Thursday, January 3, 2013

I've Been Tagged - 25 Random Facts About Myself

Salam Sejahtera..
Pin! Pin! Potong jalan ckit. Nak buat tag :)

Betul kata Kak Bibi, nampak macam ckit je nak kene tulis 25 tapi punya la perah otak pk ape lagi nak letak bagi mencukupkan 25.
So..here you go!

1) Saya ada seekor kucing betina yang sangat manja diberi nama Smarties. Nanti pas abis citer Aussie, i blog kan pasal Smarties k.
2) Cepat gile sentap (stok2 hati kaca ni). Tapi mudah je reda. Senyum je pon dah bleh kasi sejuk.
3) Suke ladybird (ke ladybug eh?). Sebab pada saye binatang tu sangat kiut dan payah gile nak jumpe. Kat zoo pon xdak kan?
4) Tekak tak bleh terima makanan/minuman ada perisa limau & nenas. Bau pon xleh. Pernah beberapa kali kes muntah sbb bau limau kuat sgt. Tapi kan, air sunquick & fresh orange bleh je plak minum kwang3x (misteri ni sampai skarang saye musykil).
5) Penggeli binatang ular dan buaya. Kalau kat tv tgh iklan/terbukak cenel binatang 2 jenis tu, kompem cpt2 tukar sambil seriau satu badan. Kalo pegi zoo plak, sanggup tercongok sorang2 tunggu kat luar umah Reptilia sbb tadek kekuatan nak masuk.
6) Seorang yang nampak senyap tapi dalam diam ada degil dan dot..dot..dot.. Muahaha.. jgn carik pasal, siap korang!
7) Makanan feveret slalu bertukar2. Plg latest time tgh taip ni adalah apam aiskrim, ketam cili, lamb masak pa pe sahaja, pavlova, nasi goreng Pak Hailam(sedap woo, tak tipu. Sila lawati mana-mana branch Pak Hailam Kopitiam), seafood celup tepung tepi pantai, masak lemak cili api Encik Suami masak (angau sampai skarang. Encik, bila nak masak lagi?), ikan masak stim limau, gyoza, ok better stop sbb bederet lagi dalam otak nak kene list. Kaki makan la katakan.
8) Up to now, status sering disalah erti sebagai 'single & available' dan dah biasa sgt dipanggil 'Cik' (masuk bakul, angkat sendiri..lalala).
9) Kurang gemar iron baju. Tapi nak tak nak terpaksa iron gak. Takkan la nak pakai baju/suar/tudung kedut2.. ish2. So, caranya adalah selalunya ari Ahad malam@start dari Ahad petang akan di provide untuk iron baju2 kegunaan seminggu. Sebab tu kami perlu provide 1 bilik iron kat umah untuk tujuan penggantungan baju2 seminggu punye.
10) Sukeeee sayur. Bagus tak saye? Lalala..Especially ulam2 dan gemar juga makan sayur mentah contohnya kacang panjang, bendi, kubis dan yang bersesuaian dengannya.
11) Bila makan KFC, saya prefer amik sos Thai. So, xyah berebut dengan Encik Suami sebab dier amik sos cili biasa.
12) Suke nyanyi especially time drive. Suatu masa dahulu pernah digelar sebagai 'radio'. Tapi now dah x brape dengar lagu so agak terkebelakang berkenaan lagu2 baru. Namun, nyanti tetap nyanyi even lagu rock kapak dulo2. 
13) Pemakai tudung bawal tegar. Ada beli tudung awning keras tp sgt jarang pakai(pakai time nak turun dari umah kejap2 or gi makan dekat2 or terpaksa je). Terasa tudung sebegitu kurang matching dengan diri ini(ewah!). Ditambah lagi, Encik Suami akan menggelar saya sebagai Wan Sugita(suke-suki meng'Indon' kan saye kan?mmg btol cam Indon agaknye kalo saye pakai tudung gitu). Shawl? Lagi hazabbb..
14) Suke masak makanan bergoreng. Ish2 tak kurus la macam ni.
15) Bila tak sihat, suke rasa nak makan nasi sup ayam dengan kubis goreng. Kalau bleh makan sambal belacan plak, tros meloncat selera.
16) Pencapaian aset sebelum mencapai umur 30an adalah sebutir Persona & sebutir Semi-D yang di share dengan Encik Suami. Mati nak kene bayar umah tu sorang2.
17) Berjaya mengumpul 4 cop negara berlainan pada buku merah untuk tahun 2012. Alhamdulillah. Tunggu tambahan untuk April nanti plak :)
18) Saya ada blog, tapi suke share citer happy2 je.. citer makan ke.. citer masak ke.. citer jalan2 ke.. Tak suke nak taip citer pedih menusuk hati sbb bila time hati dah ok, rasa cam x best baca balik entry tu. Kalau takleh tahan sangat, taip je untuk sekadar lepas geram. Pastu, delete smule :)
19) Adakalanya pangai mengada-ngada mengalahkan baby. Hanya Encik Suami yang tau(syhhh..). Bile ntah nak jadi dewasa.
20) Setiap kali bangun pagi nak gi keje je rasa cam liatnye nak bangun.. rasa cam tak cukup tdo je. Dan setiap kali tu lah jugak berazam malam ni nak tdo awal. Result? Berangann je lebih.
21) Takut gelap! Hoyeah.. kalau duduk sorang2 memang terang-benderang le lampu jawabnya. Lagi haru bila stiap kali kene gi outstation jejauh. Sudahnya, kat bilik hotel lampu wajib pasang dan TV jangan off!
22) Suke ushar baju tapi jarang membeli. Kesimpulannya saya bukan stok orang yang tetiap bulan shopping. Sebabnya? Saiz. Asal baju bekenan je x muat. Jangankan Free Size, saiz S pon blom tentu padan. Saddis.. Nak buat pembedahan kaki!!!
23) Gayat. Thank you banyak2 la kalau nak ajak naik roller coaster belit2 ke, kereta kabel ke.. Beta tak berani! Pernah dipaksa adinda naik roller coaster biasa. Awal2 control muke macho lagi. Pastu tak tahan dah..jerit beria macam nak serak suara. Yang lagi syok, sepanjang-panjang roller-coaster tu hanya saye sorang je jerit. Glemer tak? Lalala..
24) Kurang fasih membaca peta. Memang since zaman skolah x minat Geografi. Ntah nasib je bleh dapat A PMR kot. Kalau setaip kali terpaksa pakai application Maps/GPS kat dalam iPhone, mesti rasa cuak nak nanges sbb mende tu takbleh cakap. Asek je tesilap masuk simpang sebab tak reti bajet. Oh..Oh..
 25) Saya tak pandai berenang secara normal. Saya tahu terapung gaya tidur je. Pastu saya kepak2 kan tangan supaya badan begerak ke depan/ke belakang dalam air. Encik Suami saya cakap berenang style tak aci sebab takkan penat. Ye ar, mmg rilex gile kot terapung camtu. Cam tenang je sesambil tengok awan, burung2 terbang, bintang.. Kalau malas, berenang cara kodok iaitu panjat atas belakang Encik Suami dan dier akan berenang sambil bawak saye. LOL!


Selesai sudah Fakta Tak Tentu Hala mengenai diri saya. Saya taknak spesifikkan tag sesapa lah. Those yang baca entry ni, anda automatik di TAG!
Tata..

2 comments:

  1. Hehe.. U are the first person that i tagged write an entry... Heeheh.. Well now i knew something about u...

    ReplyDelete
  2. Kak Bibi, adik mithali la katekan (muahaha..bleh pulak gitu).

    ReplyDelete