Friday, January 4, 2013

Sydney - Day 1

11/09/2012
Mukaddimah citer Sydney adalah flight ticket dari Melbourne ke Sydney.
Kami memilih penerbangan Jetstar Airways sebab.. of coz la murah!
Dah kaji beberapa internal flight ke Sydney dan untuk tarikh kami nak pegi, Jetstar is the cheapest!
And, yes! Segalanya dah diuruskan siap2 time kat Malaysia lagi.
Kalau tengok pada flight detail di atas, kami TERPAKSA beli flight return ke Melbourne.
Gini citernya.. Pas dah beli flight dari Malaysia ke Melbourne, tak lama lepas tu Air Asia start buat penerbangan ke Sydney dah pulak!
Huarghhh..saddis..telepas,tadak rezeki. Kami mmg plan nak gi samada Melbourne & Sydney OR Melbourne & Gold Coast.
Kalau tak, just beli tiket KL to Melbourne(Air Asia X) -> beli internal flight ke Sydney(Jetstar) -> Sydney to KL(Air Asia X).
Kan???

Kami menjejakkan kaki ke bumi Sydney dah tengah malam.
Sama macam plan time sampai Melbourne aritu iaitu tdo airport.
Aura scary cam kureng ckit sbb dah tau Sydney tak sesejuk Melbourne.
Maka, kami mula cari port nak tdo. Airport sini cam tak semeriah Tullamrine Airport, Melbourne.
Bila dah dekat ujung2 kan, nampak staff sana mundar-mandir pandang2 kitorg.
Tak lama pastu, datang sorang lady bitau yang diorg dah nak kunci airport.
What? Mati la.. Pelik gak apsal sampai nak kene kunci?
Rupenye kami mendarat domestic airport(ye gak sbb gerak dari Melbourne). Patut la xde orang stay.

Then, kitorg tanye jauh tak international airport dari sini sebab diorg tak combine skali.
Kata lady tu, jauh.. Xbleh jalan kaki.
Dan katanya lagi, last bus dah telepas & cab pun susah nak dapat sebab orang dah alert by this time airport tutup so cab nak masuk watpe lagi kan?
Nak gi town pon jauh gak dan kene jalan kuar dari airport untuk tunggu cab kat jalan besar.
Sayu :(
Lady tu suggest untuk lepak McDonalds kat luar airport(still kene jalan).

So, kami angkut beg men jalan je carik pintu kuar dan carik katne celah si McDonalds tu.
Pas pening2 carik jalan di mlm yang pekat dan sejuk sampai cam dah nak beku, akhirnya jumpa McDonalds.
Takkan nak lepak saja2 so beli la air untuk panaskan badan then carik port tdo.
FYI, kat McDonalds ni ada beberapa orang cam kes kitorg. Ada yang dah siap tdo tegolek atas kerusi McDonalds.

Selang beberapa jam pastu, kami dikejutkan oleh staf McDonalds(org lain pon kene kejut gak).
Diorg cakap nak tutup kedai dah (time tu rasa cam nak nanges airmata darah).
Tapi..diorg jemput masuk ke bilik mainan kanak2(yang ada gelongsor bagai) untuk tdo. Alhamdulillah..
Kat dalam tu memang dah ada beberapa orang begelimpangan.
Terasa macam pelarian jap. Huhuhu..

Pepagi esoknya kami bangun pas dah bunyik bising2 (McDonalds dah start beroperasi jual breakfast).
Kami gi toilet untuk perkara2 sepatutnya then mula menapak balik semula ke airport domestic Sydney.
Tujuan? Tunggu cerah dan nak amik bas yang masuk ke airport.
Saya dah salah study. Seblom ni saya study transport airport international sbb tatau plak diorg punye airport split).
Sesambil tunggu cerah, kami breakfast seperti gambar dibawah(ice peach tea sana sedap giloss sampai tahap addicted sbb tak manis mcm kat tempat kite).

Then, bila kedai bukak, pegi beli tiket MyMulti untuk membolehkan kami naik public transport kat sana.
Boleh rujuk sini, dier ada beberapa kategori dan zon : http://www.cityrail.info/tickets/which/mymulti
Kami beli weekly sebab ada daily, weekly dan Quarterly & Yearly. Dah kira2 dah..Even kitorg duduk sana tak sampai seminggu, still lebih jimat berbanding beli daily.
Dan, lagi senang takyah pening kepala tetiap ari nak kene cari tiket.
Dah tanya siap2 staf kedai yang super baik tentang bus mana satu sesuai untuk ke Malaysia Hall Sydney(bagi alamat soh beliau tengok).

Ni gambar tengah tunggu bus nombor 400 yang pegi Randwick Junction.
Dari situ kene menapak ke Malaysia Hall Sydney sebab bas yang lalu btol2 depan Malaysia Hall xde masuk dalam airport.
Sini pon sama, susah nak sembang ngan driver bas sbb diorg x dibenarkan becakap time drive. Siap ada kamera atas kepala mereka untuk direkod.
Kami pon men agak2 je la Randwick Junction kat celah mana(mata kene liar tengok signboard k).
Pas turun bas, rupenye jauhhhh gile kami jalan ke Malaysia Hall(x dapat nak bagi direction kat sini sbb kami pon sesat2). Or mebi kami turun bas terlalu awal.
Pendek kata, korang amik je la cab dari airport untuk g Malaysia Hall Sydney ye.. Rumit ckit nak turun naik bas, menapak segala dengan beg2 berat.

Sesampai ke Malaysia Hall Sydney, nampak ada khemah. Rupenye smalam diorg ada buat Majlis Hari Raya. Siap ada menteri datang.
Kami disambut dengan sangat ramah oleh penghuni sana.
Siap breakfast roti canai+roti bakar dan teh o ais lagi kat kantin Malaysia Hall(lupe nk inform, Malaysia Hall mmg ada kantin dengan harga makanan Malaysia yang berpatutan).
Kami dibenarkan check-in awal tapi pastu just letak bag je dulu kat bilik sbb bilik blom kemas(patutnya kene check-in tengah hari).

Bila perot dah kenyang, kami lintas jalan(Malaysia Hall Sydney btol2 depan jalan besar) untuk ke bus stop yang sekangkang kera je dari lokasi.
Kami amik bas nombor 373 untuk ke Circular Quay. Sini servis bus memang mantap. Kalau telepas, xyah tunggu bejanggut untuk dapatkan next bus.

Kami mula la terjah sekitar Circular Quay.
Tengok gambar je la k.

Bebetul seblah Sydney Opera ada garden cantik bleh golek2.
Pastu saya cakap kat Encik Suami 'i suke la garden2 kat sini. Nanti kalo becinta lg i nak hampar tikar sambil makan2 sandwich bawah pokok'.
Menyirap je dier. Muahaha..

Singgah makan eskrem Gelatissimo sekitar Circular Quay.

Menjelang petang, perut lapar.

Kami amik bas ke George Street sebab nak gi makan kat Kasturi Cafe(femes ni!).
Jadual bas selalunya ada je kat bus stop..hehe saya lupe aritu amik bas nombor berapa.
Maklumla tiket MyMulti unlimited untuk bus, ferry & tram so naik la 100kali pon xpe.

Saye ada tahu Kasturi Cafe ni dekat dengan the famous Paddy Market. So jalan pi carik.
Jumpe! Tapi aritu tutup(dah tau dah tutup. Saje survey jalan siap2).
Ini maklumat Paddy Market http://www.paddysmarkets.com.au/. Bukan tetiap ari bukak ek..
Kami masuk jalan2 tengok mall seblah Paddy Market tu dan jalan Chinatown sekitar.

Next, amik tram depan Paddy Market iaitu Chinatown/Paddy Market station ke Convention Station (2 stop je).
Kat sini, walking distance je ke Darling Harbour.

**Tak bekesempatan nak naik bas Hop On Hop Off neh.

Bila jalan2 kat Darling Harbour ni terasa macam jalan kat perkarangan KLCC(tatau nape..Encik Suami juga punya feel yang sama).

Sini ada macam2..Maritim Museum, Madam Tussauds, Wildlife Zoo, Aquarium pon ada.
Kami jalan2 sana sampai malam.

Dinner kat foodcourt dalam mall. Ada satu kedai Kebab halal.




Tujuan kami lepak sana sampai malam adalah..Jeng3x!
Nak amik gambar Harbour Bridge dan Sydney Opera waktu malam.
Chantekk!
So, dari Darling Harbour, kami pegi ke Wharf 3 untuk ambik ferry pulang ke Circular Quay.

Kat atas ferry snap gambar, pas dah mendarat pon begambar.
Ramai giler photographer dok amik nak amik gambar Harbour Bridge dan Sydney Opera.

Dah agak2 kamera Encik Suami dah nak abis bateri, kami pon amik bas nombor 373 semula dari depan Circular Quay untuk ke Malaysia Hall.
Balik sana tdo kroh2x..
Bestnye dapat katil :)

3 comments:

  1. salam,akak..canne nk book utk stay kat malaysian hall sydney? bole explain proses die x? tq

    ReplyDelete
  2. Salam..boleh rujuk sini :)
    http://www.msda.org.au/

    ReplyDelete
  3. salam malaysia hall jauh tak ngn university of sydney

    ReplyDelete