12/09/2012
Salam Sejahtera.
Hari ke-3 kami di Sydney dimulakan dengan kuar lambat ckit.
Ohho..dah banyak ari kot rasa cam tak cukup rehat je.
Tadek la kuar lewat gile.
Kalau selalunya kol 8 dah start kuar jalan, tapi arini kitorg start kuar kol 9.
Breakfast siap2 kat kantin Malaysia Hall(that day kami mkn nasi ke mee goreng ntah x ingat, pastu roti bakar pastu teh o ais-husband amik milo ais).
Memang pakej macam tu. 1 makanan berat + 2 keping roti(bleh pilih sendiri nak sapu ape) + air teh/kopi = less than 10AUD. Ingat2 lupe 6AUD ke tak.
Disebabkan kami order air lain so harga lain ckit la, but still less than 10AUD. Sgt murah dan sedap.
Orang lain kat sane minum panas2 sbb sejuk, kitorg bantai gak ais :p
Plan arini adalah Featherdale Wildlife Zoo.
http://www.featherdale.com.au/
Dari Malaysia Hall, kami lintas jalan ke bus stop dan amik bas nombor 372 dan tekan loceng bila nampak Railway Station.
Sepanjang jalan dari turun bas until Railway Station, harus la bergambar..
Yang kat blakang saya tu adalah Railway Station.
Kat sini, tiket MyMulti1 tak cover kawasan Featherdale sebab itu dah masuk zone lain. Kami beli yang cover zone 1 je(saje je poyo letak gambar tiket MyMulti3 seblom ni. Hehehe).
Maka dengan erti kata lain, beli tiket untuk ke Blacktown station.
Fuiyyo..tren nye bertingkat-tingkat(3 tingkat kot..or lebih).
Diingatkan, sila perhatikan betul2 map train(jangan salah terminal plak).
Macam kami aritu, terminal dah betul tp bukan 1 train je lalu terminal tu rupenye(hehehe..).
Maka, sesampainya ke terminal, nampak dah ada train tros dengan konfiden nya masuk tanpa tengok papan tanda train tu menuju ke mana.
So? Terpaksa turun naik train + tanya orang untuk catch balik the right train(hehehe lagi..).
Konsep tren sana sama macam lrt tempat kita gak, ada certain stop untuk interchange train.
Kat dalam train itself ada provide map so kene selalu double check bila train berenti kat setiap stop sebab dari situ kite bleh detect kot la dah tesilap naik tren.
Sesampainya kat Blacktown station, cari bus nombor 725 dan bitau driver siap2 nak gi Featherdale.
Kang kalo bas dah gerak xbleh sembang ngan driver plak.
Kejap je, dalam 10 minit dah sampai.
Senang nak cam sebab zoo ni tepi jalan je.
Kenapa kami pilih zoo yang jauh siap kene turun naik public transport banyak kali?
Even kat Darling Harbour pon ada zoo, kat Circular Quay ada ferry pegi Taronga Zoo(these both lebih accessible dan selalu jadi pilihan pelancong).
Jawapan..sebab Featherdale lagiii best. Dan lebih mesra pelancong.
Kat sini, bleh begambar dekat2 dengan Kangaroo & Koala, siap bleh usap2 mereka.
Certain zoo, koala siap dok dalam cermin lagi.
Harga? Sila tengok gambar dibawah saje ek.
Tamo cakap banyak, saya tempek je gambar dengan binatang2 kat dalam ni ek.
Manyak sebenarnye tapi pilih2 je gambar sebab nanti berjela2 plak.
Oh ya..rumah Reptilia saya tak masuk(takut!). Encik Suami masuk sorang.
Menjelang petang, kami dah abis tawaf zoo.
Superr seronok!
Cam tadi gak, kami amik bas then train ke City Center.
Sampai bandar Sydney kami jln2 sekitar Railway Station/Central Station.
Pas abis pusing2 sekitar, kami carik bas yang pegi ke Circular Quay.
Amik plak gambar area situ..kui3x..
Tujuan..sbb nak tunggu hari gelap, nak g Darling Harbour semula untuk amik gambar waktu malam.
Jom..
pegi kat Wharf 5. Pas dapat ferry, x sampai stengah jam dah bleh
sampai Darling Harbour. Sebab dier akan stop di beberapa station
termasuk Luna Park seblom sampai Darling Harbour (dalam ferry ada free
wifi ok! Sila naik ke tingkat atas).
Darling Harbour again!
Time ni tuan puteri dan merengek2 lapar.
So gi makan kebab dalam mall tu lagi.
Sambung begambar sebab bateri kamera Encik Husband masih berbaki.
Setel.. amik ferry pegi Circular Quay.
Then amik bas 373 balik ke Malaysia Hall.
Pastu tdo pengsan sampai pagi. Hahaha..
No comments:
Post a Comment