Tuesday, January 29, 2013

12/12/12 & Port Dickson..Hoyeah2!


Tarikh Kejadian : 13 Disember 2013.

 

Salam Sejahtera.
Citer arini adalah, bz kat opis as always.
(time tadak org, harus la posing dlm lif).

   
Pastu kol 6 lebih gitu, balik umah dinner + kemas dapur+mandi+lipat kain..now dah bleh bergelumang rehat2 atas katil. Yeay!

Nak kongsi cerita la ckit..
Hehehe..kalo dah ada tarikh kejadian, maknanya ini citer basi lagi la :)
 
Sebelum tu, nak flashed back ckit time bday ayahanda.
Cun date beliau-12.12.12!
Harus lah saya balik(balik sorang je sbb org lain ada komitmen keje) & tempah kek ngan sepupu.
Seprais ni..Abah tatau pon. 
Saya balik ngan bas pd mlm 11/12/12 so sampai Subuh di KB.
Adinda ngan husband beliau dtg pickup senyap2, masuk umah sambung tdo pon senyap2.

Pagi esoknya, mmg tekejut tak hengat bila dier nampak saya.
Hahaha, kelakar sgt muke Abah tekejut time tu. Cam nampak haper je..Kikiki..
Dipendekkan citer, saya tempek gambar2 sekitar bday Abah saya.

Kek ini isinya red velvet. Nyum3!
Abah sayang nak potong gambar. Sudahnya, jadi cenggini.. Muahaha..

Petang 12/12/12 tu jugak saya kene amik flight balik KL sbb 13-14 Dec 2012, ber outstation di PD.
Tapi..pas abis sesi on 14/12/12, saya tak terus balik KL.
Sebab, family saya pon dtg PD!
Dah lama plan nak bawak diorg jalan2 PD so mmg awal2 lg kami booked PD Kondo TNB.
Bertempat btol2 seblah Tistle Hotel.

Sini di antara rumah peranginan TNB yang sgt cpt laris. So, kene booked awal2 kat dalam sistem especially time2 cuti skolah.
Kami tempah kondo 3 bilik:

Ini plak gambar ruang tamu, dapur dan koridor.
Ada beberapa angle lagi yg bejaya di snap tp berjela2 plak kalo letak semua.

Agak best port yang kitorg dpt sbb dari koridor bleh ushar swimming pool & pantai.

 Sepanjang 3 hari 2 malam kat sana, sempat gak la seround kat pool dan 2 round mandi pantai.
Oh, dan melawat jiran seblah gak 2 round(Tistle..best! tp gambar x snap).

Aktiviti kat PD adalah jalan2 Teluk Kemang, pusing2 bandar PD, Tanjung Biru dan selebihnya merehatkan minda. Ewah!
Ada gak plan nak ber ATV bagai tapi cuaca tak menyebelahi sbb siang byk ujan.

Tu lah serba sedikit citer utk kali ni.
Sebelum noktah, saya sajikan gambar keluarga kat depan unit kondo kami kat sana (saya & adik lelaki x masuk dlm gambar).

Tata & jumpa lagi!


 **Pas dah publish citer ni tadi, tetiba ia hilang. Orang bunian culik ka? Terpaksa la buat balik entry yang sama. Huarghh! So, kalo ada senget-benget dimemana, hadap je la ek.

Monday, January 28, 2013

Longgg Weekend on January 2013.

Assalamualaikum..
Apa khabar?
Acaner wiken? Syok?
Saya bertuah sbb terlibat dengan negeri2 yang diberi cuti lama. Yeehaa!
Cuti Maulidur Rasul(Khamis) + Thaipusam(Isnin). Maka, Jumaat saye amek coti laaa..

Khamis pagi lepas Subuh, Encik Suami p hantaq saye ke Mentari Court sbb saye menompang kasih/kereta sepupu utk balik ke KB (balik single ok..lalala).
Tak dapat nak story-morry byk2 sbb gambar tak snap spanjang pejalanan.. lalala
Alhamdulillah, jln tak jem langsung. Ada roadblock je 2 ketul. (Aimi + Amira, tq!).

Aktiviti ari Jumaat, last minute decide nak pegi Terengganu anta adik nombor 4 ke KT.
Maka, burn la tiket beliau. Hahaha..
Seblom gi sana, kami adik-beradik bershopping2 baju kat KB Mall.
Ni, saya coba2 peplum tapi x bli. Adinda bongsu yang bli.

Ni seblom naik keter ke KT. Sempat posing dgn bag yg saya beli utk bakal anak sedara.
Plan nya, pas balik dari KT nak singgah umah adik no 3 kat Besut(utk bg bag & brg2 lain).
Comei tak bag dan tuannya? Hehehe..
Tempek gak la gambar adik nombor 4 & 5/bongsu. Kang majok. Hahaha..

Sabtu, lepak2 umah je. Oh, ada gak g shopping tudung ckit kat Pasar Siti Khadijah.
Then kol 5:15PM, belepas ke KL naik Air Asia.
Sampai KL, Encik Suami culik saya dan kami pegi dinner kat Dubu-Dubu Midvalley.
Tak snap plak gambar Japchae yang saye mkn. Sdp giler!

Aktiviti ari Ahad iaitu arini adalah ke Midvalley mkn Pepper Lunch Beef Pepper Rice. Dapnye!
Dan, tujuan g sana utk beli barang Smarties ckit kat kedai haiwan tingkat plg atas sana tuh.

Then, balik umah smule : kemas umah + basuh kain + uruskan Smarties.
Time sapu beranda dok berangan bila la nak start eksesais/guna balik beskal ni. Kui3x..
Abaikan dinding blakang tu. Time kitorg start duduk mmg kaler dah celoreng mcm tu. 
Dah bli cat tp tatau bile seru/dtg kerajinan nak mengecatnye. Kui3x..

Agak dah petang ckit, mula la plan nak merayap lagi. Kui3x..
Resultnye, kami ke Dato' Keramat utk mkn ketam. Nyum2..
Kedai ni btol2 seblah Masjid Al-Akram Dato' Keramat.
Gambar dpn nye saya tempek yg dari blog org lain punye k? Sbb time tu ujan renyai2, tak koser nak membasahkan diri lelama kat luar.

Yang bawah2 ni, gambar ori dari phone saye dah.

Nyum3.. haha, byk plak gambar.
Next destination, alang2 dah kat sana, wat2 terpesong ke KLCC la jap.
Tak disangka2, terbeli sepasang lagi Jelly Bunny. Ngeh3x..
Cer teka, yang mana 1 saya bli?

Encik Suami tergoda ngan Garret Popcorn again! Pantang dtg KLCC :p

Plan nak lepak dpn fountain KLCC, skali tgk ujan blom benti.
So, sempat ngetest InstaWeather je la ckit.

Sampai2 umah, susun kasut dalam rak.
Penuh dah rak. Lalala.. Partition tgh, Encik Suami punya :p
Pasni nak kene wat cleansing buang kasut/sandle yang perlu lah so that leh tambah koleksi lagi (ops!)

K la, almost jam 12 dah.
Saya sajikan video Smarties sbg peneman tdo anda :) Error plak nk upload video. Haih.. Lenkali la.
Goodnite!

Tuesday, January 22, 2013

Singapura Lagi

Tarikh Kejadian : 09/11/2012


Baru je lepas citer pasal trip ke Singapore.
This time nak citer bahawasanya a few weeks later kami ke Singapore lagi!
Lalala..
Tapi kali ni kami pegi naik flight, Jetstar Airways dari KLIA.
Bawak 2 adik sebab cuti skolah so bwk la mereka jalan2.
Untuk trip kali ni, kami gerak ari Jumaat pagi(bererti saya apply cuti sehari).

Ke Singapore naik flight is easier @ tak komplikated macam naik bas.
Duit je la kene lebih ckit.

Saya citer laju2 la ye sebab dah penah ada citer pasal Singapore seblom ni.
Ini gambar mereka kat Cangi Airport, Singapore.

Dari Changi, kami amik MRT.
Caranya. Kene pergi ke terminal 2 atau 3 amik ala2 monorail.
Dah sampai sana, bli tiket ke memana tempat anda mau stop then naik MRT.
MRT yang naik ni tak bawak tros ke town. Anda kene tukar train kat station Tanah Merah.
Kalau kami yang nak ke Chinatown ni, pas naik tren dariTanah Merah station, kene tukar lagi tren kat station Outram Park.
Usaha anda masih perlu diteruskan.. Pas naik tren, benti la anda ke Chinatown station(1 stop je dari Outram Park tu).
Kami ke Chinatown sebab nak check-in Adler Hostel lagi!
Disebabkan hujan lebat, kami lepak2 hostel je.

Petang, kuar cari makan.
Then.. pegi cari Singa Muntah! Hahaha.. Time 1st time saya dtg dulu tak sempat jumpa singa muntah.
Ohhoo..ia bertempat ni Merlion Park. Kami kesana naik MRT, benti kat station Raffles Place.
Ingatkan dekat la rupenye jauh gak nak kene jalan. Huhu.. Mebi sbb dah penat byk jalan that day.
Ala..kalo kat Malaysia ni bleh je start tawaf/jalan kaki dari KLCC ke Sg. Wang jalan kaki. Tak bising pon. Padahal lg jauh :p

Mahap le gambo gelaps ckit, x bwk DSLR lor..

Hari ke-2, kami bawak adinda2 ke USS. Walaupun time ni peak hours(harga sepatutnya $74) tp kami dpt 15% less sbb pakai Maybank Credit Card.
Seblom masuk, breakfast dulu kat Malaysia Food Street, seblah entrance USS je.

Then baru mula begambar. Adinda2 hampir cover semua mainan2 kat dalam tu.
Tak berapa ramai plak orang bebanding time saya dtg aritu. Mebi sbb side pagi ada ujan2 ckit kot.
Saya dan Encik Suami plak aim perkara2 yang tak sempat diterjah spt Light Camera Action, Transformer, Water World, etc..
Ada gak game kami men 2x. Hehehe..


Tengok, mereka pon dah gile tumbler gak. Beli sketol sorang wat kenangan.
Pastu asek2 je g topup air. Hahaha..
Oh, org ghumah saye pon beli gak. Tanak kalah tuh :p

Petang dalam kol 6 gitu, ada pertunjukan ala2 perarakan cenggini.
Kitorg tak melepaskan peluang amik port bertenggek tepi jalan melihat mereka2 beraksi.

Setel ke USS, kami abiskan hari ke-2 kami kat sana dengan jalan2 dalam Vivo mall(sempat kitorg men celup2 kaki kat ala2 pantai buatan sendiri tingkat atas Vivo) then shopping ckit2 kat Chinatown.

Hari ke-3 plak, pas breakfast kat hostel & check-out, kami bawak adinda2 mengenali Orchard Road.
Oh ya, bag2 kami tumpang tinggal kat Adler Hostel.
Kalo x dtg Orchard cam x lengkap dtg Singapore dok?
Tapi gi kejap2 je. Then lepak minum kat Coffee Bean sebab kat sepanjang jalan crowded gile dgn orang Philippine & Indon.
Rasa cam duduk kat negara diorg plak.

Selesai minum2. Kami ke Vivo mall semula sbb nak g Sentosa lagi skali.
Kali ni kitorg xmo naik tren, kitorg nak g via Sentosa Broadwalk(sila cari signboard kat dlm Vivo k).
Entrance ke Sentosa kalo pakai benda alah ni adalah $1.

Bergambar sekitar ruang legar USS.

Next, kami amik tren Sentosa Express ke Imbiah Station for free! Kikiki..
Kat sini ada a few tempat menarik spt lookout point, cable car, skyride. Butterfly park pon ada kalau tak silap.
Yang pasti, sini ada Merlion(singa) besarrrrr sgt.

Last station, kami ke Beach Station.
Sini ada beberapa pantai untuk dilawati iaitu Siloso dan Palawan.
Setiap beach ada attraction masing2 dan xyah jalan kaki. Ada tram dtg kutip korang. Cuma kalo time ramai tu mmg hazab berpeluh tunggu turn.

Masing2 time ni dah sayur kangkung kepenatan so senyum pon x brapa nk lebar begambar. Ni je la gambar yang mampu di snap sepanjang kat sana.

Abis tawaf, kami semua balik ke Vivo dan amik MRT ke Chinatown sbb nak kene pungut balik bag2 yang ditinggalkan kat Adler Hostel.
Sebab semua dah abis gas, maka amik cab je la tros ke airport. (hahaha, baru korang tau camana pengalaman ber Amazing Race).

Ini gambar sempat snap time dlm cab utk ke Changi Airport. Pakai enset je.

Bye2 Singapore. Insyaallah, panjang umur murah rezeki kami dtg lg :)