Thursday, December 6, 2012

Langkawi With Family - Day 1

Tarikh Kejadian : 16/03/2012



Hoyeah..citer basi lagi.
Tak kire, nak kabor gak kat sini :p

Bertarikh seperti di atas, kami suami-isteri berjaya membuat pakatan menyeponser percutian ke Langkawi selama 3 hari 2 malam.
Lama dah teringin nak bawak family jalan2 ke Langkawi, kejap pon jadi lah.
Namun, sedikit kecundang sebab tak semua adik-beradik dapat dtg.
Ada seketol offer diri nak jadi guard jaga umah kat kampung.
Ish2..

Meh zoom ke citer Langkawi.
Menjelang tengah hari, kami suami-isteri ke sana naik flight dari KL.
Tak berapa lama dalam flight, akhirnya by tengah hari dah sampai airport Langkawi.

 Sampai2 je kat Langkawi, tunggu Kak Tie hantar keter di airport sebab sewa keter dari dier(dapat contact daripada opismate, Firdaus ABAP..hehe.Tq!)
Disebabkan nak mengisi ahli keluarga yang ramai, so kene cari keter byk seat ckit la which is Toyota Unser(Answer..hahaha).

Dapat je keter, bedesup gi check-in hotel.
Untuk penginapan kami sekeluarga adalah kat Pantai Chenang(antara pantai cantik di Malaysia).
Oh, tempat tu namanya Chalet Malibest.
Tidak la mewah, sekadar termampu dan selesa :)

Setel check-in, kebulur ok!
So men belasah je apa yang dekat.
Jumpe kedai roti Bread Story sekitar pantai Chenang. Serbuuu..

Dengan perot yang dah memberat, kami jalan2 bercinta di tepi pantai.
Oh..gatai!
Dah menjelang petang, family dah roger naik ferry.
Then kitorg gi ke jeti untuk jemput family.
Err..seblom tu singgah Buroq Oil untuk isi minyak. Kang tak sampai plak. Tak rela i nak tolak keter.

Agak2 cam dah tersampai awal, kitorg pusing2 dalam terminal ferry.
Then, memanjangkan sikit kaki ke Dataran Helang.

Sesambil terbelek-belek jam, kami pon pegi semula ke jeti.
Sesampainya mereka ke bumi Langkawi, again..bergambar kat Dataran Helang.
Kali ni gambar kaburs ckit sbb ari dah start gelap dan kami x bawak DSLR. Pakai kamera phone je.
**Maafkan kualiti gambar yang tidak enak itu.

Bawak family balik berehat jap.
Pas Isyak, disebabkan masih penat so dinner dekat2 hotel je la.

Setel makan, saya dan Encik Suami berjalan-jalan sekitar Pantai Chenang untuk cari pakej Island Hopping untuk kami sekeluarga.
Alhamdulillah, jumpe.
Kene rajin survey ye kalau nak dapat best price(itu salah satu sebab kenapa kitorg x bli online siap2).

Setel Day 1 di Langkawi..
Tata..

No comments:

Post a Comment