Friday, February 12, 2016

Cadangan Susu Kambing Sedap - Khalish

Assalamualaikum.
Dah minum susu arini?
Hahaha..mentang2 tajuk arini pasal susu kambing, terus tanya khabar susu ye.

Arini aku nak share ckit pasal susu kambing yang aku baru minum 1  kotak.
Sebab sedap, so aku review kat blog.
Sharing is caring kekdahnya..

Susu yang aku maksudkan, nama dier Khalish.
Ni haa packaging nye.
Ada 2 perisa, asli & koko kurma.
Sebab aku minum yang koko kurma, so entry kali ni pasal koko kurma saje lah.
Yang atas tu gambar curik dari Instagram.
Ni pulak gambar yang aku snap time susu yang aku order dah sampai.
Rushing2 snap so ada masalah pencahayaan sikit 
Kesian kepala kambing tu silau :p


Perkenalan pertama aku dengan susu ni sebab tengok kat Instagram Irene Nadia.
Macam ada satu aura push aku suruh try.
Cecepat aku bukak IG Khalish HQ ni, amik contact then watsap nombor yang ada kat situ.
Aku order 1 kotak je dulu, perisa koko kurma.

Excited dan curious nak rasa bancuhan susu ni sebenarnya.
Sebab orang selalu cakap susu kambing ada bau kan.
Pastu pulak kat kotak susu Khalish cakap susu ni tadek bau.

1st cawan aku bancuh, terus semena-mena nya aku suke susu ni.
Pernah minum air coklat Cadbury 3 in 1 yang kaler purple tu?
Haa..pada aku, rasa susu coklat Khalish koko kurma ni ada macam air Cadbury tu.

Semenjak itu, rajin nye lah hai aku bancuh si Khalish ni tetiap hari.
Kekadang, dah siap bancuh dan minum secawan, tang2 tu jugak pegi bancuh secawan lagi.

Sebab sedap, aku tambah lagi order 3 kotak. Over kan! Hahaha..
1 kotak untuk minum kat umah, 1 kotak untuk aku minum kat opis, 1 kotak lagi aku suruh pos kat umah parent.
Ada kasi member opis minum gak, sedap katanya dan dier pon minat nak order jugak (hahaha..bleh dapat komisyen tak gini?).

Pada aku, rasa memainkan peranan penting.
Kalau banyak khasiat tapi rasa ke laut, payah nak bagi orang istiqamah.
Macam susu kambing Khalish koko kurma ni, 1st aku suke sebab rasa dia sedap.
Lepas dah menikmati kelazatan(amboi..) baru lah aku kelebet2 apa khasiat2 yang ada pada susu ni.
Bleh gitu? Hahaha..

Banyak rupenye benefits.
Aku terjah kat website Khalish ni je.
Meh aku tempek satu persatu.


 




Kalau nak order, bleh belek2 nama senarai agent yang ada dalam website tu atau kat Instagram bawah ni.
Nescaya korang takkan jumpa nama aku sebab aku bukan agent. LOL!
Aku review sebab produk ni bagus dan aku tak dapat pa pe upah pun buat entry ni.
Aku cuma panjangkan sebaran untuk pa pe mende bagus yang aku jumpa.
Mana tau hebahan aku ni sedikit sebanyak bantu promosi produk orang kan.
Tolong permudahkan rezeki orang, mana tahu Allah bantu murahkan rezeki aku jugak J
Cuma kalau nak tanye lanjut pasal susu Khalish ni, takpat nak tolong sangat la. Sila contact senarai tertera dalam website (www.khalish.com.my) atau IG diorang ek..

Harga?
Sekotak RM44, dapat susu 500gram.
Packaging dier bukan pakai sacket2 macam 3 in 1 tu ye (1 paket, 1 cawan air).
Harap maklum.
Yang ni korang kene cari 1 tupperware/bekas kerdap udara dan masukkan semua dalam bekas tu.
Bebila nak minum, korang cedok la ikut sesedap citarasa uolls.
Kalau aku, untuk secawan aku pakai dalam 4 sudu. Aku pakai sudu untuk kaut susu tepung baby tu..buleh? Hahaha..
Then, bancuhan aku akan jadi sedang elok, cukup lemak, tak berapa manis sangat.
Selamat mencuba J

No comments:

Post a Comment