Tarikh Kejadian : 17/03/2012
Saya kembali!!!
Kat entry seblom ni saya pernah mention Pantai Chenang merupakan salah satu pantai cantik di Malaysia kan?
Haa..so aktiviti pepagi esoknya adalah berkubang dalam air pantai.
Yang syok nye, siap ada panorama orang tengah poco-poco kat tepi pantai.
Mebi ada company wat family day kat situ.
Setel berendam, kite ngap2 plak.
Lokasi, kedai roti canai berdekatan hotel.
Pepagi tak banyak kedai bukak. So memana jumpe, bedal je lah.
Pas makan yang tak berapa nak tenang sebab akak yang uruskan Island Hopping asek call2 tanya bila nak datang.
Citernya, kitorg amik pakej kol 9:30pagi.
Then di pagi hari kejadian, akak tu call tanye bleh tak move to session awal. If not, next session lambat ckit. Pulak!
Ntah le masalah boat tak available ke ape, so terpaksa OK kan aje sbb tamo la amik sesi lewat.
Nanti kacau program petang. Dah le datang Langkawi tak lama sgt.
Setel makan dan sampai kat kedai, akak tu mintak maaf sbb dier agak bising dalam tepon.
Tau pon ko!
Kitorg dibawa ke jeti dan naik speedboat.
Destinasi pertama adalah Beras Basah.
Kedatangan kami disambut oleh monyet2 yang telebih peramah.
Amaran, sila jaga barang peribadi anda especially makanan.
Kat sini bleh snorkelling, banana boat & mandi laut jika mau. Kami tak bawak baju extra maka diam2 sudah.
Bayaran dikenakan, berbeza mengikut aktiviti except mandi laut.
Kalau mandi laut pon kene cas, sekeh kepala la.
Kat sini bleh snorkelling, banana boat & mandi laut jika mau. Kami tak bawak baju extra maka diam2 sudah.
Bayaran dikenakan, berbeza mengikut aktiviti except mandi laut.
Kalau mandi laut pon kene cas, sekeh kepala la.
Next, kami disinggah lalukan(kepada budak2 nak amik kursus tatabahasa, sila jangan copy ayat td.Muahaha) sekejap kat Gua Kelawar.
Next lagi, Eagle Feeding.
Ekceli saya agak tertunggu-tunggu acara ni.
Kot la bebetul bleh bagi makan Pak Lang tu makan.
Skali, boat benti tengah2 laut then dikautnye ikan mati yang cam x brape ada zat badan(kecik dan kurus ikan nye) then di campak dalam air.
Oleh yang demikian, burung2 helang pon datang menyudu ikan yang dah slowly nak terbenam masuk dalam air.
Those yang sempat capture gambar, sempat la.
Kitorg ada gak amik gambar tapi dalam kamera family, tak transfer sepenuhnya masuk sini.
Yang mana sempat cedok kat FB adik dan gambar ada dlm phone saya je yang bejaya masuk blog ni.
Mebi bahaya kot kalo nak bermanje2 men suap2 helang makan sbb tu bleh dari jauh je.
Kalau kene patuk, maka Tak Selamat la ko Kassim(ubahan Kassim Selamat).
Destinasi terakhir Island Hopping adalah Tasik Dayang Bunting.
Sila kentalkan fizikal anda sbb nak kene daki bukit.
Lif ka, eskulator ka, semer tadak. Nehi2..
Memang kene manually panjat ditemani monyet2 sambil menikmati keindahan alam.
Jalan nya tadek la bahaya pon tapi kekdahnya bisa membuatkan askar wataniah hampir pengsan(syhhh..hehe).
Ramai gak yang mandi la, celup kaki la kat tasik ni tapi kitorg tak men join plak.
Saya dan Encik Suami ada gak men peralatan kayuh ni tapi gambar ada kat enset adik.
Maka, tempek foto seblom mengayuh je la ye.
Abis Island Hopping, kami digoda untuk beli gambar kat piring.
Ada, stendet la tu kan.
Nak wat kenangan, masing-masing beli seketol sorang except Encik Suami sbb gambar beliau tutup muke(bajet artis. hahahaha).
Parent ada sebut2 nak ke Makam Mahsuri so kami sempurnakan lah sebutan itu.
Seblom sampai, singgah kedai makan utk lunch bagi mendiamkan perot yang tengah berkeroncong.
Ini dier gambar yang tak berapa byk sekitar Makam Mahsuri.
Dah jadi macam zoo ckit2 pon ada. Kikiki..
Sempat gak la kami tengok wayang pendek perihal Lagenda Mahsuri.
Oh ye, nak masuk sini bukan free ye. Kene bayar rm5 inggit sekepala.
Keluar je ckit dari tempat Mahsuri, kami singgah kedai jual gamat.
Banyak gak Mama saya shopping gamat untuk diberi sourvenir kepada adik-beradik beliau. Hihihi..
Sesudah itu, tak lain dan tidak bukan..shopping!!!
Stendet la..kalau coklat, Haji Ismail Group.. Kalau pinggan-mangkuk, IdamanSuri.
Kami suami isteri turut tershopping skali barang rumah :p
Hagak2 dah malam dan penat, kitorg balik hotel.
Bukan terus tdo, kene ah dinner dulu. Men terjah memana kedai kosong sekitar hotel je.
Pas makan, berpecah..
Saye dan suami dating menikmati suasana malam di sekitar Pantai Chenang yang happening, family saya mostly pusing2 kedai sourvenir yang ada area situ.
Sekian, abis dah Day 2.
Day 3@ last day saya nak citer lenkali la..
Nak ZzZzZz plak kerana malam telah mencemburui saye.. Auww!!!
Bye!
No comments:
Post a Comment