ada..
Lepas buat payment, sehari dua pastu dah terus dapat barang.
Lupe pulak nak cakap.
Bag ni harga dia RM79.90..
Apa yang best?
Bag ni bukan datang seketul je.
Siap ada beranak-pinak kat dalam.
Ni, changing map.
Kot la time keluar2 tu nak tukar pampers anak, tapi macam kurang yakin dengan kebersihan tilam dalam bilik tukar pampers, uolls bleh pakai pelapik ni.
Pastu dapat pulak single warmer bag.
Bleh la simpan botol susu or termos kat dalam tu.
Tempek skit design bag ni.
Ni bahagian depan, siap berpoket2.
Ni bahagian belakang, ada zip.
Bleh la kot nak letak buku baby kat dalam tu ke.
Ni bahagian dalam.
See..kalis air dan banyak compartment.
Tadek la semua benda men campak je masuk dalam.. pastu bila nak cari balik, sesat tak jumpe barang. Hahaha..
Ruang bleh tahan besar dan sesuai la aku nak sumbat pampers 2-3 keping+wet tissue+baju spare+bekas air+bekas kudap2+cream/losyen+towel.
Bag ni selain bimbit, Mak2 boleh jugak jadikan sling bag.
Ikut sesedap rasa uolls la nak buat fesyen macam mana.
Design dah cecantik cenggini, aku dah tepikir2 nak sumbat skali aku punye purse+phone+telekung travel kat dalam tu.
So that tak payah nak bawak bebanyak handbag dan baby bag dah kalo nak keluar pasni :)
Kat IG akak ni ada memacam lagi barang.
Ada stroller, bag pump pon lawa2, carrier, etc..
Korang pegi la terjah sendiri ye..
Kalau ada pa pe soalan, watsap direct kat akak owner tu.
Aku saje je share, buat bisnes partner pon. Hihi.
Sebab kekadang orang nak cari barang kat online ni, soalan2 macam “nak cari kat mana ek?” or “bleh pecaya ke page dier ni?” sedikit sebanyak bermain2 di fikiran.
Dengan itu, kat sini aku bejaya share seketul tempat korang bleh shopping yang tak kene tipu.
Semoga bermanfaat.
K Bye!
No comments:
Post a Comment