Thursday, February 7, 2013

Bandung 2012 - Part 2

Tarikh Kejadian : 22/12/2012


Assalamualaikum.
Pagi ini dimulai dengan jemmm seawal kol 6:45am.. langit still gelap pon jemm jugak.
Haih, kompius(padahal baru pas buat entry membebel pasal jem).
Esok nak kene kuar lagi awal la nampaknye.

Kat opis plak, bz banyak.
Sampaikan time tgh lunch pon ada dpt call pasal keje then kene telan nasi cpt2 sbb nak kene naik atas utk kerja tesayang itu.
Huh!

Time balik pon sama, jemmm banyakk.
Telebih kompius sbb dalam kawasan taman umah pon jem?
Lebih menyedapkan citer, stesen minyak kat umah pon jem sampai siap ada staf situ kene jadi cam polis traffic.
Keter yang nak isi minyak, kene beratur ikut turn. Ish2..

K la, meh masuk citer Bandung.
Pagi hari ke-2, kitorg breakfast kat hotel juga.
Kali ni begambar byk ckit termasuk persekitaran hotel dan tasik(err..tadik ke sungai? cam kaler teh tarik je).
Di dalam tasik yang tak berapa tasik tu ada bunga2 lotus = simbol hotel ni.



Arini, destinasi pertama kami adalah ke Cibaduyut.
Kata orang, kat sini agak femes dengan barangan kulit.
Pendapat saya? Err..boleyy la. Ahahaha..

Saya lagi syok bila jumpa kedai jual dodol garut + pisang salai + tempe goreng pelbagai perisa.
Abang kedai sangat la mesra alam.
Kitorg masing2 beli berbelas2 pek. Ke ada yang sampai puluh?
Kesimpulannya, masing2 kene usung kotak berisi kerepek.
Abang kedai yang baik itu siap tapau free satu plastik kerepek kat kitorg utk makan sambil jalan2 :)


Saya ekceli nak carik kedai helmet.
Sebab, nampak pemotor2 kat Bandung pakai helmet stylo2 dan cun2. Jeles plak beta.
Tapi bila cakap helmet, Pak Itak tak paham.
Pas describe macam2, last2 beliau cakap "oo..topi?".
Pastu dibawak ke satu kedai jual brg kulit lg which i did not see any helmet kat dalam tu.
Haish.

Next, kedai ketiga adalah, kedai kain lagi.
Hoho..
Asalnya tanak beli sbb smalam nya dah byk beli kain, tapi...tumpas jua. Ahahaha..
Kawan2 saya, lagii byk shopping (korang jgn geleng kepala plak ek).
Siap ada sorang ni interview tokey kedai cara2 kalo nak jadi pengedar kain mereka kat Malaysia nanti.
Kpd anda yang dimaksudkan : masih berminat kah?

Pastu, lagi skali saya hint Pak Itak untuk singgah memana kedai helmet jika kebetulan lalu.
Dibawaknya ke Cihampelas.
Err..kitorg agak kurang berminat untuk shopping sana.
Cam kurengggg best je. Lalala..Dan, x jumpe langsung kedai jual helmet pom.
 So mmg tak abis jalan pon, terus balik ke kereta (tambahan plak ari start ujan, cam memahami je. Kwang3x).

Perot dah lapar, kami mintak Pak Itak bawak kami ke kedai makan.
Di kala hujan lebat giler itu(siap atas jalan raya naik air cam lautan ok!).
Tahap jem kat sana mmg takyah cakap ah..superb!
Jarak side mirror to side mirror tu dlm beberapa inci je.
Line kat atas jalanraya ni cam org tak pandang sgt dah. Asal bleh celus keter je, masuk!

Oh ya..kedai ini namanya Restoran Sederhana - masakan Padang.
Kalau tak ditegah, mmg berduyun2 lauk akan sampai.
Asal cuit sikit je, cas masuk bil.
So, kami2 ni pegi kat bahagian lauk dan pilih siap2 nak lauk apa je.
Tadek la menyemak banyak sangat pinggan atas meja tapi lauk tak besentuh.
Ini saja lauk yang kami amik:

Next, nak pergi Heritage & Summit tapi Heritage super penuh sampai nak masuk keter pon xleh.
Nak redah kang, ujan sgt2 la lebat time tu.
So, kami pergi Summit je la.
Kat sana, even kite kuar keter tanak dipayungkan, still akan ada orang dtg payungkan.
And, bila orang dah bagi servis even kite TAK RELA, maka MESTI gak bagi diorg tips.

Kat sini, saya shopping byk ckit.
Ekceli ada nak sambar beberapa lagi, tapi disebabkan segelintir staf diorg mulut macam nak mintak penampar spring, maka tros tebantut mood.
Bukan semua, saya maksudkan segelintir saja.
Wahai management Summit, sila antar staf anda yang kurang adab tu pergi kursus ye.

Last untuk hari kedua, kami ke Donatello.
Giler heaven shopping sini.
Cuma frust sbb ada beberapa kasut/sandle yang saya bekenan dah kehabisan saiz.
Kat Donatello ni bleh plak terjumpa manager ICT kampeni saya. Kocik btol dunia.

Pastu kami balik hotel dan kemas2 brg sbb esoknya check-out dah.
Siap timbang bagai sbb takut telebih muatan.
Thanks to Ismah sbb bg pinjam peenimbang bag digital. Hehehe..

Ape jadi dengan helmet?
Esoknya gi mana plak?
Haa..tunggu la episod yang seterusnya.
Tak larat dah nak mengarang lewat malam neh.
Gudnite!

1 comment:

  1. preorder pisang sale, pisang bolen, bagelen, brownies kartikasari & brownies amanda fresh from bandung.whatsapp ina 0192633431 @ IG dazlina daud

    ReplyDelete