Thursday, December 27, 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012

Tarikh Kejadian : 16/08/2012
 

 Ohhoo.. over kan, Nyah!
Siap ada ucapan lagi walhal citer raya ni dah melewati 4 bulan.
Lalala..

Ehhemm2..Bismillah..
Cuti raya tahun ni adalah..jeng3x..5 hari!
Maklumla, tahun ni dah start beraya di 2 kampung :)

Jam 11 pagi pada tarikh 16/08/2012, saya dan Encik Suami dah bersiap sedia naik flight untuk ke KB.
Tahun ni raya KB dulu hoccay!
Saja balik awal supaya sempat nak tolong2 buat persiapan raya ckit2 dan sempat berbuka puasa kat umah 3 hari.
Nape tak naik kereta? Pepaham la tahap jem yang bakal diterjah nanti camana kan?
Lagipun kitorg rushing nak beraya negeri lain plak maka naik flight lagi senang dan cepat.

Juadah pagi raya, tradisi mak saya = kuzi ayam!
Saya ada order roti jala untuk dimakan bersama kuzi(tempah last minute dengan kawan skolah. Thanks Hidayah!).
Saya seperti tahun2 sebelum ni, buat spageti (senang dan cepat incase emergency kene topup).
Kuih raya saya tak buat tahun ni, beli je dari sepupu(Gebu08) dan kawan. 
Adinda pengantin baru yang sangat rajin buat kuih raya,

Tahun ni sgt sikit bergambar sebab sangat banyak jalan(maklum la, nak bawak menantu2 baru kenal family. kikiki).
Kalau tahun2 lepas, pantang nampak kamera..asek nak berfotogedik je kojenye.
Oh ya, si pengantin baru turn raya kat Terengganu dulu so raya ke2 baru jumpe diorg.
So, mereka tadek dlm gambar ni..lalala

Nak dijadikan cerita..pepagi seblom kuar beraya kitorg memang selalu beratur bersalam-salaman ikut turn adik-beradik(start dari sulong sampai bongsu) sambil bagi duit raya.
Punye la syok salam2, then masuk keter untuk start terjah raya..tetiba teringat!
Ngan suami terchenta blom salam lagi! Ohhooiii. Dah le banyak dosa :p
Maklum la first time. Tahun2 seblom ni mana pernah ada suami so terpaksa salam dalam kereta :)

 Ini time raya kedua di rumah nenek saudara(CheSu) bersama pengantin yang dah sampai Kelantan.
Sedikit blur2 gambarnye. Takpe la ek.. 
 
Raya ketiga, seawal kol 8 pagi kami dah berada dalam perut kapalterbang untuk kembali ke KL.
Mertua dan adik ipar dah balik Kedah hari raya ke2 so kami menyusul lambat sikit secara berasingan.
 
Sampai KL, amik keter then choww ke Yan, Kedah plak. 
OTW kesana, singgah pekena Mee Udang + Nasi Goreng Udang Sg Dua. Yummy!
 
Alhamdulillah, trafik sepanjang jalan ok je.. Tak jem.
Nervous jugak sebab ni 1st time saya balik kampung nenek Encik Suami @ Tok Pah.
 
Disana kami menginap kat chalet yang tak berapa jauh dari rumah Tok Pah(kat bawah ni gambar time hari ke2 kat sana dah).
Maklumla, anak cucu ramai balik maka kami tamo menambah kepadatan penduduk disitu.
Chalet tu bukan jauh pun dari umah Tok Pah dan kami hanya balik tdo je.
Kebanyakan masa memang melepak umah nenek Encik Husband sambil main2 dengan sepupu dan anak sepupu baru :) 
 
 Cantik kampung tu, dekat dengan air terjun dan banyak chalet2 dibina.
Sejuk, hijau dan tenang. Ni dia baru dikata pure kampung dek non.
Aktiviti hari kedua kami @ raya ke4 adalah beraya rumah sedara Baba disana(singgah makan nasi kandar juga bersama keluarga).

Menjelang petang, bergambar sedas dua kat sekitar kampung nenek.
Tadek gambar dengan family sebab..saya malu nak ajak org kumpul2 bergambar.
Dah la datang lambat, orang lain dah sudah bergambar time raya pertama. Kikiki..
 
Dan, ini dia air terjun kat blakang rumah Tok Pah.
Ahhaha..gaya macam bleh intai ikut tingkap je.
Air terjun ni kalau tak silap namanya Titi Hayun.
 
Ini skill Encik Suami buat.
 
Last day..insiden terhantuk kepala pada bonet kereta time masukkan beg after check-out.
Ini muke masih tingtong ala2 berdengung sebab kuat la gak hantukan itu.
 
Mengorak langkah sambil kontrol kiut kunun2 tak sakit.

Ok, dah kembali ke alam nyata.

Jom singgah rumah Tok Pah untuk breakfast then salam2 untuk pulang ke.. KL ke?
Bukan... ala2 heart attack punye plan sebab secara tiba-tiba kereta termelencong ke tempat lain.
Nantikan..

2 comments: