Wednesday, January 2, 2013

Melbourne - Day 4

Tarikh Kejadian : 10/09/2012


Today (maksud saya tarikh 10/09/2012) adalah hari terakhir jalan-jalan kat Melbourne.
Cam banyak tempat tak sempat nak cover.
Takpe lah, terjah yang mana sempat je dulu.
Yang x sempat nak gapai tu, kalau ada rezeki bebile kami datang lg :)
Ini hari kami bangun je kemas2 diri, kemas bag, kemas bilik(buang sampah segala-nak dpt deposit balik kan..hehehe).
Sudah sedap mata memandang dan hidung menghidu, kami gi check-out awal kat opis Malaysia Hall.
Tapi, blom btol2 kuar lagi.
Kami tumpang tinggal bag kat ruang tamu dan chow.
Plan arini nak jalan2 Kilda Beach & sambung tawaf town(area Swanson Street blom abis terjah).
Cara nak gi Kilda Beach dari Malaysia Hall adalah.. kuar je dari Malaysia Hall, amik kiri cam biasa untuk ke jalan besar.
Bila dah sampai jalan besar (ia adalah St Kilda Road), sila amik tram bukan menghala ke bandar(kalau tak silap, tram tu tulis St Kilda).
Then benti kat Luna Park(stop no 138).
Dapat? Goodjob!
Kami posing sekitar Kilda Beach.
Kalau kat Malaysia, saya takut anjing. Nampak je anjing, dari jauh dah pusing carik jalan lain even jalan tu lagi jauh.
Tapi, kat sana jadi tak takut sebab anjing2 kat sana nampak educated dan berdisiplin.
Saya pernah baca ada blogger citer dier nampak anjing kutip botol mineral pakai mulut then buang dalam tong sampah!
Abis jalan lebih kurang, kami isi perut @ breakfast.
We had toast bread together with banana+honey+mascarpone cheese.
That was yummy enough for us!
Abis mamam, men ngan burung2 yang jinak(memang purposely simpan ckit roti untuk bagi diorg makan).
Then sambung snap2 gambar lagi. Hoyeah!

Kami menuju ke..emm,tatau pe nama tempat tu. Ia jambatan nak ke tempat spt dalam gambar.
Sepanjang jambatan tu ramai orang mancing.
Kat hujung jambatan yang cam rumah tu ada cafe.
Next, kami ke Luna Park yang mana walking je dari beach.
Skali, tutup daaa..
Tepaksa begambar depan pintu gerbang je.
Janji dah pernah sampai :p
Sibuk je mat salleh 2 orang blakang tu nak soh gambar diorg masuk skali. Hoho..
Tak berapa jauh dari situ ada pekan.
So kami merayap la tengok apa yang ada.
Menarik gak.
Siap ada restoran melayu.

Jalan lagi..ada rumah2 orang gak area situ.
Cam best je dok di kawasan tersebut. Berangannn :)
Lihat la, kam dah start sun burn walaupun kami sejuk.
Graffiti lagi..
Dah abis amik angin pantai, kami amik tram ke town semula.
Kami benti depan Federation Square.
Yang kuning tu adalah the famous 'Meet me under the clock!' @ Flinder Street Station, yang cam kiub tu Visitor Center(entry seblom ni saya pernah mention Customer Info kot. malas nk edit dah. hahaha).
Ini ada 1 bangunan cantik tatau bangunan ape.
Pas snap gambar ni saya terpaksa buang lense sbb mata dah merah2.
So, pas pada ni semua gambar saya pakai spek plak ye.
Kami menyelusuri Swanson Street menuju ke arah library.
Oh..terjumpa pelukis jalanan yang sangat berbakat.
Dier men lukis2 pakai mop dan air atas lantai je.
Melukis mcm ni pon diorg kene ada lesen tau.
Cantik kan?

Banyak mall/kedai makanan halal/bangunan cantik2 sepanjang jalan.


Ini adalah lif ok. Kaya dih?

Dan ini, the famous giant purse! (mesti manyak duit dlm tu. nyum2).

Lapar? Yes! Kami lunch kat 77 Es Teler.
Makanan Indonesia.
Kalau nak bakso ka, ayam penyet ka, etc..bleh dapatkan kat sini.

Sambung jalan2 ke Victoria Library..

Ok dah, perlu pulang cepat amik tram sbb nak kene g airport plak.
Mau ke Sydney dah kami..
Sesambil tu sempat lagi bergambar beberapa das.

Sesampainya depan Malaysia Hall, singgah begambar seminit kat Victoria College For The Deaf bertempat btol2 dpn Malaysia Hall.
Lawa bangunan nye.


Bergambar depan Malaysia Hall Melbourne sebelum belepas.
Thanks!

Kami dijemput oleh Starbus (dah pernah citer kami amik return trip, remember?).
Sangat bagus sbb driver tanye naik flight mana dan kemana?
Then, beliau anta btol2 depan pintu terminal flight tersebut.
Sangat penting sbb sana besauu, kalau dier drop pintu terminal lain nanti penat nak jalan.

K la, happy new year!
Citer pasal new year dan ape jadi kat airport Sydney nanti saye citer later k..

2 comments:

  1. tq dear info yg menarik..boleh tnye ape2 ke mengenai melbourne dkt u?

    ReplyDelete