Tuesday, February 5, 2013

Kereta? Traffic?

Salam hormat.
Its lunch hour, blogging time!
Topik kita hari ini adalah berkenaan KERETA.
Terdetik nak membebel pasal ni sebab pagi tadi dengan mata separuh terbuka saya dok perhati kesesakan lalulintas dari atas motor.
Now, kite bleh buat perumpaan macam ni:
KL = TRAFFIC JAMMED(tak tertakluk pada KL je kot).

Sampaikan kitorg sgt la jarang guna kereta.
Even kalau hari ujan, sanggup tunggu ujan reda then baru kuar naik motor.
Sebab? Malas nak berhimpit2 kat jalan raya. Bazir masa.
Bukan senang pon bawak motor(even saya penompang blakang je).
Susah ok nak kene cilok2! Mata kene extra fokus. Silap sikit je, kiok!
Dan, pengguna motor terdedah kepada hujan, panas, habuk, binatang terbang(hehehe..).
Bukan saje suke2 favourite nak naik motor tau, tapi traffic teruk sgt kat KL ni.
Bila naik motor, kalo ujan mmg basah la kalo sepanjang jalan tak jumpe terowong utk berteduh pakai baju hujan.
Kalau time panas plak, sampai pedih2 kaki. Ntah2 siap kuar asap(lalala, over!).

Seblom ni saya pernah tgk iklan untuk sarankan kongsi kereta.
Tapi, camno nak kongsi kalau satu umah semua route ke arah lelain?
Jiran2 pon blom tentu opis bedekatan dgn kite.
Satu hal lagi, kalo tetiba kene kuar meeting ke ape, camana?

Keter dah jadi macam kewajipan dah dunia skarang.
Pernah tak korang tengok iklan jawatan kosong cakap "Posses your own transport"?
Haa..siap bersyarat kene ada keter bagai. Keje blom dapat tp dah nak kene ada keter. Camne tu?
Mana tak penuh jalan raya kalo cenggini dok?

Tu yang pepagi saya perhatikan, jarang sgt dalam keter ada lebih dari 1 kepala.
Meaning, satu keter, satu makhluk je menghuni.
Kalau ada kepala lebih pon, kepala kecik2 which is mebi mak ayah on the way nak g anta anak kat nursery/pengasuh seblom ke opis.
Sedih plak rasa. Lama2 nanti tahap jem akan jadi superrr worst!
Ingat orang2 yang drive tu suke sgt ke nak bawak keter? Airmuka sorang2 dah macam2 gaya sbb tesekat dalam jem.
Masin ada, tawar ada, kelat ada..
Bayar tol sampai 2-3 sehari but still tak terlepas ngan jem.
Kalau tanak jem, kene kuar seblom Subuh..balik plak pas Isyak kot. Kejam! Balik umah anak2 dah tdo.
Tapi, 'have to' sebab nak harapkan public transport mmg kim salam la. Blom cukup mencapai piawaian.
Bila balik dah lewat, badan pon dah penat. Fokus, blom tentu 100%. Bahaya ok, bleh akibatkan eksiden!

Pada saya, selain improve public transport, company2 dah bleh start buat konsep "work from home".
Datang opis bila perlu saja contohnya meeting(ni wat kat luar pon bleh) or pa pe agenda besar.
Space pon jimat..Xyah berlumba2 bazir duit buat bangunan besar2.
Dah le bangunan makin banyak, so space akan makin kurang. So, mana staf nak parking keter?
Bila bangunan makin besar dan tinggi, staf mesti la makin ramai btol dak? Keter pon makin byk la kene park kan?
Certain opis..bangunan punye la gah tp parking tadak. Akai ada ka?
Terpaksa la staf carik parking kat space lain yang sumtimes sehari mencapai harga RM25! Ya ampun!

Kan bagus kalau pemerintah fokus pada public transport berbanding nak menunjuk2 bangunan tinggi/besar merata-rata?
Pastu pulak, nama bangunan tak bercirikan Malaysia langsung! Asek nak letak nama2 omputeh (Paradigm la, i-city la, Pavilion la, etc).
Malu sangat ke nak letak nama mall "Wau Bulan" ka, "Jalur Gemilang" ka, "Cok Keria" ka..hahaha, yang ni takbleh kot.
Biar la orang asing terpelot lidah nak sebut. Ajar ckit diorg biasakan guna bahasa kita.
Kalau tak, tak lama lagi dah tak bleh pakai la kata2 Hang Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia" sebab kemelayuan dan makin terhakis sedikit demi sedikit di negara sendiri.
Ok la, kasi adil..letak ciri-ciri 1 Malaysia. Yang penting, tak terlalu mengagungkan omputeh.

Cakap pasal public transport plak.
Kalau pegi ke negara2 maju, public transport superb!
Even kite baru sampai kat negara tu, takkan amik masa lama untuk blaja selok-belok sistem transport diorg.
Bila public transport cun, bandar nampak tenang je sbb tak byk keter dan tak byk bunyi hon sana-sini.
Time g oversea, mmg public transport je la medium kami untuk kemana-mana.
Pastu mula tepk, kesian tourist2 yang dtg negara saya. Mesti sgt takes time nak catch-up sistem kat sini.
Masalah train lambat satu hal, servis bas pon tak on-time.
Patutnya kat setiap bus stop kene ada list/map bas apa yang lalu situ.
Letak skali bas tu gi ke tempat2 mana + highlight skali jika tempat tu tourist attraction.
Masalah bas tak on-time ni plak dtg dari masalah keter byk sgt dan jem merata-rata kat KL ni.
So, kunci nye mmg kene improve public transport.
Ok agree, now public transport dah mula improve contohnya komuter dah tambah coach, MRT dah start nak bina.
Bagus la tu, nampak jugak usaha. Tapi biar la ikhlas dan lebih agresif untuk cover ke semua tempat (baru bleh nak letak label negara maju).
DAN, bukan semata-mata bodek rakyat sempena pilihanraya :p

Berbalik kepada konsep "work from home".
Saya sgttt sokong! Nak cari keje yang bleh "work from home" plak la pasni bleh?
Jimat duit nursery anak..hehehe..
Lagi senang dan jimat masa kot camtu sbb takyah amik masa bersiap dan redah jem ke opis.
Lebih cantek jika company bagi elaun internet kat staff bulan2 untuk wat keje berbanding bg elaun pengangkutan yang mmg tak cukup.
Ye la, minyak bulan2 dah berapa..Tol berjela2 lagi.
Kalau company takut staf tak komited ngan keje, bleh letak syarat.
Contoh, staf yang x perform @ lambat respond task lebih dari 3x tanpa reason munasabah, kene denda datang keje kat opis selama sebulan or potong elaun bulan tu ke(kejam ke tak ek? hihi).

Adeh..penat dah membebel dan komplen sana-sini.
Tu je la untuk harini.
Lenkali sambung membebel lagi.
Kepada sesapa yang tak setuju, tak kisah la. Masing2 ada pandangan sendiri kan.
Mmh syok wat keje2 komplen ni. Hahaha..
Jumpa lagi! Tata!

No comments:

Post a Comment