Thursday, January 17, 2013

JB & Singapore! - Part 1

Tarikh Kejadian : 8/10/2012


3 bulan lepas (pergh!!!), saya dihantar outstation ke Johor selama 3 hari.
Utk tarikh 9&10 Oktober, kene bekeje kat Kulai.
Untuk tarikh 11 Oktober plak, kene ke JB.
Oh..seperti biasa, saya drive sorang dari KL ke JB. Neves sbb since abis blaja dulu, ni la first time nak ke Skudai/JB semula sorang2.
Dah la pesen tak terer tengok peta, so awal2 lagi mmg dah kene study jalan siap2. Huhu..
Asalnya nak tdo hotel walaupun penakut.
Tapi blom carik hotel lagi, plan nak walk-in je.
So sesampainya ke Skudai since masih awal, plan nak g ziarah umah sepupu kat sana.
Beliau pelawa tdo umah beliau. Hehehe..sengih la saye selaku seorang penakut tdo hotel sorang.
Maka, sepanjang 3 hari 2 malam kat Kulai, saya menompang umah sepupu (Habib & Kak Nas) di Skudai.

Tq banyak2 ye..
Tadek gambar nak tempek, segan nak ajak tuan umah begambar :)
Ada bejaya snap 1 gambar budak encem ni je (anak sepupu, nama nya Adam).
Time kat sana gak, sempat ber 'reunion' bersama Ude, geng UTM dulu.
Kami lepak makan2 Sushi King kat JJ, Skudai.
TQ Ude blanje saye :)
Tak sempat bergambar pon kite kan..huhu..
Saya kalau stiap kali pegi outstation mmg payah nak berjalan ckit sbb slalunya aktiviti habis lewat petang.
Tau2 balik je dah penat, nak rehat+makan+tdo cas energy utk esoknya plak je.
So, mmg tak sempat la nak singgah JPO ke, Legoland ke..

Hari ke-3 di Johor, saya berhasrat nak g tdo kat JB la plak.
Segan weh lelama sgt menyusahkan org ni..kikiki.. Time tu dah kuatkan semangat jatidiri untuk tak takut tdo hotel sorang2.
Dan..telah berjaya memujuk Encik Suami untuk dtg teman. Yeehaaa!!!
So, pas abis sesi di Kulai, tros gerak g JB.
Tu pun nasib tak sesat.
Check-in la saye di Thistle Hotel, JB sbb situ dekat ckit ngan opis nak kene bekeje esoknya.
Hotel ni cantik.
Cuma..free wifi tadek. Kalau nak, bayar RM20 sehari kalo x silap.
Tu pun bukan bleh tenet sesuka hati, kene g kat meja disediakan dan cucuk kabel.
Untuk malam pertama kat Thistle, still terpaksa tdo sorang2 sbb Encik Suami esok pas keje baru dtg.
Tak kuar bli dinner pon, malas.. hihihi.
Dah le takleh tenet, 3G kat bilik pon slowwww dan kadang2 xdpt 3G pon. Saddis!
Maka, tdo lah saye dalam lampu terang-benderang dan tv tak tutup sampai ke pagi.
Selalunya stiap kali outstation, saya mesti tdo2 ayam je sebab terlampau 'berani' tapi kalini lena btol saya tdo. Alhamdulillah..
Setel sesi kat JB, saya tak balik hotel tros.
Saya direct gi Larkin untuk survey jalan. Kang nak g jemput Encik Suami plak.
Dekatttt je rupenye dari hotel nak ke Larkin. Tak sampai 15 minit drive.
Gud2.
So pas dah balik hotel rehat2 segala, tunggu Encik Suami roger.
Dipendekkan cerita, pas jemput beliau, kitorg benti tapau makanan kat kedai tak jauh dari hotel.
Kedai tu stendet2 restoran tp suram xde org.
Blasah je la sbb saya bukan tau memana kedai lain area situ. Lagipun dah lewat.
Result? harga tak padan dengan kualiti.
Tak shedap dan mahal(nasib baik lupe nama kedai tu apa. Kalau tak, slamat la kene publish sini).
Malam tu Encik Suami turun amik2 gambar ckit sekitar Thistle.
Pastu kitorg chow g survey jalan ke Terminal Bas Kotaraya 2 untuk aktiviti esok hari :)
**************************************************
Tarikh Kejadian : 11/10/2012
Hari esoknya punye citer.
Kami breakfast siap2 kat hotel dan check-out.
Pastu, p tinggal keter kat opis TNB JB(hihihi..bleh ke citer ni ek? Lalala).
Then, tahan cab untuk ke Terminal Bas Kotaraya 2.
Sampai terminal, kami tunggu bas merah 2 tingkat untuk ke Universal Studio Singapore!
Harga RM5 kalau tak silap.
Leceh gak naik bas ekceli sebab banyak kali kene turun naik untuk setelkan kastam segala.
Bas mmg hantar sampai bawah je. Then kite yang kene manually naik dan setelkan urusan, then turun cari bas yang kite naik tu semula.
Part yang bestnya, bas mmg last2 akan benti btol2 bawah USS.
**TQ kpd Encik Suami sbb tlg bwk paspot. Maklumla, plan last minute katakan.
So, kite enjoy!!!
Harga tiket $68 sorang sbb time ni bukan Peek Hour.
Kitorg sampai time gate blom start bukak pon lagi.
Betty Boop.
Frankenstein yang dtg cekik org sepanjang jalan.
Poo.

Kat dalam tu kami hanya shopping fridge magnet & thumbler saja. Hehehe..

Benti makan 2x kat dalam tu.
1st, kat kedai fast food(makan burger) then benti makan eskrem Ben & Jerry.

Sambung tempek gambar lagi ckit.
Besabo je la k :)
Puss in boots.
Jurrasic Park.
Far Far Away
Madagascar.
Shrek pikul bag balik umah dier.hihi.

Agak2, USS dah nak tutup, kami terpaksa chow walaupun tak abis cover semua game dlm tu.
Dari sini, singgah begambar sekitar USS ckit.
Then, amik MRT ke Vivo. (Kalau dari USS, free je).
Sampai Vivo, kami amik MRT lain plak ke Chinatown sebab nak cari tempat untuk tdo.
Sempat gak la shopping ckit2 kat Chinatown tu.
Dengan sempoinya, kami check-in hostel saja.
Adler Hostel namanya. Dekat area Chinatown tu je.
Walaupun hostel, ia selesa dan privacy sbb setiap katil ada langsir sendiri dan locker sendiri kat bahagian dalam.
Emm..dah panjang sgt dah entry ni even citer dah laju2.
Next day nya, saya citer kat entry lain plak k.
Tata!

2 comments:

  1. kuat sungguh berjalan.. hehehe best nye boleh impromtu cam gitu.. k.bibi tk berani.. everything kene plan.. hahaha takot bajet lari..

    anyway, looking for foward your day 2 singapore entry..

    ReplyDelete
  2. Saya dulu2 pon tak brani Kak Bibi. Semenjak ada partner ni, asek men terjah je..hihi

    ReplyDelete