Thursday, January 10, 2013

Sydney - Day 3

13/09/2012
Tiba lah hari last kami kat Sydney.
Sebetulnya, memang kami dah ada itenary sendiri tapi ia diubah berdasarkan suggestion Akak kat Malaysia Hall time sembang2 dengan beliau time breakfast.
Di pagi ini jugak, kami kemas2 bilik dan bag(beria bawak megi tp tak sentuh langsung..huhuhu).
Pastu check-out awal. Cam biasa lah, tumpang tinggal bag-bag kat ruang tamu.
Tujuan pertama, ke Circular Quay amik ferry ke Manly Beach.
Yang ni kene naik kat Wharf 3.

Abis posing, amik ferry balik ke Circular Quay.
Plan nya nak singgah Luna Park(perlu amik same ferry ke Darling Harbour).
Sesampai ke Luna Park, tutup(xde rezeki..time kat Melbourne aritu pon tutup).
So, bergambar kat sekitar sana je la.
Sudah tu..amik ferry ke Darling Harbour sebab kami nak gi shopping kat Paddy Market.
Hoorey!!!
Caranya, amik tram stop Convention untuk ke Paddy Market/Chinatown stop.
Ada la beberapa hasil tangkapan. Takleh beli banyak, nanti telebih muatan. Ngeh3x..
Abis shopping, perot keloncong sudah..
Again, kami makan kat Kasturi Cafe sebab dekat dengan Paddy Market.
Perot dah kenyang, angkut barang2 hasil tangkapan terjah ke mall terdekat untuk cari coklat.
Tadek la kitorg men sambar je. Dah google siap2 apa ingredient yang kite boleh dan tak boleh makan.
Sourvenir setel, coklat setel..
Next. Amik bas ke Bondi Beach.
Bas ke Bondi ada beberapa iaitu number 333, 380, bla..bla..bla..
Luckily kami disapa oleh orang sana, dan beliau nak ke arah Bondi gak maka dier suruh follow dier.
Dan time dalam bas, ada Indian lady tegur kami 'dari Malaysia ke?'.. Hahaha, mau tak tekejut ada orang cakap melayu? Rupenye dier mmg orang Malaysia tapi dah lama settle down kat Sydney.

Sampai Bondi je ujan lebat.
Saddis!
Situ quite famous bagi orang2 surfing.
Takpe la, takde rezeki nak jalan lama2 kat pantai tu.
As long as dah pernah sampai :)
Hari dah melewati petang. Maka, amik bas pegi Circular Quay semula(ada je bus ke Randwick Junction pastu kene jalan kaki balik ke Malaysia Hall tapi takut sesat rugi masa plak).
Dari Circular Quay, amik bas nombor 373 balik ke Malaysia Hall.
Pickup bag then amik cab ke airport.
Sampai airport, flight kami ke Sydney delay 2 jam stengah!
Pesen2 Air Asia jugak si Jetstar neh.
Pe nak buat.. tunggu je la.
Rezeki menunggu lama, dapat duduk hot seat tetiba.

Bila dah cecah airport Melbourne, mmg dah mula menular sejuk even dah standby baju 3-4 lapis+jaket.. stokin pakai 2 lapis siap!
Rasa cam fobia nak tido airport Melbourne lagi so kali ni kami bantai tdo dalam surau. Kikiki..
Dah nak dekat pagi..xde orang dah nak masuk smayang Isyak kot :p

Bgn Subuh awal sbb nanti org nk masuk solat plak.
Pas setelkan perkemasan diri, kami pun masuk ke perut Air Asia X untuk balik ke Malaysia.
Memang bantai tdo je sbb penat. Bgn mkn lasagna & Nasi lemak Pak Nasser, then tdo lg..
Sampaikan si Ben(mamat yang duduk seblah i dalam flight) cakap 'you guys sleep a lots!'.
We are damn tired la Ben.

Kesimpulannya, vacation kami sangat best even penat! Berbaloi2..
Orang sana sangat friendly dan mudah sgt kalo nak tanya2 direction. Yang penting, kene ringan mulut.
Saya personally tabik dengan diorg punye public transport & tahap kebersihan bandar.
Really hope one day negara kite dapat capai tahap mcm tu gak.

Kos?Because ada yang tanya.  Emm.. pendek kata, kalau amik tour pakej kene bayar almost 10k sorang.. then our cost most likely 10k untuk 2 orang cover termasuk penginapan, tiket masuk, flight, makan, public transport.
Memang jimat banyak kalau buat trip sendiri(cuma perlu extra effort untuk grab the lowest flight ticket +study tempat2 nak pegi sana beserta how to go).
Sekian perkongsian citer saye :)

**Hari 1st je pakai tudung bawal. Next-next day pakai tudung awning dah plak sbb tak bawak @ malas bawak iron. Sempoiii..
*Sepanjang kat Sydney sempat berkenalan dengan Kak Syima(Kak Syima, if you read this). Kak Syima ni friendly. Beliau tinggal kat Tasmania(perghh, cejukk!)

No comments:

Post a Comment