Tuesday, February 12, 2013

Pengemaskinian Kisah Cuti Panjang Feb 2013

Assalamualaikum.
Tu dia.. bukan main panjang tajuk.

Baru pas setel basuh+sidai kain, kemas+sapu rumah then now baru syok nak lepak2 bersantai.
Kemudian, datang la kerajinan nak update blog.
Mari2...

Umum telah mengetahui, tanggal 9-12 Febuari 2013 merupakan cuti panjang sempena Chinese New Year (tak tertakluk kepada negeri2 yang berlainan).
Selamat bertahun Ular(even saya takut ular.. euuwww)!.
Time2 camni, berpusu2 lah orang balik kampung. Ye dok?
Berbeza pula dengan kisah saya. Saya tak balik kampung kerana family di kampung yang turun ke KL.

Mereka sampai Jumaat malam di Villa OUG.
Mereka yang dimaksudkan adalah Parent, adik bongsu, adik no-3 berserta suami beliau, adik lelaki no-2.

Aktiviti esok hari nye @ Sabtu adalah, pegi berkumpul kat umah makcik di Kg. Malaysia Tambahan seblom konvoi ke Seremban untuk majlis bertunang sepupu.
 

Saya selaku driver pada hari itu beserta sepupu yang skarang ni dah selamat menjadi tunangan orang :)

Makanan time kenduri tu sedap2 dan pedasss.. hihi.
Kat bawah ni semasa sesi perbincangan.
Sila spot bakal tunangan yang sdg coba2 intai dari luar. kui3x..
Alhamdulillah, sesi perbincangan berjalan lancar (kelakar bakal bapak mertua sepupu saye. Sempoiii!).

Inilah gerangan tunangan sepupu saye, Ena (nama penuh tak tau. Blom sempat temuramah).
Cantik kan?

Ini gambar bakal mempelai bersama makcik & pakcik saya.
Makcik saya ni di antara auntie2 yang banyak membantu masa majlis bertunang & kawen saye dulu.
Tahniah!

Alang2 dah sampai Seremban, kite panjangkan kaki ke Nilai.
Ekceli tatau jalan camne nak balik ke tol(time ni konvoi dah berpecah mengikut aktiviti masing2).
Men bedal je cari sampai dpt even ada tesalah jalan ckit. Kui3x.

Di Nilai, saya tak shopping ape pon.
Ok tipu.. saya TERshopping set comforter queen untuk bilik tengah.
Yang ni plak untuk parent saya.
Comey ke tak comey?

Setel Nilai, kitorg direct balik umah.
Semua dah penat lagi keletihan sampaikan dinner pon takmo dah.
Yang jadi driver ni apatah lagi! Kui3x..

Esoknya @ Ahad, kami berpecah.
Parent cam biasa la, x minat nak jalan2 g mall sgt so mereka pegi umah sedara-mara.
Saya dan adik2, ke Midvalley. Hoorey!
Sesampainya kat sana, kami makan Dubu-Dubu!
TQ adik ipar sebab belanja kami :)

Pastu kami balun durian crepe plak.
Then, kami berpecah & janji jumpe dpn Dubu-Dubu kol 2:30pm.

Mak buyung +suami beliau dgn aktiviti mereka.
Saya teman adik2 gi cari buku skolah kat MPH.
 Pastu kami pegi jalan2 then shopping ckit kat Daiso + beli pasir untuk Smarties kat Pets Wonderland.
Saya beli pasir yang cenggini tapi perisa epal (yg saya perasan ada epal, lavender, jasmine).
Carik pasir 5kg je, x larat nak angkat.
Bau pasir brand ni mmg superb yummy!

Next, time bertemu semula di Dubu-Dubu, bleh plak berjejak kasih ngan family auntie @ Cu Ni.
Diorg pon sdg nak masuk makan kat Dubu-Dubu. Ahahaha, jodoh2..

Kemudian, g umah sepupu (byk umah gak pegi, maklum la raye..) dan bertemu kuda kuning. 
Wink! Wink!

Malam tu saya beli Dominos Pizza je.
Tu pon ramai kekenyangan dah sbb makan hidangan umah org. Lalala..

Isnin, parent + adik bongsu + adik no 3+adir ipar balik KB.
Aktiviti hari ini hanyalah anta adik+kawan beliau ke Sunway Pyramid then saya balik kemas dapur sbb ada masalah sinki.
Barang2 dalam kabinet kene kuarkan siap2 supaya senang plumber datang repair nanti.

Lewat petang, pickup adik+kawan beliau kat Sunway Pyramid then balik umah men masak2.
Taraaa!!!!

Oh, dah makin laju2 saya citer..
Hari ini iaitu Selasa, pi antar adik+kawan beliau kat LRT Bukit Jalil. Diorg nak merayap. Hahaha.
Saya plak balik wat keje umah + resttttt. Yummehh!
Jap gi nak gi pick-up mereka dan hantar ke Hentian Putra.
Maka, berakhir lah percutian mereka di KL.
**lupe plak nak citer, budak be2 ni sampai KL dr Trg pada Subuh ari Ahad.**
Sama gak, berakhirlah wiken panjang saya.
Esok kene keje dah. Dah tebayang list yang perlu dikerjakan esok. Oh No!

Takpe la, itu sumber rezeki saya.
The best part is, beberapa jam lg saya bakal bertemu semula Encik Suami. Lalala..
Tick Tock Tick Tock!

K la, nak g men ngan Smarties.
Tata!

No comments:

Post a Comment